° Bab 2°

126 29 11
                                    

Hari ini tubuhku terasa sungguh letih setelah berhempas pulas untuk menjaga beberapa pesakit di hospital. Oh,ya! Aku merupakan seorang jururawat pratikal. Masih lagi bergelar sebagai mahasiswi universiti dan mengambil kursus dalam perubatan. Meski tidak dapat menjadi doktor,aku bersyukur kerana diberi kesempatan untuk menjadi jururawat. Ini pun sudah terlebih cukup. Alhamdulillah.

"Nurse tolonglah pakcik nak balik! Bagilah pakcik balik! Pakcik tak mahu duduk sini lagi! Pakcik nak balik panggil anak pakcik sekarang jugak!" Jerit seorang patient yang sudah berumur itu.

Beginilah rutin harianku di hospital.  kalau tidak ada yang bising macam ini bukan hospital lah namanya. Aku perhatikan sekeliling melihat jikalau ada nurse yang sudah menenangkan patient itu dan seperti biasa tiada siapa yang menghiraukan jeritan patient itu. Nampaknya, akulah yang perlu layan karenah patient disini sekali lagi. Memang nurse dekat sini nampak muka aku ni macam seorang yang penyabar kan.

Haih itulah Qayra siapa suruh kau baik hati sangat. Kan Tak pasal-pasal semua patient yang buat hal engkau yang kena handle. Apa boleh buat nama pun kerja, nasiblah aku punya tahap kesabaran ni tinggi ,kalau tidak mahu naik angin melayan semua karenah-karenah patient dekat sini .

"Nurse!!! Bagi pakcik balik nak! Pakcik dah sihat ni. Pakcik nak balik!" Jeritnya lagi

Sabar Qayra Eryna. Tarik nafas dalam-dalam dan lepas perlahan-lahan
, Qayra kau boleh! Aku pun membuka langkah ke arah patient itu.

"Pakcik. Pakcik belum boleh discharge lagi , kan doctor ada bagi tahu Pakcik tadi bacaan kencing manis pakcik masih tinggi . Jadi doctor perlu make sure yang pakcik punya bacaan kencing manis betul-betul turun." Jelasku dengan harapan patient di hadapanku ini faham.

"Pakcik nak balik. Pakcik tak mahu duduk sini . Bagi pakcik balik." Katanya masih lagi berkeras ingin pulang ke rumah.

"Pakcik ye saya tahu Pakcik tak mahu duduk dalam wad lagi kan. Kalau pakcik nak discharge awal Pakcik kena ikut arahan doctor bagi . Pakcik kena makan ubat yang kami bagi barulah pakcik boleh discharge awal betul tak? So pakcik jangan tak mahu makan ubat. Ubat tu penting untuk pakcik. Ubat yang pakcik tak mahu makan itulah yang akan kawal kencing manis pakcik. Nanti saya bagi ubat dekat pakcik dan ubat itu pakcik kena makan boleh? Jangan buang lagi okey? Pakcik nak balik rumah awal kan, jadi Pakcik kena makan ubat ikut masa okey. Esok pagi kita akan tengok bacaan kencing manis pakcik kalau bacaan dah turun doctor boleh benarkan pakcik balik rumah dah" pujukku berharap patient ini ingin mendengar nasihat yang aku lontarkan sebentar tadi..

"Betul ni pakcik boleh balik esok kalau pakcik punya Bacaan kencing manis dah okey?" Soalnya dengan wajah ceria.

Apabila aku Melihat mukanya yang ceria itu . Aku merasa sungguh kasihan. Mesti dia sangat merindui keluarganya yang berada di rumah ,apatah lagi dengan cucu-cucunya. Bukan aku tidak tahu dia banyak bercerita tentang cucu-cucunya denganku . Pilu sungguh hati ini apabila mendengar dia bercerita, kalau aku ditempatnya sudah tentu aku pun merasa hal yang sama.

Ya allah kau jauhkanlah keluargaku daripada penyakit-penyakit yang berbahaya, kau berikanlah kesihatan dan jugak umur yang panjang kepada mereka semua. Lindungila kami sekeluarga daripada hal-hal yang buruk amin yaa rabbal 'aalamin..

Sesungguhnya aku bersyukur kerana masih lagi dikurniakan tubuh badan yang sihat, akan aku jaga tubuh badan ini sebaik-baiknya.

"Nurse betul ke nanti Pakcik boleh balik?"
Sebaik sahaja Soalan itu masuk ke dalam gegendang telingaku, aku terus tersedar dari lamunanku tadi.

"Kalau bacaan kencing manis pakcik dah menurun dan doctor pun kata ok, insha'Allah esok pakcik dah boleh balik rumah." Kataku sambil mengukirkan senyuman di wajah.

"Baiklah kalau macam tu. Terima kasih nurse kerana bagi layanan yang baik pada pakcik. Pakcik bukan apa, pakcik rindu dengan keluarga pakcik dan pakcik tak mahu menyusahkan dia dorang. Cukuplah selama ini pakcik menyusahkan dia dorang."  Luah hati si lelaki paruh baya itu

Ini kalau aku berbual lebih lama dengannya mahu banjir dengan air mata nanti. Sudahlah aku ini berhati tisu pantang sekali mendengar cerita-cerita begini.

"Pakcik saya minta diri dulu ye. Ada kerja yang saya perlu selesaikan nanti kita berbual lagi" kataku dengan penuh sopan santun  meminta izin untuk sambung kembali kerja asalku.

Dia hanya memberikan senyuman mesra kepadaku, dengan itu aku Pun kembali membuat kerja-kerja yang tertangguh sebentar tadi.

"Apa kes dengan patient tu eryn?" Soalnya

Aku menoleh ke arah pemilik suara itu. Betul jangkaanku pemilik suara itu datang daripada sahabat yang tidak berapa baik. Amboi tadi bukan main dia pura-pura busy ye. Last-last aku jugak yang bergerak .

"Biasalah patient nak discharge awal. Rindu family katanya. Aku kesian jugak kadang-kadang tapi nak buat macam mana dah sakit kan. Kena jugak buat rawatan lanjut." Jelasku perasaan kasihan masih lagi terbuku dihati ini.

"Itulah aku pun kadang-kadang kesian jugak tengok patient-patient yang seumur dengan bapak aku dekat sini" sokongnya

"Konon kesian tapi bila patients buat hal bukan main pura-pura buat kerja. Sengaja kan kau tak mahu bertekak dengan patient" perliku geram sungguh melihat sahabat ku yang seorang ini ,mahu sahaja aku berikan cubitan berbisaku kepadanya.

"Alah sorryla eryn. Macam kau tak kenal aku. Aku bukan apa , takut nanti hilang kesabaran aku bila melayan patient yang degil. Kau pun macam tak kenal aku." Katanya dengan nada memujuk

"Yelah putri , memang macam kau sorang je yang boleh hilang sabar melayan patient dekat sini kan " perliku lagi. Biarkan dia terasa , cubalah jadi kawan tu biar kerjasama sikit ini tidak patient buat hal mula la lari. Kalau ada gunung berapi depan mata lama sudah aku tolak dia kedalam.

"Hehehehe alah Eryn janganla marah nanti aku belanja kau makan okey, sorrylah lain kali aku tak buat lagi"  pujuknya. Nasib baik kau pujuk dengan makanan putri kalau tidak memang seminggu aku abaikan kau.

"Sudahla daripada melayan kau lebih baik aku sambung buat patient punya report" kataku lalu menyambung kembali  kerja-kerja yang ditinggalkan tadi.




It's Our FateWhere stories live. Discover now