Bab 1

52.1K 1.3K 63
                                    

LIDA 1

"BEST tak dapat masuk Universiti, my sistur?" Disenggol siku aku. Haish, kacau mood saja. Baru nak praktis jadi pelajar terbaik dah dikacau oleh adikku sendiri, Mia Delisha. Nama sedap tapi perangai zero. Sempat pulak aku mengutuk adik sendiri.

"Muka aku tua sangat tak? Ada nampak macam makcik-makcik?" soalku bila terperasankan pandangan beberapa orang, toleh-toleh aku macam aku ada buat dosa je. Ke sebab hari ni aku terlalu cantik? Iyalah, lipstick merah menyala. Sangat wow, kan? Sesuai dengan title janda berhias. Tak gitchu?

"Bukan setakat makcik. Dah serupa nenek bongkok tiga." Meletus tawa Mia gelakkan aku. Bagi jelah title gila kat Mia ni, sangat sesuai. Cermin di tangan aku simpan. Okey dah tu, tak payah nak tengok sangat. Muka tetap juga sama, tak ada beza. Muka ala-ala kartun barbie. Okey, dah start aku mula perasan.

"Kalau aku nenek bongkok tiga. Kau tu pulak nenek sihir! Mulut puaka macam Qais!" Alamak terlepas cakap. Apasal aku sebut nama ex suami aku ni? Adoi, pagi-pagi pulak tu. Kut kalau dia tersedak macam mana? Haa... Padanlah muka!

"Amboi, abang Qais? Rindu ke cik kak? Rindukan bekas suamimu? Jangan seru-seru nanti datang macam mana? Nak getback ke?" Aku jengilkan mata besar-besar. Melampau betul! Tangan menyusup ke bawah dan mula mengetip pinggang Mia. Terjerit si Mia, haa... Rasakan penangan ketam ni. Bukan sebarang ketam ya, ketam janda lagi!

"Kau nak doakan aku bukan-bukan, kenapa? Kau tau tak aku benci gila-gila kat dia. Benci setinggi gunung ledang... Eh tak tak... Gunung Everest! Kalau aku nampak dia lagi, aku ganyang dia sampai dia lupus dari muka bumi. Huh, dasar lelaki jahat! Sanggup lukakan sekeping hati aku yang suci ini..." Aku tersengih sudahnya. Sengaja berdrama lebih bila pandang Mia yang dah berkerut. Muncung bibirnya bila dia gosok pinggangnya yang memedih. Tahu pula sakit.

"Kau ni kak. Dah tau ketam kau berbisa, janganlah cubit aku. Sakit tahu tak! Macam kena sepit ketam! Agaknya dulu kau suka ketamkan abang Qais ek? Itu yang dia ceraikan kau..."

Aku mengeluh. Sakit telinga bila nama Qais masih disebut. Sudahnya, aku menonong meninggalkan dia. Tak reti jaga perasaan kakak langsung!

Masuk saja dalam dewan kuliah, aku ambil tempat di bahagian depan. Biar lebih fokus. Nak jadi pelajar cemerlang lah katakan?

Mia datang dalam beberapa minit. Malas aku nak pandang. Macam nak merajuk tahu tak bila adik tak pedulikan perasaan kakak. Hal cerai, kisah lama itu begitu buat aku tersungging. Hal itu sensitif!

"Sorylah kak..." Mia paut bahuku. Masih aku tak toleh dia. Jeling pun tidak. Tika ini suasana dalam dewan kuliah riuh rendah. Dah macam pasar jual ikan. Haish, macam ni rupanya jiwa muda. Banyak celoteh! Gosip sana sinilah tu.

Aku sibuk keluarkan buku nota dan sebatang pen. Bersiap sedia nak belajar.

"Subjek apa pagi ni?" Aku soal Mia. Eh, lupa... Aku kan tengah merajuk. Nampak muka Mia dah tersengih-sengih.

"Akak dah tak marah Mia, eh? Pagi ni subjek... Lupalah!" Mia garu-garu kepalanya yang bertudung litup berwarna purple pekat. Aku sekadar menggeleng, nak mengharapkan si adiknya. Haish, lebih baik dia cek jadual kat handphone sendiri.

Sedang ralit, suasana dalam dewan kuliah ini sunyi sepi. Derapan kasut seseorang kedengaran, aku yang sedia tunduk masih tak angkat wajah. Haruman yang menerobos ke hidungku buat aku sesak. Kenapa ni? Kenapa rasa macam ada aura kejahatan? Eh...

"Akak... aku tak sedap hati," ujar Mia.

"Samalah, kenapa aku macam pernah bau minyak wangi ni?" jawab aku teragak-agak.

"Aku tak nak cakap apa-apa. Cuba kau tengok depan." Mia berbisik-bisik. Tahu dah mesti lecturer dah masuk dalam.

Agak berat nak pandang. Berdebar-debar. Kenapa dengan aku ni?

Lecturer Itu Duda Aku! [EBOOK✓]Where stories live. Discover now