Prologue: 𝐀𝐧𝐭𝐚𝐫𝐚 𝐋𝐚𝐢𝐥𝐚 & 𝗝𝐮𝐥𝐢𝐞𝐭

16 1 0
                                    


#1#

Aku merenung lama langit malam yang indah terbentang saat ini, nun jauh di atas sana. Dari jendela kamar yang sengaja aku buka luas, kucurahkan segala konsenstrasiku hanya untuk menatap keindahan langit malam yang nampak sempurna ditemani bulan dan bintang.

'Romeo, dengarlah... aku takkan tunggu kau datang, seperti pungguk menunggu bulan. Tapi akan aku buat kau mencari aku, seperti bulan yang mengejar matahari, untuk menjadikan gerhana. Aku tak ingin memujamu sedangkan aku disia-siakan. Aku ingin kau yang mencariku di saat kau sedar aku tak patut kau persiakan,' bisikan hati mula terbuku, di saat angan khayalanku mula melakar wajahnya tanpa diminta.

Dia... sang Romeo yang tanpa sengaja telah mencuri seluruh perhatianku, di saat aku bersua dengannya kelmarin. Kisah yang agak basi untuk kembali diputar, namun kerana dia jualah malamku kini terasa terhias oleh bayang wajahnya, meskipun ia cuma terlakar di atas sang angan.

"Romeo... mungkin kau takkan tahu apa yang hatiku sedang rasa. Pasti juga... kewujudanku tak akan pernah disedari olehmu. Apakah harus aku memendam rasa ini seperti Laila? Atau haruskah aku mencarimu seperti Juliet?" Bicaraku pula yang cuba diluah, aku biarkan ia dibawa terbang sang bayu malam di dalam heningnya suasana.

Langit malam kutatap lagi, terlihat indah dalam kelam. Seketika nafas yang kuhela terasa kecewa saat dilepas. Entah bayangan Romeo terlalu susah untuk dibuang, atau aku yang terlalu susah untuk melupakannya.

'Wahai Romeo, andai benar rasa ini tanda putik cinta kita, haruskan aku menjadi Juliet untukmu? Atau kau selayak Qais, yang membuatku harus menjadi Laila? Atau mungkin... aku bukan siapa-siapa antara mereka, yang tak layak mencuri sebarang perhatian darimu?'

Sekali hatiku disentap bisikan terakhir itu, semerta saja anganku termati.

"Aku bukan Laila, juga bukan Juliet... dan takkan menjadi pujaan sesiapa, kan?" bisikku sendirian, berbaur rasa kecewa di hujungnya.

Aku mulai berpaling dari jendela, kembali menuju ke katil untuk beradu. Biarlah mimpi saja yang menghilangkan sosok  wajahnya dari ruang anganku kini.

Aku tidak kisah lagi.

'Kisahmu tak seagung Laila, Jasmine. Cintamu juga tidak seperti cintanya Juliet. Kisah cintamu bukanlah seharusnya bernama cinta...'

'Kan?'

Nafasku dihela kecil, cuba membenarkan prediksi sendiri.

Ya, kerana aku bukan siapa-siapa, yang harus dicintai sesiapa.

##
Prologue: END
##


Dengan ini Jasmine mempersembahkan:

Tajuk: Once Upon A NightAuthor: J'sMine

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tajuk: Once Upon A Night
Author: J'sMine

"Suatu malam hikayat terlakar, dongeng dan khayalan menjadi bicara."

Aku dan kamu, siapa yang nyata?

Desclaimer:

+Cerita ini adalah rentetan dari siri CHA Garden.
+Cerita ini adalah sepenuhnya menggunakan idea asli penulis.
+Cerita ini tiada kaitan dengan yang hidup mahupun yang mati. +Nama-nama watak diambil dari orang yang dikenali tetapi tidak kisah sebenar mereka.
+Ini adalah karya asli penulis, diharap tiada sebarang isu plagiat dari pihak tak bertanggungjawab selepas buku ini diterbitkan.

©Hak Cipta Terpelihara

JustMine-V

𝐎𝐧𝐜𝐞 𝐔𝐩𝐨𝐧 𝐀 𝐍𝐢𝐠𝐡𝐭 -|𝐈&𝐔|-Where stories live. Discover now