09

86 7 1
                                    

🌼

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

🌼

Esok hari, usai solat subuh berjemaah dengan suaminya, Emily terus menyediakan sarapan buat Adhwa. Adhwa ada kelas pagi hari ini! Adhwa berkerut dahi juga kerana Emily terus keluar bilik setelah mereka membacakan doa dan Emily mencium tangannya tadi. Mujur sempat lipat telekung.

"Nak pergi mana laju macam kilat tu? Pelik-pelik bini aku ni." bebel Adhwa.

Dia mulai bersiap untuk ke kelas. Walaupun hari masih awal, tak salah nak bersiap. Lagipun dia sengaja juga nak datang awal hari ini, alang-alang dia nak singgah rumah Yusri. Kereta Yusri rosak pula.

Usai, dia turun anak tangga. Bau yang menusuk lubang hidungnya membuatkan kaki dia ringan ke dapur. Dia nampak Emily yang sedang sibuk menyediakan sarapan pagi. Patutlah gadis itu laju semacam.

Dia duduk di atas kerusi, menunggu Emily. Rambut gadis itu diikat kemas, mengenakan apron. Pagi-pagi pun dah cantik. Sarapan terhidang di atas meja, nasi goreng. 

"Sedap bau." puji Adhwa sewaktu Emily menyendukkan nasi itu ke dalam pinggannya.

"Tea or coffee?"

"Tea, please."

Emily angguk, teh dituangkan ke dalam cawan dan dihidangkan kepada Adhwa. Dia kemudiannya duduk dihadapan Adhwa, menuangkan air kopi ke dalam cawannya pula. Adhwa pandang pinggan kosong Emily.

"Kau tak makan ke?"

"I tak makan berat pagi-pagi."

Adhwa angguk faham. Satu lagi maklumat penting tentang Emily, noted! Dia mulai menjamah air tangan isterinya. Bulat matanya. Sumpah sedap! Nasi goreng macam ni pun dah sedap, dia tak sabar nak rasa masakan lain.

"Kau tak ada kelas pagi kan harini?" soal Adhwa.

"Tak ada. Tapi I nak keluar ziarah kubur Johan. Lepastu I nak jumpa Wildan and Mikha. You izinkan?" 

"Pergilah." balas Adhwa, singkat.

Emily angguk saja. Mereka berdua keluar rumah serentak, menaiki kenderaan masing-masing. Nak pergi sekali susah pula, Emily nak ke sana, Adhwa nak ke situ, destinasi tak sama. Usai menziarahi kubur arwah Johan, Emily terus ke kafe.

Dia nampak Wildan dan Mikha yang sedang berbual. Senyum terukir di wajahnya, pantas dia ke sana. 

"Assalamualaikum~" tegur Emily.

"Dah pandai bagi salam lah barbie doll ni. Waalaikumsalam!" balas Mikha.

"Waalaikumsalam. Cantiknya bidadari ni." puji Wildan pula.

Emily senyum malu, duduk disebelah Wildan. Wildan bangga melihat penampilan Emily yang memang jauh berubah. Walaupun gadis itu masih tidak bertudung, tapi baju kurung yang tersarung elok itu membuatkan Emily tampak menawan.

Kalau dulu, Emily nampak seksi. Sekarang, Emily nampak sopan!

"Nampak makin bahagialah sekarang! Happy eh dengan Adhwa?" Mikha mengusik.

IZINKAN DIA BAHAGIA Where stories live. Discover now