Bipolar Disorder

65.8K 2.8K 16
                                    

Penyakit ini boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu, bipolar I disorder dan bipolar II disorder

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Penyakit ini boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu, bipolar I disorder dan bipolar II disorder.

Bipolar disorder 1 iaitu pesakit mengalami sekurang-kurangnya sekali episod mania (dengan atau tanpa pernah mengalami episod depresi).

Mania adalah satu gangguan yang akan menyebabkan penderita menjadi terlebih bertenaga secara mengejut dalam aspek mental dan fizikal.

Ia juga akan menyebabkan penderita melakukan sesuatu secara berlebihan yang malangnya boleh menjejaskan tahap kesihatan diri.

Gangguan mania ini turut boleh berlaku kepada penderita gangguan bipolar 1 yang seterusnya mungkin akan mengakibatkan kemurungan atau kegelisahan.

Ada gejala lain seperti, mempunyai keyakinan atau harga diri yang terlampau tinggi, kurang keperluan untuk tidur, bertutur lebih daripada biasa dan sukar diberhentikan.

Selain itu, pemikiran mereka terlalu pantas, mudah hilang fokus, kelihatan gelisah dan sukar bertenang dan terbabit aktiviti tertentu seperti berbelanja besar, membuat pelaburan berisiko, memandu lebih daripada had laju dan sebagainya.

Bipolar II disorder, iaitu pesakit mengalami episode hypomania, dan turut atau pernah mengalami episode depresi.

Hypomania juga adalah satu gangguan yang akan menyebabkan penderita menjadi terlebih bertenaga secara mengejut namun tidak seagresif mania.

Kemurungan di dalam penyakit bipolar pula adalah episod seseorang itu mengalami perasaan sedih atau kehilangan keseronokan dalam tempoh dua minggu secara berterusan, dan gejala ini ditemani gejala lain seperti masalah tidur, perubahan selera makan, rasa letih dan lesu, pergerakan menjadi lebih perlahan daripada biasa, kelihatan gelisah dan sukar bertenang.

Faktor genetik menjadi penyumbang kepada penyakit bipolar, iaitu didapati sekiranya ada ahli keluarga mengalami masalah penyakit emosi seperti kemurungan atau bipolar, jadi cenderung untuk mengalami masalah sama.

Pengaruh psikologi dan persekitaran juga sangat penting yang menjadi pencetus kepada penyakit ini.

Pelbagai isu seperti masalah hubungan keluarga, kehilangan pekerjaan atau tidak bekerja, masalah kewangan, salah faham di tempat kerja serta penyalahgunaan dadah antara punca kerap dilihat pesakit yang mengalami penyakit ini.

Perbezaannya, kedua-duanya adalah lebih kurang sama dan akan mengakibatkan penderita lebih bertenaga secara mengejut namun dibezakan dengan tahap keagresifannya sahaja.

Mi Veneno (TERBIT)Where stories live. Discover now