1

481 22 0
                                    

"KAU NI MEMANG TAK GUNA TAHU TAK?! ANAK TAK RETI NAK BERSYUKUR!" Jerit seorang lelaki yang dalam lingkungan 40 an sambil menendang seorang lelaki yang disebut sebagai 'anak'





"DISEBABKAN KAU LA MAK KAU MENINGGAL! MEMANG TAK GUNA ADA ANAK MACAM KAU NI!" jerit lepaki tersebut lagi. Anaknya hanya mampu memohon kepada bapanya supaya hentikan semuanya tetapi amarah bapanya itu membuatkan bapanya tidak mendengar apa yang anaknya itu rayukan





"Ayah! Sakit yah! Tolong la berhenti! Jihoon ni anak ayah!" Jerit jihoon yang berada di dalam kesakitan.




Bukan sekadar tendang sahaja tetapi menampar, menarik rambut, memukul anaknya menggunakan kayu dan sebagainya




"KAU YANG PATUT MATI! BUKANNYA MAK KAU! DASAR ANAK DAJJAL! MAMPOS KAU SANA!" Lelaki tua itu memukul anaknya menggunakan kerusi kayi yang berdekatan dia sehingga membuat anak lelakinya itu tidak bergerak lagi "puih! Mati lagi bagos" kata lelaki tua itu sebelum berlalu pergi meninggalkan rumah dengan pintu yang terbuka



~



"Dr. Kang!! Dr. Kang! Ada kecemasan! Seorang lelaki yang berumur 25 tahun dalam keadaan kritikal sekarang!" Panggil nurse tersebut yang berada di dalam tergesa-gesa




Dr. Kang Y/n, seorang dokter perempuan yang berumur 24 tahun yang memiliki otak yang sangat bijak. Disebabkan kepakaran dan kepintarannya lah, dia menjadi salah seorang dokter yang paling disanjungi dan diminati oleh ramai orang di hospital tersebut. Tetapi walaupun Kang Y/n bersifat lembut, baik dan manis, dia mempunyai sikap yang dingin terhadap semua orang kecuali kawan baik dan keluarganya






Dr. Kang berlari mengekori nurse yang memanggilnya dan sampai di wad kecemasan. Dia melihat seorang lelaki yang terbaring kaku tidak bergerak dengan bekas luka serta lebam di merata tempat pada badannya




"Bagaimana dengan jantung pesakit?" Tanya y/n dengan suara tegas. "Detak jantung pesakit semakin perlahan dokter!" Kata nurse tersebut dalam keadaan panik




"Berikan dia oksigen dengan cepat!" Y/n mengangkat baju pesakit dan memeriksa jika ada tulang rusuk pesakit yang patah sebab ianya amat bahaya. "Tulang rusuk pesakit ada beberapa yang patah.. Siapkan bilik pembedahan dengan segera!" Arah
y/n dan beberapa nurse yang ada disitu dengan segera berlari untuk menyiapkan bilik bedah

-Beberapa minit kemudian-

"Dokter! Semuanya dah siap!" Kata nurse lelaki yang baru datang. "Cepat pindahkan pesakit ni! Dia sedang kritikal!" Arah y/n lagi

.
.
.

*Di dalam bilik pembedahan*

"Mari kita mulakan" kata y/n dengan nada suara yang tenang. Semua yang ada di dalam bilik pembedahan tersebut pun menuruti perintah daripada y/n

~


Setelah beberapa jam pembedahan dilakukan, akhirnya selesai dengan selamat. "Dr. Kang, ada anggota polis yang sedang tunggu Dokter di dalam bilik dokter" kata Dr. Im iaitu kawan baik kepada y/n




Y/n hanya menganggukkan kepalanya dan berlalu pergi ke biliknya





Apabila y/n memasuki ruang kerjanya, dia ternampak dua orang anggota polis sedang duduk menunggu keberadaannya "maafkan saya lambat..pembedahan baru selesai sebentar tadi" kata y/n.





Kedua anggota polis tersebut berdiri dan tunduk hormat kepada y/n "maaf jika kami mengganggu Dr. Kang.. Tapi kami memerlukan keterangan daripada Dokter tentang keadaan pesakit" kata salah seorang anggota polis tersebut




Y/n hanya menganggukkan kepalanya "baik Dr. Kang.. Saya Inspektor Jungkook dan ni kawan sekerja saya.. Inspektor Jimin...boleh kami tahu bagaimana keadaan pesakit semasa sampai di hospital?" tanya Inspektor jungkook





"Keadaan pesakit di dalam keadaan kritikal... Detak jantung dia menurun dengan cepat dan dari apa yang saya nampak.. Pesakit susah untuk bernafas....ada beberapa tulang rusuk pesakit yang patah dan hampir tertusuk beberapa organ yang berada disekitarnya.. Kalau dilihat..penyebab tulang rusuk beliau patah...disebabkan hentakkan yang kuat daripada objek keras" terang Y/n




"Baik...boleh kami tahu..objek yang keras tu macam mana ya dokter?" tanya Inspektor jimin. "Objek yang keras seperti batu, kayu ataupun besi"





"Baik..lagi ada apa-apa ke yang ada di badan pesakit?" tanya Inspektor jungkook lagi
.
.
.
.
.
To be continued🌻

My Hope (Jihoon Treasure  X Reader) Where stories live. Discover now