TERIMA KASIH, RENJUN

37 3 0
                                    

Huang Renjun berdecit perlahan pabila memerhati isterinya yang sedang turun dari tangga. Tangannya naik mengurut pelipisnya dengan dahi yang berkerut. Sakit matanya mekihat pemakaian perempuan itu. Dimatikan televisyen lalu mengambil beberapa langkah satu per satu mendekati gadis yang sedang memakai kasut berjenama itu.

"Kau mahu kemana Minjae?" tanyanya sambil matanya tidak lari sedetik pun dari memerhati pergerakan gadis itu.

"Aik? Kau tanya aku? Kenapa tiba tiba? Oh! Bukan tadi cakap kita tiada apa apa?" tanya gadis itu sebelum bebola matanya digulingkan.

Penyibuk, aku tidak pernah lagi sibuk dengan hidup kau.

"Kau melampaui batas Min! Walau aku cakap macam tu, tak bermakna kau boleh keluar pergi kemana mana tanpa izin aku!" Tempik Renjun. Uratnya timbul disekitar lengannya menampakkan yang dia amat marah pada ketika ini.

Itulah Renjun dan Minjae, minggu hadapan genap tujuh bulan mereka berkahwin atas dasar keluarga. Hari hari bergaduh, hari hari salah faham.

"Kau keluar jumpa lelaki kan? Kau pakai macam ni supaya lelaki mahu dengan kau kan? Aku benarkan kau pergi tapi tukar pakaian kau."

"Kau nampak macam perempuan jalang Huang Minjae."

Minjae terdiam, dia cukup terasa dengan apa yang dikatakan oleh lelaki itu. Bbir bawahnya diketap rapat berusaha menahan air matanya dari gugur.

Perempuan jalang dia bilang?

Dia bilang isterinya sendiri perempuan jalang? Suami jenis apa lelaki ini sebenarnya?

"Aku tidak pernah lagi rasanya ganggu hidup kau." Minjae tertawa kecil. Air matanya dikesat sebelum memandang ke arah suaminya itu tajam.

"Kalau aku ni jalang, kau tu apa? Simpan gambar perempuan lain jadi wallpaper phone, maksudnya kau tu lelaki yang baik?" Gadis itu tersenyum segaris.

"Lagi teruk guna gambar kakak ipar sendiri."

Lelaki itu tersentak. Macam mana dia tahu?

"Tak payah buat bodoh lah Renjun, sekurang kurangnya bukti kau tu terangkan terangkan. Cukup cukuplah kau menuduh aku curang, pakai seksi macam ni jumpa lelaki, kau ceramah aku macam aku ni isteri derhaka. Tapi kau?"

"Masih belum move on dengan bekas teman wanita kau yang jadi isteri abang kau kan? Kasihan, aku kasihan Ren." Minjae menepuk bahu lelaki itu sebelum memandangnya tajam.

"Dalam rumah ni kau saja yang betulkan? Jadi aku duduk sahajalah dirumah ni macam orang gila ya? Terima kasih Renjun."

PERFECT HUSBAND |RENJUNWhere stories live. Discover now