10

75 19 6
                                    


Aku berdiri hadapan pintu bilik sunwoo. Entah kenapa kaki aku menjadi beku. Aku perlu jumpa dia, aku tak mahu sunwoo salah faham dengan aku.

"Sunwoo-ah.. boleh saya masuk" soalku di luar pintu

Selepas seminit berlalu suasana masih sunyi. Tiada jawapan yang keluar daripada mulut sunwoo.

Aku membuat keputusan untuk masuk dalam biliknya.

"Sunwoo" panggilku ketika melihat dia yang berada di koridor

"Puas permainkan perasaan aku?"

Aku melangkah mendekati sunwoo sambil mengetap bibir. Seluruh tubuh menjadi sejuk. Aku terlalu gementar melihat wajah serius sunwoo.

"Mianhae. Saya tahu saya salah"

"Kau sepatutnya bagitahu aku, kau tunang orang. Tunang kau tu kawan baik aku, takkan aku nak biarkan dia kecewa"

Pandangan sunwoo menjadi redup. Aku tahu dia kecewa. Tersangat kecewa dengan sikap aku.

"Saya dengan haknyeon bukan seperti yang awak sangkakan. Saya tak pernah cintakan dia, saya cintakan awak sunwoo. Tolonglah percayakan saya" aku memegang lengan sunwoo. Berharap dia percaya dengan apa yang aku katakan.

"Aku menyesal terima kau dalam rumah ni"

"Awak boleh halau saya.. kalau itu yang awak nak"

Tubuh aku ditarik masuk dalam dakapannya. Dia memeluk aku erat sehingga aku boleh dengar degupan jantung sunwoo yang berdetak laju.

"Macam mana aku nak halau kau kalau kau saja yang mampu bahagiakan aku"

Aku membalas pelukan sunwoo sambil menahan tangisan. Kalaulah dia tahu umur aku tidak panjang. Bolehkah dia terima aku.

"Shhh janganlah menangis. Aku tak pandai pujuk orang" katanya lalu mengusap rambut aku

"Sa-saya nak stay dengan awak.. sampai bila-bila"

after you | kim sunwoo ft. ju haknyeonWhere stories live. Discover now