BAB 4

4.4K 8 0
                                    

"What the hell is this!? Qasya kenapa kau masak lauk kampung! Amira, Syahirah sini!" laung Zay dengan muka nya yang memerah menahan amarah.

"Ya bos?" terkocoh-kocoh syahirah dan Amira berhadapan dengan Zay.

"Korang tak inform dekat Qasya ke yang aku tak makan lauk kampung?" perlahan sahaja suara Zay. Dia sedaya upaya cuba menahan amarahnya kerana itu kali pertama kali mereka melakukan kesilapan.

Baru sahaja Syahira hendak membuka mulut untuk meminta maaf, ada suara lain yang menyampuk.

"Eh poyo nya bos ni. Makan je lah. Bukan racun pun kalau lauk kampung pun. Over je lebih." Kata-kata Qasya membuatkan 3 pasang mata disitu memandangnya tidak percaya apa yang baru keluar dari mulut Qasya itu.

"Mulut aku , tekak aku. Lantak aku lah nak makan ke tak nak."Balas Zay.

"Haih, Bos duduk." dia menolak bahu Zay untuk duduk di kerusi.

"Akak dengan Mira boleh pergi dapur dulu, saya ada benda nak cakap dengan bos." Qasya meminta 2 rakannya itu untuk meninggalkannya dan Zay bersendirian.

"Eh kau. Macam kau pulak bos ni pahal? Ha korang masuk dapur dulu" Zay memandang Qasya pelik.

"Bb..baik bos" Syahirah dan Amira akur dengan arahan Big Boss mereka itu.

"Ha kau nak cakap apa?" Zay memandang Qasya yang berdiri di sebelahnya.

"Saya duduk eh?" Qasya duduk berhadapan dengan Zay setelah mendapata keizinan

"Kenapa bos tak nak makan lauk kampung? Sedap kut saya masak." Sambil Qasya bertanya sempat juga dia memuji masakannya sendiri.

"Aku tak suka kau nak paksa kenapa?"Suara Zay naik sedikit.

Qasya mengeluh lalu bangun untuk mengambil sudu dan garfu. Nasi diletakkan dalam pinggan dan segala lauk turut diambil memenuhi pinggan. Nasi dan lauk digaul lalu disudukan untuk menyuap Zay.

"Bismillah, aaaa" Qasya menyuakan sesudu nasi bersama lauk kepada Zay. Zay bagaikan lembu dicucuk hidung. Hanya menganga dan menelan. Qasya tersenyum dan terus meyuap Zay makan sehingga licin pinggan tersebut.

"Ha habis pun. Elok je Boss makan tak ada masalah pun. Sedap je kan?" ternaik kening Qasya untuk menyakat Zay yang kononnya tidak makan lauk kampung tetapi lain pula jadinya.

"Aku makan sebab ada orang suap. Kenapa kau suap aku, Qasya? Kau suka aku eh?" sinis bunyi ayat tersebut mengusik jiwa Qasya. Dia tergamam.

'Bodoh Qasya yang kau gatal suap dia pahal!?' marahnya pada diri sendiri kerana melakukan perkara memalukan itu. Pipinya mula bertukar kemerahan. Malu yang teramat.

"Eleh merah-merah muka tu kenapa? Kau memang suka aku lagi kan?" merah muka Qasya membuatkan Zay semakin kuat menyakat.

"Eh bukan lah. Saya geram je dengan bos yang acah-acah mat salleh" dalih Qasya sambil mengalihkan pandangannya dari terus bertatapan dengan Zay.

"Kalau suka aku cakap jelah"

"Mana ada"

"ye ke?"

"ye lah ! "

"ye ke?"

"Eiii ye lah"

"Apa yang ye lah tu? ha?"

"Saya tak suka bos !"

"Fine. Tapi aku rasa kau tipu lah , Qasya ."

"Mana ada tipu ! Eii dah lah saya nak kemas. Boss keluar la, pergi tempat lain" Qasya malas mahu melayan Zay. Dia menghalau Zay dari ruang makan tersebut untuk menghilangkan rasa malunya.

BE PATIENT , HEART!Where stories live. Discover now