6

763 55 3
                                    

"Nah." Segelas air milo diletakkan di atas meja membuatkan Aryan mengangkat wajahnya memandang rakannya itu. Matanya masih kuyu akibat tidur terlalu lama. Maklumlah, prep hari sabtu lepas tu homework semua dah siap, tidur je la apa lagi.

Adam melihat rakannya itu sambil menghirup air oren miliknya. Perlahan-lahan Aryan mencapai air milo didepannya lalu menghirupnya.

Tiba-tiba dia menyembur keluar air tersebut membuatkan Adam terkejut. Aryan mengelap bibirnya menggunakan lengan baju sebelum memandang minuman di tangannya dengan dahi berkerut.

"Astaghfirullah. Kau ni dah kenapa? Kotorlah!" Adam memarahi rakannya yang membuat perkara tidak senonoh. Nasib baik Aryan tidak menyembur air tersebut ke arahnya. Kalau tak, pasti sudah selamat rakan dia ni lepak underground.

"Sejak bila pula kantin tertukar bekas gula dengan garam ni? Masinnya!" Aryan berkata sambil menghulurkan minuman tersebut kepada rakannya.

Adam mengambil minuman tersebut lalu menghirupnya sedikit. Serta-merta dahinya berkerut menahan rasa masin yang menguasai lidahnya.

"Kan? Masin kan?" Adam menganggukkan kepalanya mengakui kata-kata Aryan.

"Tapi aku tengok orang lain minum dekat kantin tu, okey je. Takde pula diorang complain masin ke apa ke." Adam memberitahu. Jika betul air itu masin, pasti sudah riuh kantin tadi. Namun semuanya tenang seperti tiada apa yang berlaku.

"Takkanlah air aku je yang masin. Dia kan buat air ni satu bekas besar." Aryan meragui. Kemudian dia memandang rakannya di hadapan.

"Ke kau ada stop mana-mana sebelum jumpa aku kat sini? Mana tahu ada orang yang letak garam dalam air aku?" Dia menduga. Kelihatan Adam berfikir sejenak.

"Lepas aku beli air ni dekat kantin, aku berhenti dekat pondok pengawal asrama kejap. Borak-borak dengan guard. Tapi aku still pegang air ni so takkan ada orang boleh letak." Panjang Adam menjelaskan.

Aryan mengeluh apabila tiada klu dalam cerita Adam. Jadi bagaimana boleh minuman dia seorang yang masin?

"Lepas tu? Kau takde singgah mana-mana?"

"Hm.. Ha! Aku dah ingat! Aku jumpa Sara dekat anjung." Mendengar saja sebaris nama itu, serta-merta Aryan menegakkan tubuhnya.

"Sara? You mean Qaisaraa? Anak pengetua tu?" Aryan meminta kepastian. Adam menganggukkan kepala sebelum menyambung.

"Dia nak pinjam buku nota aku tapi aku tertinggal buku nota tu dekat sini. So aku letak air kita atas meja and datang sini ambil buku. Masa tu kau tidur lagi. Then aku ambil buku and bagi dekat dia. Lepas tu aku ambil air balik and terus datang sini."

Terus ternganga mulut Aryan mendengar cerita Adam. "Kau tinggalkan air ni dengan dia?"

"Ha'ah. Tapi takkan la dia yang letak garam dalam air kau." Adam berkata selamba membuatkan Aryan menepuk dahinya.

"Astaghfirullah sahabatku. Dia tu la orang yang paling logik akan letak garam dalam air aku. That girl hates me, kau tahu tak?"

Aryan mengeluh. Tangannya disilangkan di dada. Dia merasakan pasti Qaisaraa mengenakannya kembali kerana perkara yang dia lakukan pada hari ahad lepas. Takpe kau Qaisaraa. Hari ni kau kenakan aku, nanti aku kenakan kau pula.

୨୧

Origami kertas di jarinya itu ditilik dari tadi. Yup just like you think, Qaisaraa menjumpai origami tersebut di dalam laci mejanya pagi itu. Of course from her 'mr. unknown'. Namun apa yang menarik perhatiannya, origami tersebut ialah sebentuk cincin kertas yang mempunyai wajah katak! Cute right?

Dari tadi dia tersenyum sendiri melihat cincin kertas itu yang selamat disarungkan di jarinya. Kalau ada orang tengok dia sekarang ni, mesti mereka ingat dia gila. Nasib baiklah sekarang hanya dia seorang yang berada di dalam kelas itu. Orang lain sudah lama turun untuk rehat meninggalkan dia seorang di situ. Nak simpan duit katanya.

The Boy Next Class [C]Where stories live. Discover now