Bab 3

625 64 6
                                    

"Kami dah makan oden lah Abang Fattah. Dah kenyang pun."

"Tak apa. Ambik ja ni. Abang belanja." Fattah panjangkan leher terjenguk-jenguk ke rumah dua tingkat yang menjadi tempat Fara berteduh selama ini. Ada sesuatu yang mahu dilihatnya.

"Abang ni intai apa?" Fara turut pusing ke belakang. Entah apa yang Fattah cari.

"Tu.. Kawan Fara hat hari tu mana? Abang tak nampak pun."

"Oo.. Chempaka? Ada kat dalam. Dia tak sihat."

"Tak sihat? Awat? Demam ka?" Cemas nada suara Fattah.

"Taklah. Senggugut."

"Oo.." Merah muka Fattah mendengar perkataan senggugut.

"Abang tak payah duk tayang muka gatai lah. Geli aih." Fara gosok-gosok lengannya. Naik meremang bulu roma dengan mimik muka Fattah.

"Hishh.. Fara ni. Nak buat lagu mana, hati abang ni rasa suka bila tengok Chempaka tu. Segak betui dia noh." Fattah senyum meleret bayangkan raut wajah cantik Chempaka. Tak lena tidurnya teringatkan Chempaka.

"Dia segak tapi tak adanya dia nak pandang abang."

"Awat? Abang tak cukup segak ka?" Fatah tilik tubuh sendiri. Dia ada rupa, badan juga sado.

"Dia nak lelaki kaya."

Muram terus raut wajah Fattah mendengar ayat Fara.

"Tak apalah kalau lagu tu. Fara kirim salam aja kat Chempaka. Kalau ada jodoh abang dengan dia tak ke mana."

Fara juih bibir. Menyampah nampak muka Fattah. Acah-acah nak merajuk pula.

"Dah-dah. Pi balik lekaih. Nun dah ramai apa orang duk tunggu nak beli burger abang."

"Yalah. Abang balik. Assalamualaikum." Fattah hidupkan kembali motor kapcainya dan terus berlalu pergi.

"Waalaikumussalam." Tergeleng kepala Fara sambil melangkah masuk ke dalam rumah.

Plastik berisi burger special diletak ke atas meja kopi di depan Chempaka.

"Apa ni? Burger?" Chempaka intai isi plastik yang baru diletak Fara.

"Yalah. Abang sepupu aku tu dah jatuh cinta kat hang."

Berkerut kening Chempaka.

"Bila dia tengok aku?"

"Alah, masa aku suruh kau keluar bagi duit tu."

"Ooo.."

"Aku dah habaq, kalau dia tengok hang mesti dia tak mahu pandang aku dah."

"Cinta ni bukan terletak kat paras rupa lah Cik Fara sayang."

"Itu kata hang. Orang laki ni depa tengok rupa aja. Kalau tak, dah lama aku kahwin."

"Ni aku pun belum kahwin. Jodoh tu di tangan Tuhan, Fara. Bukan kat muka kita ni."

Terdiam Fara. Ada betulnya ayat Chempaka.

"Aku ni kecewa sebenaqnya. Dia langsung tak nampak aku. Dari kecik aku suka dia." Fara henyakkan punggung di sebelah Chempaka.

"Percaya satu je Fara. Kalau dah jodoh kau dengan dia, datanglah seribu ratu cantik sekalipun, dia tetap akan jadi milik kau." Chempaka usap bahu Fara. Dia tak mahu Fara alpa seperti dirinya dahulu. Jodih, ajal, maut semuanya ditangan Tuhan.

Fara terdiam lagi. Ayat Chenpaka benar-benar buat dia termati kata untuk membalas.

*****

Chempaka buang keluh. Fikirannya berserabut dengan masalah. Masalah macam mana dia mahu mengembalikan hubungannya yang terputus dengan mak dan abah. Tak tenang hidupnya selagi mak dan abah tak maafkannya.

Semalam semasa dia telefon mak untuk bertanya khabar, mak macam nak tak nak saja bercakap. Abah lagilah. Dengar namanya pun dah tak sudi.

Sambil berfikir dia berjalan terus.

Patutkah dia balik rumah pada hujung minggu ni?

Patutkah dia berterus terang yang dia sebenarnya tak mengandung?

Akan berubahkah persepsi mak dan abah padanya?

"Hey, watch out!" Sepantas kilat pinggang Chempaka disambar dan buatkan Chempaka terpeluk tubuh kekar itu erat.

"Mata you ke mana? Jalan pakai mata." Marah betul Hans hari ini. Kalau dia tidak cepat tadi rasa-rasanya wanita di depannya ini sudah selamat dilanggar kereta.

Air mata Chempaka menitis. Silap dia, cuai. Banyak sangat masalah yang berada di kepalanya sekarang. Semua dia nak fikir.

"I don't know what your problem is but you have endangered yourself." Tubuh Chempaka dilepas.

"Apa pun masalah you, you kena sayang diri you. Nak buat apa-apa fikir. Ada akal guna." Panjang leteran Hans.

Disebabkan melihat wanita ini berjalan sendirian dengan kepala menunduk ke bawah, dia tidak sedap hati.

Semalam wanita itu jatuh di depannya, tidak mustahil kali ini akan terjadi perkara yang sama. Sebab itu dari jauh lagi dia mengejar langkah wanita itu.

"Please, raise your head when walking. You have a beautiful face, don't hide it."

Bersama ayat itu, Hans berlalu tinggalkan Chempaka. Biarlah wanita itu menangis untuk lepaskan semuanya. Setahunya menangis juga salah satu cara hilangkan stress.

Chempaka terduduk di atas kerusi rotan di tepi kolam air pancit depan resort.

Masih terngiang-ngiang di telinganya suara abah semalam.

"Aku tak ada anak nama Chempaka!"

Terfikirkan hal itu, hari ini air matanya asyik tumpah. Ini kali kedua abah membuangnya. Kali pertama dulu silapnya, kali kedua ini juga dari kesilapannya.

"Mak, abah.. Maafkanlah Chem. Chem janji kali ni Chem berubah." Esaknya dengan kepala menunduk menekur ke kaki.

Hans perhatikan wanita yang baru saja dia selamatkan sebentar tadi.

Wanita itu menarik. Buat dia tertanya-tanya apa sebenarnya yang terjadi pada wanita secantik itu.

"Kau tengok apa Hans?" Zamil merangkap pengurus besar Resort Abrar di situ menegur.

"Tu.. Siapa?" Hans isyaratkan matanya ke arah wanita yang duduk di atas kerusi rotan. Dia tahu yang wanita itu pekerja di sini kerana uniformnya kemeja putih dan skirt merah.

Zamil kecilkan mata. Fokus pada wanita yang dimaksudkan Hans.

"Tak silap aku tu receptionist baru. Baru masuk minggu ni."

"Siapa ambil dia kerja?"

"Aku. Kenapa? Dia ada buat hal ke?"

Hans menggeleng.

"Tak ada apa-apa."

"Kau suka dia?" Zamil angkat-angkat kening. Macam mustahil kalau kawan baiknya itu jatuh cinta. Sepanjang dia kenal Hans Abrar, lelaki itu mana pernah bercakap tentang wanita. Jatuh cinta? Lagilah macam payah.

"She is interesting."

"Whoaa.. Ni Tan Sri Hans Abrar ke yang bercakap ni?"

Hans seluk tangan ke dalam poket seluarnya. Manakala matanya masih terarah pada wanita yang berjaya menarik minatnya.

"Maybe she is the one."

"Hah?" Ternganga mulut Zamil. Boleh catat dalam buku sejarah ni. Hans Abrar jatuh cinta? Dengan receptionist?

"Deep inside.." Hans sentuh dadanya dengan sebelah tangan.

"I feel something when I see her." Sambung Hans lagi.

Zamil ketawa.

"Orang tua ni bila jatuh cinta lain macam kan. Ayatnya, kelakuannya memang berubah habis 360°."

Hans tak hiraukan kata-kata Zamil sebaliknya dia atur langkah pergi dari situ.

Dia akan siasat siapa wanita itu. Apa yang dah terjadi kepada wanita itu. Dia mahu tahu semuanya tentang wanita itu dan apa sahaja yang berkaitan dengan wanita itu.



PESONA CINTA TAN SRIWhere stories live. Discover now