BE MY PERFECT HUSBAND

11 3 0
                                    

Badan lelaki itu ditolaknya keluar dari bilik. "Keluar! Jangan pernah masuk kesini lagi" Teriak Minjae.

Renjun ditolaknya kasar sebelum itu ditutp kasar. Dia bersandar di belakang pintu sambil wajahnya ditutup menggunakan kedua belah tangannya. Air matanya tidak henti henti gugur.

Minjae menangis teresak esak.

Darah yang mengalir ditepi bibirnya dilap kasar. Kemudian dia memukul mukul dadanya untuk berhenti menangis.

"Sampai hati kamu Renjun...." Rintihnya. Dia berterusan nangis disitu tanpa dipujuk sesiapa.

"Kenapa kau tidak seperti Yeorim?!"

Renjun...Aku bukan Yeorim. Aku Isterimu Huang Minjae. Kenapa kau tidak pernah menyayangi aku seperti mana kau menyayangi dia? Aku cemburu. Setiap apa yang aku lakukan pasti salah dimatamu. Kenapa semua yang dilakukan Yeorim baik di matamu hinggakan kau membezakan aku dengan dia. Kau tahu perasaan aku saat itu sakit sekali, rasanya kau seperti tidak menginginkan aku. Kau tidak punya langsung perasaan pada aku? Kerana aku selalu berpakaian seksi? Aku berubah kerana kau suruh. Aku tidak keluar rumah, kerana kau tidak membenarkan. Ketika aku ikut kamu berjalan-jalan bersama dengannya sampaikan aku terlihat seperti orang ketiga, aku berdiam. Kau malahan lupakan aku bila kau bersama dengan dia. Dan kau bahkan menyuruh aku menjadi seperti dia. Tidak. Minjae hanya Minjae. Aku tetap diri aku. Kamu, Huang Renjun, aku sudah menuruti perintahmu berkali kali. Kenapa kau tidak pernah dengarkan aku? "Yang aku mahukan hanyalah kamu menjadi suamiku dalam erti kata sebenarnya hanya sehari."

Aku hanya mahu meminta satu hal. Tidak lebih. Kerana aku tahu pada dasarnya, mencintai manusia itu adalah seni yang paling sederhana untuk terluka.

PERFECT HUSBAND |RENJUNWhere stories live. Discover now