BAB 53

3.3K 188 11
                                    

Pagi-pagi seperti ini, Hani Sofea sibuk menguruskan Puan Jasmeen dan Sarah Khalisa. Pagi ini Khalisa ada temu janji untuk suntikan vaksin, jadi Hani Sofea perlu awal bag mengelakkan jalan sesak. Dia perlu cepat kerana petang ini mereka akan ke Sabah.

Hani Sofea perlu membawa Sarah Khalisa dia tidak mahu meninggalkan anaknya itu dengan orang lain. Tidak sanggup. Dia lebih rela bersusah payah membawa dan menjaganya sendiri, bukannya tidak percayakan sesiapa cuma dia tidak mahu anaknya nanti menjadi beban mereka yang ada di rumah.

"Mama hari ni Fea mandikan awal ya.. sebab sekejap lagi Fea nak keluar." Katanya. Dia tidak menyebut alasan mengapa dia mahu keluar. Dia tidak mahu menyebut nama Sarah Khalisa dihadapan ibu mertuanya, dia tidak mahu itu mengganggu emosi Puan Jasmeen.

"Okay,, Fea nak pergi mana sayang?"

"Ada urusan sikit." Balasnya pendek saja jawapannya.

Tangannya lincah membersihkan Puan Jasmeen.

30 minit selesai. Dan sekarang dia harus cepat untuk menguruskan Sarah Khalisa pula. Belum sempat dia keluar, pintu bilik itu diketuk dan dibuka sedikit.

"Fea.. ni.."

"Sekejap lagi dah siap semuanya saya bawa Puan Keluar ya." Beritahu Mak Ita.

"Ita , sini.."

"Apa yang kamu tunjuk dekat luar tu tadi?" Tanyanya.

"Oh.. tadi tu.. Kalau saya cakap Puan jangan marah ya?" Ucapnya ragu-ragu.

"Kenapa? Cakap je, saya tak marah."

"Lisa.. dia menangis tadi masa bangun tidur. Biasalah dia kalau tak nampak muka ibu dia bila bangun mesti menangis... Tu yang saya bawa ke sini.. Puan jangan marah ya."

"Allahhuakbar. Kejamnya saya dulu. Sampai semua takut untuk bagitahu saya tentang Lisa." Kesalnya.

"Fea, pun tak berani nak tunjuk Lisa depan Puan. Saya tahu Puan dah berubah. Fea pun tahu tapi dia masih trauma dengan hal dulu. Puan percayalah cakap saya. Fea tu baik orangnya. Banyak yang dia korbankan untuk keluarga ni. Saya harap sangat Puan boleh terima dia sebagai menantu dalam rumah ni." Ucap Mak Ita perlahan. Dia berharap orang sebaik Hani Sofea mendapat hak yang sesungguhnya didalam rumah ini.

"Saya memang dah terima dia. Saya tahu saya banyak salah. Saya dah menyesal. Lepas ni tak perlulah awak sorok lagi Lisa dari saya." Ucapnya lagi. Dia tahu sebelum ini ada beberapa kali Mak Ita masuk ke biliknya sendirian tetapi dia dapat menangkap bunyi suara bayi di luar biliknya. Sungguh dia telah berlaku kejam kepada menantu dan cucunya.

"Baiklah Puan, tapi kalau depan Fea tak boleh ya Puan. Sebab Fea hari-hari ingatkan saya supaya jangan bagi Lisa ganggu emosi Puan."

Hanya senyuman tawar diberikan.

***

Selesai menguruskan Sarah Khalisa, Hani Sofea terus memberikanya susu dan sebentar lagi harus suapkan bubur pula.

Kebiasaanya Hani Sofea akan memberikan anaknya makan di halaman belakang rumah itu. Dapatlah juga Sarah Khalisa menghirup udara segar.

Kini dia bersedia untuk keluar ke bekalang rumah. Beg keperluan si kecil juga sudah dibawa bersama.

Buka saja pintu bilik terlihat Puan Jasmeen yang sedang ditolal oleh Mak Ita.

"Fea..."

"Ya ma."

"Jom kita sarapan sama." Ajak Puan Jasmeen.

"Tak apalah ma, mama makanlah dulu. Fea nak suap Lisa ni dulu." Ucapnya. Serba salah juga dia mahu menunjukkan anaknya.

Imperfect LoveWhere stories live. Discover now