💎 Chapter 24 💎

558 18 0
                                    

Aku hanya memerhati The Princezz and Diva berlari. Diva dah 18 pusingan dan The Princezz dah pusingan terakhir. Tahan juga eh mereka lari.

Okay, aku hampir terlupa. Stamina mereka kuat. The Princezz Bola jaring kecuali Aira. Aku tak tahu dia main apa. Diva pula cheerleading.

"The Princezz larian dah tamat. Cukup 20 pusingan", jerit Abang Hafiz. The Princezz pun terus baring kerana kepenatan ye la, 20 pusingan kot. Diva pun da habis berlari. Cuma seorang je belum....

"Aira, dah lebih 20 pusingan dah tu", kata Angah. "Tak nak, lagi tiga pusingan Aira berhenti", kata Aira lalu sambung lari. Dia ni tak reti penat ke?

"Abang Ian. Aira memang kuat lari ke", tanya Irene. "Ye. Dari tadika lagi dia masuk acara lari. Antara kitaorang berlima, dia la yang paling aktif", jelas Angah.

"Ni, aku nak tanya. Aira main permainan apa", tanya aku. "Entah. Aku pun tak tahu. Dah la petang nanti ada permainan. Yang aku tahu la, semua penuh kecuali.....", Haikal berhenti. Semua terdiam.

"Bola keranjang", kata kitaorang serentak. "Ish, korang ni bising la", marah Irdina. "Ada kitaorang kisah", tanya Ani sinis. "Kau nak aman pergi blah la", halau Aiman. Diva merengus lalu pergi.

"Weyh, takkan dia masuk bola keranjang kot", kata Zu risau. Mana tak risau, semua lelaki dalam kelab tu termasuk kitaorang. "Tak payah risau la. Dia tu terer tau main", kata Yan. "Kalau kitaorang yang juara tiap tahun pun, dia still dapat KALAHKAN team The Princez seorang", kata Ryan menenangkan perkataan 'kalahkan' dan 'seorang'.

"Serious ah? Tak percaya aku", kata Fizi. "Kau tak percaya sudah, nanti tengok sendiri. Aku yakin juga pemain terbaik kita iaitu Irsyad akan dikalahkan. Irsyad, aku nak warning sikit, kalau dia main, aura dia akan keluar", kata Angah memberi amaran.

Diamond High School [C]जहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें