Bab 19

20 3 0
                                    

   "  Kenapa ni, aku tengok kau kecewa sangat, ke sebab Lanna tak layan soalan kau tadi?', tanya Shakir, menahan ketawanya. " Kau untung lah gadis pujaan kau sempat bagi nombor telefon kat kau", marah Faris tidak puas hati lagi. Dia belum sempat berkenalan dengan perempuan itu lebih lama kerana perempuan itu terus menarik tangan Lanna untuk pergi dari situ. Dia berasa tidak  puas hati dan cemburu kerana kawan baiknya telah mendahului daripadanya. " Apa yang kurangnya aku daripada kau eh, nak kata rupa, muka aku lagi handsome", tanya Faris sambil menilik rupa kawannya. "Kau memang kawan tak guna, ada kau nak bandingkan muka aku dengan muka kau, aku rasa baik kau check personaliti kau," balas Shakir,menggelengkan kepalanya. " Kenapa dengan personaliti aku?', soal Faris. "Aku rasa baik kau tanya Ina, dia kan kawan baik bidadari kau", cadang Shakir, malas menjawab soalan Faris. " Ye tak ye juga, aku lupa pula, thanks bro", ucap Faris. Dia terus berlalu pergi. 

" Bab nak cari jodoh laju je, cuba aku ajak kau pergi masjid ke, buat amal ke, cepat kau lari", bisik hati Syakir, melihat gelagat kawan baiknya. Dia masih melihat nombor telefon milik Sarah, dia berasa hatinya sudah berbunga kerana telah berjumpa dengan jodohnya. Dia berharap hubungan antara dia dengan bidadarinya bertambah erat jika dia sering berjumpa dengan Sarah kelak. Dia juga berdoa agar Faris juga dapat bersama dengan perempuan yang dia cintai. Walaupun perangainya seperti budak-budak tetapi dia tetap berkawan sejak mereka kecil. Faris adalah kawan yang pertama yang sanggup berkawan dengannya walaupun darjat status berbeza. 

Di tempat lain

" Sha, abang nak tanya pasal kawan Sha, Lanna, boleh tak awak bagi nombor telefon dia pada abang?", tanya Faris kepada Sharina. " Aduh, kau memang nak kacau date aku dengan Rina masa ni", marah Izwan. " Bila masa saya date dengan Mika, jangan nak perasan eh", tegur Sharina Dina berlalu pergi dari kafe Irlana. " Abang, kenapa dengan kak Sharina?", tanya Irlana pelik Sharina tiba-tiba pergi dari sini. " Abang Ir cakap date pada Ina, Ir tahu kan Ina tak suka perkataan tu", jawab Faris selamba. " Kau punya pasal ni, asal kau tak cari sendiri nombor dia, perlu ke kau cari Sharina ", marah Izwan terus bangun dan mengejar Sharina Dina. " Salah aku pula, aku nak nombor Lanna je", kata Faris. Irlana mampu mengelengkan kepalanya melihat abangnya mengejar Sharina. 

" Rina, tunggu jangan tinggalkan aku", kata Izwan masih mengejar Sharina dari belakang. Sharina berpaling ke belakang terkejut Izwan masih mengejarnya. Dia terus berlari meninggalkan Izwan Mikail. Dia tidak tahu perasaannya sekarang, malu atas perbuatannya tadi. Dia terkejut apabila Mika sendiri mengatakan mereka sedang keluar date walhal dirinya hanya makan dengan Mika sahaja. Dia menyorok di sebalik pokok besar, tidak mahu lelaki itu menjumpainya. 

" Rina, asal kau lari pula, baik kau jalan tadi, dah lah kau tengah pakai kasut tumit, nanti jatuh aku pula yang rasa sakit, apa pula aku merapu ni", bisik Izwan sendiri terus mengejar Sharina. Dia cuba mencari lokasi Sharina. "Mana pula Rina ni, bab menyorok nombor 1 sama macam dulu", kata Izwan teringat peristiwa dia bertembung dengan Sharina Dina buat kali pertama. Dia terus mendail nombor Shakir. " Hello, aku nak kau cari lokasi Rina, dia lari daripada aku", arah Izwan kepada Shakir. " Kenapa dengan Sha, kau buat apa dekat dia kali ini?", tanya Shakir. " Asal kau tanya aku pula, kau patut tanya kawan kau tu, ada ke patut dia kacau date aku dengan Rina!!", marah Izwan terus mematikan panggilannya. " Mana kau Rina, aku tak sangka pula perkataan aku buat kau tak selesa tadi, Mika kau kena tahu bukan mudah Sharina boleh terima lelaki lain dalam hidup dia", bisik hatinya. " Faris, kau biar betul kau cari Sha semata-mata nak nombor Lanna", kata Shakir terus mencubit lengan kawannya. Dia terkejut apabila kawannya pulang ke rumah mereka dengan muka masamnya. "Sakitlah kau cubit aku, dah kau yang suruh aku jumpa dengan Sha, aku mana tahu diorang tengah date ke," kata Faris. " Kau tahu tak Sharina hilang sekarang", kata Shakir terus membuka laptopnya, untuk mencari lokasi Sharina Dina. " Bukan salah aku, salah Mika, dia kata date, tak terkejut Sha bila Mika cakap macam tu", kata Faris lagi. " Kau tolong aku cari Ina, lagi cepat lagi bagus", kata Shakir menghulurkan telefonnya. " Yelah aku tolong kau, " kata Faris mengambil telefonyya untuk menjejaki perempuan itu. 

" Aku keliru dengan perasaan aku sekarang, dulu Danial sekarang Mika, tapi bila aku nak bandingkan diorang, Mika lagi baik daripada bekas tunang aku, at least dia tolong cari tempat perlindungan dengan pekerjaan untuk aku,  kenapa aku tak perasan kesungguhan lelaki itu pada aku, Sha dah tiga tahun kau tutup hati untuk terima lelaki lain mungkin sekarang kau boleh terima Mika sebagai teman hidup kau, pelindung hati kau, bukan sebagai teman lelaki upahan lagi", bisik Sharina sendiri. Dia mahu berlalu pergi untuk mencari Mika tetapi langkahnya berhenti setelah matanya tiba-tiba ditutup oleh tangan seseorang. Dia mahu menyiku badan orang itu , tetapi tangannya juga dihalang. " Dina, aku rindu dekat kau, lama kita tak berjumpa setelah tiga tahun", bisik lelaki itu. 

" Danial, kau ke tu, kenapa kau cari aku, kau dah tinggalkan aku, kau dah buat ibu ayah aku benci aku, apalagi kau nak hah!!", marah Sharina, tidak mahu memendam perasaan marah pada lelaki itu. " Apa yang aku nak, aku nak kau, bukan senang aku nak cari kau sebelum ni, setiap kali aku nak jumpa dengan kau, ada je penganggu akan halang aku", bisiknya pada telinga Sharina. Sharina berasa takut untuk berpaling ke belakang. " Wanginya kau, sama macam dulu", bisik lelaki itu. Badan Sharina terus mengigil ketakutan. " Kita akan berjumpa lagi, masa itu kau akan bertatapan dengan mata aku,"kata lelaki itu terus melepaskan mata dan tangan Sharina, terus berlalu pergi. Sharina tidak mahu membuka matanya lalu terduduk di bawah pokok besar. 




Your Heart Belong To MeWhere stories live. Discover now