fantasi 7. maafkan dinda, kanda

1.6K 36 10
                                    

Ketika mereka terjaga, suria telah pun meninggi. Kedengaran di luar kicauan unggas begitu rancak bersahut sahutan. Aduka bangun sambil membetulkan kainnya, sebelum menuju ke cendela dan membukanya. Kemudian Aduka menoleh ke arah Kembang.
" Wahai Kembang, bukankah beberapa hari ini Bacul akan kembali?"
Bertanya Aduka kepada Kembang. Termangu mangu Kembang mengingat, sebelum dia menganggukkan kepala sebagai menjawab. Memang sudah hampir sepurnama Bacul suaminya pergi ke Tanjung Pura mengikut rombongan Datuk Penghulu Bagak dan orang kaya Kumboh. Sedangkan pada dua purnama yang sebelumnya, sibuk dia mengikut rombongan Datuk Demang Juanda dan orang kaya Nyamang ke negeri Nuswantenggara. Tidak boleh di tahan tahan, tidak boleh di tegah tegah, dia tetap hendak pergi juga.

Sebagai isteri tidak berupaya Kembang untuk menghalang, apalagi bila suami sudah berkeras seperti itu. Hanya yang Kembang terkilan, baru sahaja  beberapa hari balik dari mengikuti rombongan Tok Demang, Bacul suaminya itu sudah beriya iya benar hendak mengikut rombongan Tok Penghulu pula. Kembang merasa dia seperti di abaikan dan di pinggirkan. Dulu dia bangga berkahwin dengan Bacul, sebagai orang tersohor hingga namanya menjadi sebutan sampai ke istana Raja. Tetapi setelah menjadi isterinya, Kembang merasa tidak ada apa yang istimewa, selain kekecewaan kerana sering di tinggal tinggal kan sedemikian rupa. Semasa awal perkahwinan dahulu, memang dia tidak ambil kesah juga. Tetapi sekarang sudah melebihi lima musim usia perkahwinannya,  namun keadaannya yang dahulu  seperti itu tetap masih seperti itu juga.

Terasa sunyi kerana sentiasa di tinggal pergi. Tidak sampai sepekan pun tinggal di rumah, Suaminya itu pasti berpergian entah kemana.  Walaupun tiada urusan di luar seperti yang biasa. Mujur Kembang masih punya teman seperti Mayang, yang tetap setia walaupun masing masing sudah berumahtangga. Mayang yang kini telah menjadi isteri muda kepada orang kaya Nyamang, sering datang untuk menziarahinya. Melalui Mayang inilah Kembang di perkenalkan kepada Aduka, dan dari Mayang juga segala apa yang di lakukan nya kini dia ikuti. Sebagai orang yang merasa di sisih, dan telah menganggap Mayang sebagai satu satunya sahabat, teman, kawan dan rakan yang ada, Kembang telah mengikuti segala apa pandangan dan kata kata dari Mayang.

Hingga bila Mayang berbicara mengenai hubungannya dengan Aduka, Kembang juga seperti turut terpesona  mendengarnya. Dari itulah segala galanya pun bermula, bila Mayang telah memperkenalkan Aduka kepada nya. Walaupun pada mulanya Kembang seperti rasa keberatan juga dengan apa yang telah Mayang sarankan. Tetapi setelah dia fikir fikirkan, akhirnya Kembang bagai setuju juga dengan segala kata kata Mayang tersebut. Memang jika bukan kita  yang mengambil tahu tentang diri kita sendiri, siapa lagi. Itulah juga sama dengan apa yang Kembang telah ingat dan  fikirkan selama ini. Kerana dia sendiri telah pun mengalaminya. Tidak ada tempat untuk dia mengadu, dan tidak ada sesiapa pun yang mahu untuk datang mengambil tahu.

" Sayang sungguh, wanita yang secantik ini tiada yang sudi untuk menghargainya. "
Goda Aduka ketika pertama kali mereka bertemu. Sambil mulut nya berkata, tangannya juga turut bertindak sama. Pada mulanya memang Kembang malu malu juga dengan perbuatan Aduka itu. Apalagi dia datang dari keluarga perdesaan yang penuh dengan adap dan adat. Jangankan untuk duduk berdua duaan, untuk bersua muka pun dia malu. Awal mula nya pun Mayang yang temankan, tetapi setelah beberapa kali, dia pun di tinggal sendiri. Menggigil menggeletar juga Kembang ketika itu. Apalagi ketika Aduka mula menyentuh menyentuh akan tubuhnya. Hingga sampai hendak terkencing kencing dia di buatny.

Namun Aduka seorang lelaki yang bijaksana. Dia tidak pernah mendesak atau memaksa. Walaupun hebat dia bermain perempuan, tetapi tidak seorang pun yang dia dapat kerana penganinayaan. Tidak dengan cara berbohong, atau pun juga dengan penipuan. Begitulah juga yang berlaku pada Mayang dan kemudiannya kepada Kembang pula. Mulanya hanya dari kenalan biasa mereka pun sering bersua muka, dari hanya cuma bertegur sapa, terus bersembang dan berbual mesra. Ketika sudah biasa lagi mesra mereka pun mula saling begurau senda. Dalam begurau juga bersenda, maka saling bersentuh adalah merupakan perkara biasa. Namun dalam pada itulah di antara sedar dengan tidak segala galanya pun bermula.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 07, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

fantasi   7.  maafkan dinda, kandaWhere stories live. Discover now