HANS HAURA I

1.8K 96 2
                                    

Dahi berlabuh di atas meja belajar

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Dahi berlabuh di atas meja belajar. Keluhan berat terlepas berselang dengan tangisan kecil. Berat sungguh ujian kali ini. Waktu- waktu begini laptop buat masalah. Langsung gelap tanpa cahaya yang dipaparkan dari skrin.

'Ya Allah, aku buntu. Bantulah aku. Permudahkan urusan aku untuk menghabiskan kerja ini.' Adu Haura di dalam hati memohon pertolongan daripada DIA.

Ini bukan kali pertama laptop buat hal. Sudah banyak kali, tapi kali ini advance sikit kerana langsung tak boleh nak hidupkan. Baki duit dalam akaun hanya cukup- cukup makan. Tentu saja dia tak mampu nak membaiki laptop sebelum tarikh penghantaran kertas kerjanya.

Kepala diangkat. Laptop yang sudah bergelap direnung sayu. Dalam otak dia saat ini bermacam- macam yang dia fikirkan. Macam mana nak baiki? Duit pula tak cukup. Tarikh hantar assignment makin hampir. Apa nak cakap pada Dr Hanisah sebab dia tak dapat nak siapkan assignment dalam tempoh masa yang ditetapkan.

"Ara..." Panggilan seseorang menyentakkan Haura. Lantas dia berpaling ke belakang. Pandangan mata menyapa gadis yang berdiri di sebalik pintu bilik.

"Hurm... Kenapa Reen?"

"Dah lewat ni. Kau tak nak masuk tidur lagi ke? Sambung esoklah assignment tu." Tutur Azreen menyuruh Haura menyudahkan kerjanya. Bukan apa, sepanjang malam Haura menghadap laptop. Kalau jadi dia, boleh pening kepala menghadap laptop sepanjang masa.

"Err... nanti aku tidur. Kau tidurlah dulu." Haura tak mahu Azreen tahu masalah dia. Selama ini bila laptop buat hal dia selesaikan sendiri. Langsung tak berkongsi cerita pada Azreen. Salah satu sebab dia tak nak menyusahkan Azreen. Bila mana Azreen tahu dia ada masalah, dia pasti Azreen juga bakal tak senang duduk.

Azreen menguap halus. Tangan melekap di mulut. Dengan mata yang kuyu, dia pandang Haura.

"Okay. Jangan tidur lambat sangat. Esok pagi ada kelas." Azreen terus menghilang masuk ke dalam bilik.

Hilang saja Azreen dari pandangan, Haura mengeluh kecil. Nampak gayanya dia kena masuk tidur juga. Laptop pun dah tak boleh nak guna. Tak ada sebab untuk dia berjaga malam ini. Masalah ini dia akan sambung esok saja. Harapnya ada jalan penyelesaian buat dia.

-ˋˏ ༻❁༺ ˎˊ-

Habis saja kelas, masing- masing mula mengemas barang. Haura pula masih statik di tempat duduknya. Tak ada langsung tanda- tanda untuk meninggalkan kelas.

Azreen bangun berdiri. Saat itu dia baru perasan Haura masih lagi tak mengemas barang. Ralit termenung jauh ke hadapan. Perlahan, dia mencuit bahu Haura. Serentak, Haura pusing memandang ke arahnya

Haura mendongak memandang Azreen. Sebelah kening terjungkit dengan tanda tanya di wajah.

"Kau tak nak keluar ke? Aku nak pergi lunch. Perut dah lapar." Perut yang kempis diusap bulat.

KOMPILASI CERITA PENDEK [EDISI 2]Where stories live. Discover now