RAYA

479 21 0
                                    

Pagi hari raya...

7:30 pagi aish mengejutkan haiqarl untuk mandi manakala aish sudah pun bersiap

Selesai haiqarl mandi .. aish mengambil baju melayu dan butang untuk diberikan pada haiqarl

" abang mengantuk lagi la sayang" haiqarl masih menguap

" no abang pergi solat raya dulu petang nanti boleh tidur" aish meninggikan sedikit suaranya..

" hmm yelah" mengeluh haiqarl

Haiqarl memandang aish dari atas sampai ke bawah . Terpegun melihat aish

" cantik betul aish pakai abaya ni" haiqarl memuji kecantikan aish

" abang yang pilih baju ni untuk aish kan"
" aish suka" jawab aish sambil membetulkan butang baju suaminya

Haiqarl lalu mengusap pipi aish .. sejuk mata memandang melihat aish berhijab

" pipi pau abang ni" haiqarl menggomoi pipi aish yang makin chubby itu

Sempat haiqarl merapatkan mukanya pada aish...
semakin dekat .. haiqarl ingin mencium bibir aish..

Tetapi aish menolak dan keluar dari bilik

" hmm.. aish ni" mengeluh haiqarl





Selesai solat raya mereka pulang ke rumah dan kemudiannya pergi melawat kubur arwah atok nenek dan ayah haiqarl

" assalamualaikum abah.." abi memberi salam pada ayahnya..

" wan.. aish datang ni" aish menyentuh batu nisan arwah neneknya...

Haiqarl lalu membacakan al-fatihah pada atok dan nenek

Kemudiannya mereka pergi ke kubur ayah haiqarl

" assalamualaikum ayah" haiqarl memberi salam pada ayahnya...

" bang.. haiqarl dah kawin dah" ibu berkata

" ayah.. selamat hari raya" zayqarl mengalirkan air mata...
hania mengusap bahu zayqarl ..

Haiqarl hampir mengalirkan air mata tetapi dia menahan .. dan sedekahkan al fatihah pada ayahnya

Aish mengusap belakang haiqarl...

Selesai melawat kubur mereka pulang ke rumah untuk sesi bersalam-salaman, bersmaaf-maafan

" siapa nak duit raya kena salam abi cepat!" Abi mengeluarkan 6 sampul duit raya

" ASHRY DULU!!" Ashry berlari ingin duduk di hadapan abi

" nope kau lambat la" zayqarl sudah berada di depan abi lalu meminta maaf jika ada salah silapnya pada abi... bagi zayqarl abi seperti ayah kandungnya sendiri walaupun jarang berjumpa  

" abi.. ashry minta maaf kalau ashry selalu calarkan kereta abi.. ashry selalu palau chat abi . Ahsry minta maaf" banyak betul dosa ashry dengan abi rupanya

" yelah abi maafkan tapi abi tau nanti kamu buat lagi" kata abi lalu memberikan sampul duit raya berisi rm100 di dalamnya

Disambung dengan hania dan daniela.. kemudiannya aurora...

Aish dan haiqarl tidak mengambil duit raya itu kerana mereka yang memberikan duit pada ummi, abi dan ibu...

Giliran aish bersalaman dengan haiqarl...

Aish duduk melutut di depan haiqarl dan memegang tangan haiqarl

" abang.."

" ye sayang" jawab haiqarl

" aish minta maaf kalau aish ada banyak salah dengan abang.. halalkan makan minum aish"
" sorry sebab aish selalu susahkan abang"
" lepasni aish janji tak susahkan abang lagi"

Aish lalu mencium tangan haiqarl

" abang pun minta maaf kalau abang ada buat salah dengan aish.."
" abang tak sempurna .. tapi abang cuba jadi suami yang terbaik untuk aish.."
haiqarl mengusap kepala aish

" lepasni abang akan jaga aish okay.." janji haiqarl pada aish

" aip, bukan aish je lil haiqarl pun abang kena jaga" terus aish mengeluarkan pregnancy testnya dari poket bajunya

Terbeliak mata haiqarl memandang aish

" ASTAGFIRULLAHALAZIM SAYANG ! ABANG MINTA MAAF ABANG TAK SENGAJA BUAT SAYANG MENGANDUNG"
Haiqarl pula melutut pada aish

" SEPATUTNYA AISH PREGNANT MASA ANNIVERSARY KETIGA KITA TAPI SEBAB ABANG HMM" tak boleh haiqarl nak menyambung ayatnya

Ummi dan abi pun terkejut mendengar berita aish mengandung

Ibu pula berdoa supaya cucunya kembar

Zayqarl ternganga mendengar berita tersebut ..

Ashry pula sudah tersenyum sinis melihat haiqarl

" ALHAMDULLILAH YA ALLAH AKU SUBUR YA ALLAH" gembira betul haiqarl

" astagfirullahalazim abang jangan cakap macam tu malu aish tau" mulai merah pipi aish

Haiqarl memeluk aish sambil tersenyum gembira dan teruja

Tiba tiba ada orang menekan loceng ..

" Assalamualaikum!" Terdengar orang memberi salam

Hania pun membuka pintu..

Rupanya saudara mara abi dan ummi datang untuk beraya..

Hania pun menjemput mereka masuk...

Aish dan haiqarl melayan tetamu yang datang

Zayqarl pula melayan anak anak tetamu itu

Hania dan daniela menghidangkan makanan

Ibu pun rancak berborak dengan saudara ummi dan abi..

KHR| Mr oyen vs miss putih Where stories live. Discover now