Chapter 1

2 1 0
                                    


Angin menderu deru dahan pun jatuh menimpa batu, langit menjadi kelabu diatas buana bumi sepertinya hujan mau turun disitu. Keadaan pon berubah dari terang sunyi tadinya agak kegelapan jadinya tanda tanda hujan akan turun dengan lebatnya. Sang puteri kenanga nama diberi duduk mengabdikan diri mula awalnya ia turun ke bumi berkeadaan bayi kini tubuhnya sudahpun membesar seperti kanak kanak normal lagi comel parasnya.

Guruh pun kedengaran disitu kilat sambung menyambung, kedengaran di angkasa titisan hujan gerimis mula membasahi bumi, tali air yang mengalir tenang di celah celah batu tadinya bertukar deras laju membanting dirinya ke batu dan terus menjunam deras kebawah. Bahtera sang puteri kenanga tadinya tenang disitu yang tersepit di celah celah dua batu mula bergoyang goyang disentuh kederasan aliran air semakin kuat sentuhannya semakin goyang bergoyang bahteranya yang berbentuk berbola bulat mula bergegar gegar sepertinya mau tertanggal yang sedari tadinya tersepit di celah dua batu dan mulalah mahu bergerak mengalir mengikut tali air yang menjunam terus kebawah ke sebuah kolam yang beserta lumut lumut berselerakkan disekelilingnya agak usang disitu.

Berguling gulinglah sang puteri jelita kenanga yang diberi namanya terapung apung di atas aliran arus tali air bersama bahteranya terhuyung hayang melanggar batu batuan di kiri kanannya namun matanya terus terpejam seperti tidak mengindahkan apa yang sedang ditempuh bersama bahteranya menuju entah kemana mana arahnya.

Kembali tenang semula keadaannya terapung apunglah bahtera sang puteri di permukaan air di sebuah kolam yang kehijauan warna airnya dengan timbun timbunan lumut kehijauan warnanya bersama pepohon kecil teratai bunganya berkembang mekar dipermukaan air mengelilingi kolam, sekali sekala lompatan anak anak kecil ikan bermain di kolam usang di mana tersadai sementara bahtera sang puteri kenanga yang sedari tadi dirinya hanya kaku mendiamkan diri sepertinya tiada apa apa kejadian yang berlaku keatasnya didalam bahtera walaupun tadinya keadaan bergoyang terhuyung hayang dipukul gelombang dipermukan aliran air yang deras sehingga melambung bahteranya ke kolam usang.

Di ketika keadaan sedang dingin meliputi suasana sekeliling seseorang yang berpakaian jingga berbatik hijau yang menutupi kepalanya seperti paras perempuan lanjut usianya sedang memetik pucuk pucuk pakis muda yang menghijau biaknya dikawasan yang dipenuhi berbagai jenis tumbuhan dan ranting ranting kayu yang berselerakkan di atas bukit dipersekitarannya disitu juga longgokkan batu di sekelilingnya.

Setelah selesai memetik pucuk pucuk pakis yang memenuhi raga di lengannya dia pun terus berjalan sedikit sedikit kehadapan mendaki bukit sedikit ke atas dan langkah kakinya terhenti disitu terus duduk sebentar untuk merehatkan badan setelah penat memetik pucuk pucuk pakis tadi.

Sedang ia berehat menghilangkan penat sambil menikmati suasana indah flora dan fauna tiba tiba hidungnya terhidu bau wangi seperti kasturi harumnya terkebil kebil matanya dan berkata " eh! apanya pulak bau ni harumnya, macam bau bunga apa pulaknya, tak pernah aku bau harum selama ini begini sedapnya." Wanita tua itu tadi terus menghidu jauh kedalam rongga tubuhnya.

" aduh..terasa mengantuk pulak mataku enaknya harumanmu." Kata nenek tua itu pada dirinya sendiri.

Didalam fikirannya bermacam macam difikirkannya " orang bunian kah? Jangan jangan pari pari tak? Tapi pagi pagi begini mana ada mahluk mahluk ini? Habis tu apa pulak bau ni?." Tertanya dia pada dirinya sendiri sambil mulutnya mengomel matanya pula tertutup layu gayanya seperti mau tidur.

Seperti kedengarannya sayup sayup lagu yang merdu dendangannya menyentuh naluri nenek tua itu melintas langsung dibersebelahan cuping telinga kiri dan kanan, rasa dirinya sedang berlari lari rasanya terapung apung seperti muda lagaknya seterusnya mendaki gunung yang tinggi dikelilingi kabus kabus putih sambil dirinya tersenyum ia pun berlari lari mengejar suara merdu yang disangkanya ada diatas bukit, semakin kuat dengarannya suara tadi ia berpusing pusing cuba menjejak tapi agak malang kakinya terlanggar seketul batu lalu nenek tua itu jatuh tersungkur terus terperanjat dan tersentak matanya pun terbuka " aduh ah! rupanya aku bermimpi, aik pelik juga ni kenapa suaranya masih ada ? macam menyanyi tapi menangis , macam menangis tapi menyanyi, apa pulak ni ?." begitu peka sekali dia mendengarnya.

Kenanga Antara Fantasi & RealitiWhere stories live. Discover now