haji hajah cuckold

12.6K 83 9
                                    

Baru sahaja hendak memberi salam, tiba tiba Mijat terdengar seperti ada benda jatuh di belakang. Lalu dia pun melihat ke bawah kolong. Kelihatan seperti ada kelibat orang yang sedang berlari menuju ke arah belukar di belakang rumah Hajah Menik. Mijat cuba mengejar tetapi sudah terlambat, kerana orang itu sudah pun hilang di dalam semak belukar. Ketika Mijat berpatah balik dari mengejar orang tadi, dia nampak Hajah Menik berada di tingkap sedang memandang ke arahnya. Dia hanya dalam keadaan berkemban dan berbalut tuala sahaja.
" Ada orang buat apa apa pada Hajah ke?"
Tanya Mijat pada Hajah Menik. Tetapi Hajah Menik tidak menjawab, hinggalah Mijat hampir dan mendongak kepadanya.

" Saya nak jumpa Haji Sood, ada?"
Tanya Mijat lagi, setelah lama Hajah Menik tidak menjawab pertanyaannya tadi.
" Dia tak ada."
Jawab Hajah Menik pendek dengan nada keras serta muka yang masam.
" Dia kemana?"
Tanya Mijat lagi.
" Entah tak tahu."
Balas Hajah Menik yang masih bersuara keras berserta dengan muka masamnya. Melihat keadaan Hajah Menik yang seperti itu, Mijat pun tidak menunggu lama, dia pun menghidupkan injin motorsikal nya dan terus meninggalkan rumah Hajah Menik. Di pertengahan jalan, Mijat telah bertembung dengan Haji Sood yang memang dalam perjalanan hendak balik ke rumahnya. Maka Mijat pun terus menemuinya di pertengahan jalan itu juga.

Rupa rupanya Mijat hendak bertanya tentang dusun Haji Sood yang katanya hendak di pajakkan pada musim durian yang akan datang ini. Memang betul Haji Sood hendak memajakkannya, kerana dia sudah tidak berupaya untuk menjaga dan mengurus nya. Kebetulan Mijat ada orang yang memang sedang mencari dusun untuk di pajak. Setelah berbincang seketika, dan berjanji untuk mempertemukan orang tersebut dengan Haji Sood, mereka pun berpisah menuju ke haluan masing masing. Maka segalanya pun berjalan lancar seperti mana yang di persetujui. Mijat pula telah bersetuju untuk mengambil upah menjaga dan memungut hasil bagi pihak orang yang memajak itu.

Malamnya Mijat menjaga dari pencuri pencuri yang suka untuk mengambil kesempatan. Hanya pada paginya, barulah dia akan memungut dan mengumpul durian yang gugur pada tadi malamnya itu, sebelum orang yang memajak dan peraihnya datang. Begitulah rutin harian selama musim durian tersebut. Hanya pada sebelah petangnya barulah dia dapat untuk berehat. Sebelum tiba malamnya lagi, untuk dia melakukan rutin harian seperti yang biasanya semula. Kerana telah menjadi kebiasaan kepada orang kampung sepertinya, kerja kerja semacam itu sudah lali bagi dia. Sudah tidak ada istilah tidak boleh, tidak sanggup atau tidak mampu. Semuanya boleh sahaja. Sebab itu juga Mijat dengan Haji Sood rapat, kerana dia akan mencari Mijat setiap kali ada kerja kerja kampung yang perlu di buat.

Hanya sejak akhir akhir ini sahaja, Haji Sood sudah tidak memanggilnya lagi. Mungkin sudah tidak ada kerja yang hendak di buat agaknya, fikir Mijat. Tetapi ada yang musykil juga, bila beberapa kali Mijat telah ternampak Haji Sood ada bersama dengan seorang budak India. Apakah Haji Sood telah menyerahkan semua kerja kerja itu kepada budak India tersebut, fikirnya lagi. Bagi Mijat, dia tidak kesah pun, kerana dia telah beranggapan itu sudah bukan rezekinya, dan dia juga percaya bahawa rezeki pun ada di mana mana. Namun andaiannya itu telah berubah, bila satu hari Haji Sood telah datang menemuinya, meminta untuk Mijat meracun rumput di kebun sawitnya.
" Bukan Haji dah bagi orang lain ke?"
Tanya Mijat yang seperti dalam kekeliruan.

" Orang lain sapa pulak?"
Balas pula Haji Sood dengan pertanyaannya semula.
" Itu budak India yang selalu bersama dengan Haji."
Jelas Mijat. Mendengar itu, Haji Sood seperti tergaman seketika. Dia tidak terus menjawab,
" Oh! itu ada urusan lain."
Jawab Haji Sood yang agak tergagap gagap selepas dia berfikir untuk seketika. Sebenarnya Mijat pun tidak perlu mengambil tahu sangat, dia sekadar hanya untuk bertanya sahaja. Ketika itu pun dia memang tidak tahu langsung, apa apa perkara atau sebarang cerita yang mengenai hubungan antara Haji Sood dengan budak India tersebut.
" Mijat ada dengar ke apa apa cerita pasal budak India tu?"
Haji Sood pula bertanya pada Mijat.
" Tak ada pulak."
Jawab Mijat.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 15, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

haji hajah cuckold Where stories live. Discover now