[ 31 ] - kenapa?

89 6 12
                                    

rindu notification vote or komen dari story ni muncul sebenarnya, apa-apapun enjoy it! :(

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

rindu notification vote or komen dari story ni muncul sebenarnya, apa-apapun enjoy it! :(

____________________


"Shushh, beri aku masa. Aku nak luangkan masa dengan kau sebelum kau yang akan tinggalkan dunia ini. Dan anak kau, aku takkan seksa dia sebab aku tak pedulikan dia. Hidup aku hanya ada kau sahaja. Aku sayangkan kau perempuan, sayang sangat-sangat tapi kau tak pernah nak balas cinta aku. Aku sakit sayang..." ujar Zhen lagi.

Dibawa Kalsom ke arah keretanya dan setelah selesai kereta itu berlalu pergi. Kesemua anak buahnya ditinggalkan begitu sahaja. Mereka terpinga-pinga.

"Bos tinggal kita weh! Apa ni?"

"Ye do, dia tinggalkan kita macam ni je. Dahlah duit grab tak bagi..."















Haidar masih dibiarkan bersendirian di rumah. Sudahlah dia tidak menjamah apa-apa lagi untuk mengisi perutnya yang sedang berbunyi. Dia lapar. Dikejutkan dengan kedatangan gangster ke rumahnya, mata terarah ke sepucuk surat yang ditinggalkan oleh mereka sebentar tadi. Lantas dibaca surat itu perlahan.

"Hye budak, ingatkan mak kau ya! Bayar hutang aku! Bila dah berhutang kena bayarkan? So kau pun tahukan dalam mana-mana agama kalau berhutang perlu dilangsaikan? Jadi ingatkan mak kau tu sebelum kau sendiri yang tengok mak kau tak bernyawa! Uncle sayang you kid!" Haidar memegang surat itu lama, jelas air mata mengalir lebat. Sesudah itu, dia mula berlalu pergi dari meja tersebut menuju ke arah satu bilik

... bilik di mana ibunya beristirehat. Dia tidak pernah dibenarkan masuk ke dalam ruangan ini oleh Kalsom. Terlalu banyak rahsia yang masih tersimpan. Dia tidak mengerti. Dia buntu, apa yang dia perlu lakukan untuk menyelesaikan hutang ibunya itu? Cari kerja?

Tanpa Haidar sedar disebalik apa yang tersimpan itu bakal meruntunkan hatinya. Puan Kalsom ada penyakit, penyakit yang sudah lama dia pendam tanpa pengetahuan siapa-siapa meskipun bekas suaminya.

Sempat dia berpaling ke arah pintu almari yang agak tersembunyi di situ. Dipunggah apa yang ada di situ, dia sangsi akan pekerjaan ibunya apatah lagi sampul duit yang sedang bertindih dengan sesuatu barang dan ubat yang baginya begitu asing. Dia harus tahu kebenaran. Kebenaran di sebalik semua ini. Ragu akan semuanya.

Apabila digenggam kedua-dua itu, dia pelik lantas dia berlari ke arah rumah sebelah yang dihuni oleh keluarga kecil. Dia mahu tahu benda ini apa dan apa kegunaannya.

"Assalamualaikum..."

"Waalaikumussalam Dar, kenapa datang sini. Mana ibu kamu?"

Haidar diam sebelum menghamburkan air matanya. Puan Hidayah yang melihat itu, lantas membawa kanak-kanak itu masuk atas keizinan suaminya yang berada di dapur sedang ligat menyiapkan bekalan anaknya untuk ke sekolah.

"Ada apa Dar... kenapa muka kamu nampak sedih je ni?"

"Cik Yah... Haidar tak tahu apa yang tengah berlaku. Dar pening, Dar kaku. Dar tak tahu apa reaksi Dar lepas Dar dapat tahu sesuatu yang ibu sembunyikan dari pengetahuan Dar..."

Hitam PutihWhere stories live. Discover now