Bab 4 - Fly Asrama Bahagian 1

27.1K 59 0
                                    

"I rasa macam boring lah...", Irene merungut. Kami mula terasa tepu kerana terkurung lama di dalam asrama. Cuti sekolah pula masih jauh lagi.

"Habis tu? Kita nak buat apa lagi?", tanya Rose.

"Kita fly nak? Hujung minggu ni", Linda memberi cadangan.

"Fly? Asrama sini tak strict ke?", aku bertanya.

"Mana boleh tak strict...kalau you tak percaya, you try la kantoi sekali tengok. Lagi ada itu singa betina Falin, apa macam mau fly?", jawap Irene.

"Aku dapat info dari BF aku, Kak Falin and the geng tak ada hujung minggu ni. Sebab pelaja-pelajar senior ada program kat luar", terang Linda.

"Singa betina tak ada? Ini chance baik ni. Rumah I pun line clear weekend ni. Parents I outstation...pergi luar negara", Irene memberi cadangan.

Akhirnya, kami semua bersetuju dengan cadangan Irene itu. Aku pula terasa berdebar-debar kerana aku tidak pernah sekali pun ponteng di sekolah lamaku dahulu. Inikan pula tiba-tiba mahu fly asrama. Tetapi dalam masa yang sama, aku juga teruja kerana mendapat peluang untuk keluar dari asrama.

Kami bersepakat untuk fly pagi dalam pukul 6 lebih kerana pada waktu itu, persekitaran masih gelap dan pelajar-pelajar mulai sibuk dengan urusan masing-masing. Ada yang ke surau, ada yang mandi, ada yang mula lepak di common room dan ada juga yang menunggu sarapan siap dimasak di kantin. Penghuni asrama bebas melakukan apa-apa sahaja aktiviti pada hujung minggu selagi mana masih di dalam perkarangan asrama.

Pagi itu, aku hanya mengikut sahaja di belakang mereka berempat. Kami berjalan ke arah pagar yang menghubungkan pagar Asrama Puteri dengan padang sekolah. Linda menarik satu persatu bahagian bawah pagar untuk mencari mana satu pagar rahsia yang boleh kami gunakan untuk menyusur keluar.

Di padang sekolah, kami berjalan laju sambil membongkokkan badan menuju ke arah tembok batu. Dan di situ kami memanjat tembok tersebut ala-ala tentera dengan menyokong kaki kawan dengan telapak tangan dan kemudiannya dua orang yang berada di atas tembok akan menarik tangan kawan yang seterusnya.

Setelah kami semua melepasi halangan tembok batu itu, kami terduduk bersandar sebentar. Aku memecah kesunyian, "pagi-pagi lagi dah penat...dengan lari kat padang luas. Panjat pula tembok tinggi ni".

"Ini...biasa...Hah...penatlah mau cakap", Irene tercungap-cungap. Tidak seorang pun di antara kami yang benar-benar fit kecuali Farah.

"Dah...jom kita pergi. Nanti...kantoi dengan guard yang...ronda...luar pagar pula", cadang Rose tercungap-cungap dan ada kalanya terbatuk-batuk.

Kami menaiki bas untuk ke bandar dan seterusnya membeli tiket komuter ke Seremban. Di dalam komuter kami berempat terlelap kepenatan. Tiba sahaja di stesen komuter Seremban, kami berjalan menuju ke Terminal 1.

"Aku lapar lah...kita belum sarapan lagi ni", ujar Linda sambil memegang perutnya.

"Kita makan kat Terminal saja lah...lepak-lepak dulu, lepas tu baru naik bas pergi rumah I", cadang Irene.

Selesai saja sarapan kami bermain game di dalam arked dahulu. Sedang mereka berempat asyik bermain game, aku berasa terpanggil untuk keluar ke tangga di tepi bangunan Terminal. Di situ aku terbau asap rokok dari tingkat bawah tangga itu.

Aku cuba mengintai, telah lama aku tidak merokok sejak dari masuk asrama. Biarpun aku ini bukanlah perokok yang tegar, tetapi ada masa-masanya aku teringin sangat nak merokok untuk meredakan stress.

"Hey...you smoking tak?", tiba-tiba Irene meletakkan lengannya di bahuku. Aku melihat hanya dia seorang sahaja.

"Diorang masih main game lagi. Mari ikut I", Irene mempelawaku mengikutinya turun tangga ke arah lelaki yang sedang menghisap rokok.

Violet [Complete]Where stories live. Discover now