Ivy gerakkan tubuh dia. Perlahan dia mengerang sakit. Tubuhnya terasa seperti baru di hempap dengan batu yang berat.
Terasa seperti ada benda yang berada di sampingnya. Ivy berpaling dan menutup mulut. Menghalang dari suara jeritannya keluar. Ivy melihat William yang tidak berbaju dan tidak sedarkan diri.
Pantas Ivy buka jaket yang di pakainya dan menutup tubuh milik William. Wanita itu melihat sekeliling. Gelap! Perlahan Ivy bangkit dan membersihkan satu sudut dan menarik William.
"Adei, berat betul." bilang Ivy.
"Saya dengar Ivy." bilang William yang sedar sebab rasa sakit kena tarik.
"Argh!" bilang Ivy teriak.
Serta merta terlepas William dari genggaman dia. Terundur Ivy dua langkah ke belakang. William berdecit sakit.
"Kau.. Kau.. kasi bagus badan kau." bilang Ivy.
William merengus. Kalau mereka bertukar menjadi Serigala. Baju semua jangan harap masih ada. Habis koyak sudah.
"Bagi saya jaket kau tu." bilang William.
Ivy pun terus buka jaket yang dia pakai dan hulur sama William. William kasi lilit itu jaket di pinggang dia. Lepas tu dia menyandar di dinding gaung. Sakit dia sudah reda kembali.
"Ah.. " Hana bersuara.
Rom yang jatuh tidak jauh dari Hana pun sedar. Laju saja Rom ambil daun yang ada dalam gaung bikin tutup badan dia yang terdedah.
"Aduh.. Sakit badan saya. Ya Tuhan." bilang suara Syasa.
Semua sedang merasa sakit di badan masing-masing. Perlahan-lahan Rom merangkak pergi dekat William. Hana yang nampak mahu ketawa. Tanpa di minta, Hana buka cardigan yang dia pakai dan bagi sama Rom.
"Thanks." Rom senyum ikhlas.
Berdebar-debar hati Hana nampak senyuman Rom. Rom pula telan air liur. Bau dari Hana menandakan itu perempuan pun suka dengan dia.
"Ada sesiapa nampak Luke?" bilang William.
Syasa yang sedang mengadu sama Ivy dan Hana itu saling berpandangan. Rom dan William pun sama.
"Saya rasa tadi, kami sama-sama jatuh." bilang Syasa cuba ingat balik.
"Kau yakin?" bilang William. Laju Syasa angguk.
"Jadi, dia ada di mana?" bilang Rom.
Perlahan William menutup mata. Sakit yang dia rasa kini kembali. Mereka perlu kembali ke rumah agam agar William boleh berubat dan bertahan.
"Bro, kau okay?" bilang Rom. William angguk.
Ivy yang nampak William kesakitan terus saja datang. Tangan William dia pegang.
"Kau bilang saya Healer. Kalau betul macam mana saya mahu kasi sembuh kau?" bilang Ivy.
William senyum. Dia sendiri pun tidak tahu macam mana mahu jelaskan pada Ivy, sebab hanya Healer itu sendiri yang tahu bagaimana mahu sembuhkan seseorang.
"Mari Bro, kita kena balik rumah Agam sekarang." bilang Rom.
Cardigan hitam milik Hana, Rom ikat miring. Cukup untuk tutup tubuh penting yang terdedah. Begitu juga William.
Rom memapah William, sementara Hana, Ivy dan Syasa mengekori dari arah belakang. Dalam beberapa minit mereka berjalan. Mereka berhenti melangkah. Di depan mereka, berdiri seketul rangka manusia yang sedang membelakang.
"Hmm, saya tidak tahu pula ada bangsa tengkorak." bisik Rom sama William.
Tengkorak yang mereka lihat itu sedang membelek dirinya sendiri. Rom dan William saling berpandangan.
YOU ARE READING
THE WOLF (My mate)
FantasyIvy, Seorang wanita yang menjalani kehidupan normal sama seperti manusia yang lain. Hidupnya yang sederhana dan sering di buli membuatkan Ivy jadi tidak kisah dengan hidup. Di besarkan di rumah anak yatim. Ibu bapa langsung tidak di kenali. Ivy se...