Chapter 7

375 20 3
                                    

Haura Medina pulang kerumah sendiri memandangkan harini Hafiey ada discussion group untuk assignment manakala Zara pula ada discussion dengan ahli jawatankuasa kelab di cafe jadi terpaksalah dia pulang sendiri.

Sampai sahaja Haura dipintu pagar rumahnya kelihatan sebuah kereta mewah memarkirkan keretanya dihadapan rumahnya.Haura mengerut pelik orang kaya mana yang datang ke rumahnya ni.

Haura hanya masuk sahaja malas mahu mengambil tahu.Masuk sahaja dia didalam rumah kelihatan 4 manusia sedang sibuk rancak berborak diruang tamu dia seperti mengenali 2 manusia itu.

"Assalamualaikum!"

Haura memberi salam dan terus kearah mereka yang sedang duduk memandang kearahnya.

"Waalaikumussalam panjang umur kami baru lepas berborak pasal kamu."jelas Pn Maisarah.

Haura hanya tersenyum nipis dia pergi kearah Pn Sri Adibah dan menyalam tangan wanita berumur itu lalu hanya menunduk hormat pada Tan Sri Irham.
Haura mengambil keputusan untuk duduk disebelah mamanya itu.

"Haura sihat?"tanya Pn Sri Adibah.

Haura tersenyum manis menampakkan lesung pipitnya.

"Alhamdulillah aunty!Haura sihat je."

"Ehh apa pula aunty panggil mama."

Balas Pn Sri Adibah dengan gelakkan kecil.

Haura mengerutkan dahinya,mama?sejak bila dia jadi mak aku?.

"Mama?"

"Yelah mama!Haura kan bakal menantu mama."

Haura memandang kearah ibunya tak percaya kenapa mesti dia?.

Bagai terkena renjatan elektrik sahaja badan Haura.Bakal menantu? sejak bila aku nak jadi bakal menantu dia ni.Pn Sri dengan Tan Sri ni salah masuk rumah ke atau salah lamar orang ke aku yang salah masuk rumah ni?Haura berkata sendirian.

"Sekejap Haura tak faham?bakal menantu?"

"Ye sayang mama nak sangat Haura jadi menantu mama."

Haura memandang kearah ibunya tak percaya.Betul ke ni?aku tak salah masuk rumah kan?ini betul betul rumah aku kan?Haura berloyar buruk dengan dirinya sendiri.

"Tapi aunty-"

"Mama tak paksa Haura tapi mama harap sangat Haura dapat jadi menantu mama ye sayang."

Haura tersenyum nipis dia memandang ibunya sekali lagi.Pn Maisarah yang faham maksud pandangan Haura tu mengusap lembut peha Haura.

"Ba..bagi Haura masa boleh untuk fikir?"

"Boleh sayang!ambil lah berapa banyak masa yang Haura nak mama tak kisah."

Haura hanya tersenyum nipis kenapa?kenapa mesti dia kenapa tak orang lain ya allah adakah ini takdir yang kau beri pada aku?.
-
-
-
Ayden pulang kerumah keluarganya kata mamanya ada benda yang ingin dibincangkan.Masuk sahaja dalam rumah kelihatan kedua orang tuanya sedang duduk berbual diruang tamu.

"Ehem".

Ayden berdehem perlahan,kedua orang tuanya mengalihkan pandangan kearahnya.

"Ahh Ayden papa ingat kamu tak nak datang."

"Erm ada apa papa dengan mama nak jumpa ni?"

"Actually mama dah melamar Haura untuk Ayden."

Tenang sahaja suara Pn Sri Adibah berbicara.Ayden yang mendengar perkataan lamaran itu terus berkerut keningnya.

"Wait..mama papa lamar budak tu?"

"Yes kenapa salah ke?"

"Mama tanya Ayden salah ke?mama tahu tak Ayden tak suka!"

"Ayden ni mama Ayden bukan kawan kawan Ayden yang boleh suka hati Ayden je Ayden nak tengking!."

"Tapi ni dah melampau apa Ayden ni dah tak wujud ke dalam keluarga ni sampai semua keputusan nak belakangkan Ayden?yang nak kahwin Ayden kenapa mama papa pula sibuk sibuk nak atur hidup Ayden!"

Pang!!

Tan Sri Irham menampar hebat muka anak lelakinya itu.Sungguh biadap!

"Kau tampar aku sebab betina tu!"

Tiada lagi penggunaan nama yang biasa digunakan kini yang keluar dari mulut lelaki itu hanya perkataan 'kau aku'.

Naik turun nafas Tan Sri Irham menahan sabar dengan sikap kurang ajar anaknya ini.

"Jangan biadap Ayden!aku ni papa kau ini mama kau yang mengandungkan kau 9 bulan bukan kawan kawan kau yang kau boleh kurang ajar!"

"Kalau Ayden tak mahu terima Haura anggap sahaja kami ni tak pernah wujud Ayden!"

Tan Sri Irham pergi meninggalkan Ayden dan isterinya lagi lama dia tinggal disitu boleh sakit jantung dia dibuatnya.

Pn Sri yang memandang suaminya pergi itu mengalihkan pandangannya kearah anaknya.

"Puas hati Ayden!Ayden memang tak sayangkan mama kan lepasni apa apa keputusan yang Ayden nak buat Ayden buatlah mama malas nak masuk campur lagi dengan urusan hidup Ayden!"

Ayden memejamkan matanya seketika dan memandang semula muka kecewa mamanya itu.Dia menghela nafas berat .

"I'm sorry mama Ayden salah!"

"Bukan sorry kat mama pergi sorry kat papa Ayden dan minta maaf dekat keluarga Haura paling penting minta maaf dekat Haura-"

"Kalau Ayden betul betul sayangkan mama tolonglah mama merayu jangan kecewakan mama sayang Ayden satu satunya anak mama."

Pn Sri Adibah memegang lembut pipi anak terunanya itu dan mengucup pipi lelaki itu dengan harapan Ayden akan berlembut hati mendengar kata katanya.

Pn Sri Adibah naik keatas untuk melihat keadaan suaminya dan meninggalkan Ayden dan memberi ruang kepada Ayden untuk bersendirian.

ETC
Hi saya kembali seperti biasa kalau best awak boleh komen tak best pun boleh komen okay..

Korang rasa Ayden akan berubah ikut cakap mama dia tak?kalau nk tahu wait for next chapter ye...

Have a nice day guys ♥️

Suami Dari NerakaWhere stories live. Discover now