01

14 2 0
                                    




CHAPTER ONE

5 tahun kemudian...

Lu Huan bersama dengan ibunya, Puan Hee sibuk menyiapkan kuih bulan sempena Tahun Baru Cina yang akan tiba tidak lama lagi. Sudah lima dulang mereka berdua sediakan. Tidak sabar mahu berkongsi dengan orang yang tersayang.

Selain ibunya, Huan juga mempunyai seorang abang dan seorang nenek. Nenek masih tinggal di kampung halaman. Abangnya pula bekerja secara praktikal di sebuah hospital di bandar Beijing. Dia sudah mendapat graduasi beberapa bulan yang lepas.

Rakan-rakan Huan iaitu Kun, Ten, Lucas, Sicheng, Dejun, Hendery dan Yangyang sedang berjimba di Hong Kong. Huan menelefon mereka semalam, kedengaran gembira seperti tidak ingat dunia. Dia turut rasa gembira walaupun tidak bersama-sama di sana. Bukan apa, dia nak meluangkan lebih masa dengan ibunya kerana dia hanya ada ibu sahaja di sisi.

Sedang menyediakan dulang yang keenam, telefon rumah berdering. Huan dengan segera mengangkat gagang telefon. Mengecam suara di seberang panggilan, hati menjadi teruja.

"Huang Renjun!!" Dia punya jerit kalau boleh orang dekat seberang telefon tu pun boleh dengar.

"Ya, ya, saya tak pekak lagilah," kata Renjun, tergelak kecil.

"Ada apa call saya ni?" tanya Huan.

"Oh, saya akan balik ke China esok. Awak tak nak menyambut kedatangan saya ke? Hehe," usik Renjun.

"Amboi, nak dijemput pula. Pukul berapa agak-agak sampai tu?"

"Petang mungkin? Saya pun tak pasti tapi awak tunggu jelah saya call awak, okey cinta?"

Uish, cinta dia panggil aku? Kau jangan bagi aku meleleh dekat sini!

"Okey, demi awak, saya sanggup tunggu hingga ke hujung hayat!" ujar Huan.

"Lain macam awak kebelakangan ni. Tunggu saya ya!" Selepas panggilan itu berakhir, Huan meletakkan gagang ke tempatnya semula.

"AAAAAAHHAHSHSHAHHSJCYWIHAHSJAS" Segala huruf dikeluarkan. Memang tak sah kalau Huan tak menggila selepas angkat panggilan Renjun. Lagi-lagi selepas dipanggil 'cinta' oleh buah hatinya.

Puan Hee terkejut dengan jeritan Huan lalu pantas bergegas ke ruang tamu. "Kamu ini kenapa terjerit-jerit macam orang hilang akal?" tanya Puan Hee.

"Tak adalah, mama. Renjun call tadi," balas Huan menggaru kepala.

"Oh patutlah. Mama ingatkan apalah tadi. Haih, orang yang tengah bercinta ni..." Kata-kata yang disuarakan Puan Hee membuatkan muka Huan menjadi semerah tomato.

Selepas sambutan Tahun Baru Cina lima tahun yang lepas, Huan dan Renjun mula suka-menyukai antara satu sama lain. Mana taknya bercinta kalau dua-dua dah meluahkan perasaan masing-masing pada hari yang sama. Haih, aku ni bila-

Kini, mereka berdua mencecah 25 tahun dan sudah empat tahun bersama.

"Call your lover or your lover calling you. Check!"

TO BE CONTINUED

Haluuu :)
Sempat sampai sini je update huhu
Tapi takpe, dekat sekolah mayraa sambung tulis, next cuti mayraa publish semua
Minta maaf semua 😞😞

(SU) night of lanterns ↻ huang renjunWhere stories live. Discover now