Bab 4

95 11 0
                                    

Seperti yang kami bincangkan malam tadi, kami akan ke hospital hari ni untuk check kandungan. Sihat ke tak. Sudah berapa bulan dan sebagainya. Tak sabar aku jadinya.

Aku pun sudah isi borang untuk bekerja 4 jam sahaja hari ini. Itu pun memang semata-mata untuk presentation projek aku dengan Cik Farisyah tu. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar. Rekaan kami dipersetujui dan Cik Farisyah kata selebihnya dia akan uruskan.

Semasa aku ambil 4 jam ni, ayah sudah tertanya-tanya sebabnya. Almaklumlah, aku tidak memberitahu sesiapa lagi. Niat memang selepas check di hospital dahulu baru aku bagitahu mereka.

Sebaik kami sudah sampai di KPJ Bandar Dato’ Onn, terus kami menuju ke bahagian yang patut memandangkan kami sudah membuat temujanji lebih awal.

Selepas nama dipanggil, aku dan Harith jalan beriringin masuk ke dalam bilk doktor itu. Beberapa ujian dijalankan kepadaku.

“Jadi, isteri saya mengandung ke?” soal Harith selepas aku selesai melakukan ujian tertentu.

Doktor wanita di hadapan kami tersenyum manis dahulu sebelum membalas.

“Yeah. Isteri encik mengandung. Sudah 11 minggu. Alhamdulillah, kandungan pun sihat sahaja”

11 minggu? Lebih kurang hampir 3 bulan jugalah usia kandungan aku ni.

Asal aku tidak menyedarinya lebih awal? Asal aku seperti tiada tanda-tanda mengandung? Tiada pula muntah-muntah bagai. Mengidam benda pelik-pelik pun tidak.

Aku menoleh ke belakang untuk melihat reaksi Harith. Dan, dia hanya diam sahaja. Masih mempamerkan riak tiada perasaannya.

Dia berdehem sedikit kuat.

“Doktor. Ada apa-apa nasihat yang patut diberikan pada isteri saya ni? Sebab, dia ni jenis kerja tak ingat dunia. Lepastu pemakanan pun tak pandai nak jaga” kata Harith.

Aku sudah menjeling tajam wajahnya. Tak perlulah sampai nak kongsi segalanya. Mental aku.

Baik bagi nasihat pada Harith ni supaya tak beri tekanan pada aku.

“Saya sarankan puan lebih berhati-hati dengan pemakanan. Jangan sesekali skip waktu makan dan jangan terlalu kuat bekerja. Usia kandungan puan masih awal dan belum cukup kuat. Mudah untuk dia memberi tindak balas yang buruk jika puan tidak berhati-hati” kata doktor wanita itu.

“Baik, doktor”

Selepas memastikan tiada apa-apa lagi yang ingin disampaikan, aku dan Harith jalan beriringan keluar dari bilik rawatan ini.

Sebaik urusan kami di sini selesai, terus kami keluar dari hospital ini dan menuju ke arah kereta.

Buat masa ini, Harith tidak berkata apa-apa. Aku tahu sebaik masuk dalam kereta nanti, mesti dia akan bersuara. Harith ni jenis tak nak tunjuk pada orang lain yang dia jenis teruja tak menempat.

Enjin sudah dihidupkan lalu terus kereta meluncur laju di atas jalan.

“Awak. Awkward lah bila masing-masing membisu sahaja. Awak tak nak cakap apa-apa?” soalku.

Lama sangat dia mengambil masa untuk mengeluarkan bunyi. Akhirnya, biarlah kita sahaja yang mulakan perbualan.

Aku menoleh ke sisi. Harith masih membisu. Hanya menumpukan perhatian sepenuhnya pada jalan raya.

Sekarang, aku mula rasa sesuatu. Ada sebab lain yang membuatkan Harith membisu. Mesti bukan kerana dia menunggu masa yang tepat untuk bercakap tetapi ada sesuatu menganggu fikiran dia.

“Awak!” panggilku sedikit kuat.

“Huh? Oh, kau masih di sini” balasnya sambil memandang aku sekilas.

Adrenaline [Complete]Where stories live. Discover now