Part 12

2.3K 154 9
                                    

"Arghhh leganya!"

Aku mengelap rambutku yang basah itu . Terasa kelegaan menerpa dalam hati walaupun seketika . Aku keluar dari bilik air hanya bertuala sahaja . Gasak la kalau minah tu nak bebel kat aku ke apa . Hahaha tapi dia berani ke masalahnya ?

Aku berdiri di hadapan depan pintu tandas , aku lihat dia sedang khusyuk mencoret sesuatu di atas kertas , sambil tangan sebelah kiri mengusap pipinya , mungkin dia menangis . Pada perkiraan aku lah . Aku bukan lelaki jenis yang gentleman , romantis dan apa apa je yang tak boleh tengok perempuan menangis . Tak , aku bukan begitu . Dia dah besar dan pandai pandai la kau jaga diri kau sendiri .

Dia mengangkat wajahnya yang masih basah itu dan aku terus memandang tajam ke arahnya . Apa kau minta simpati dari aku ke ? Maaf kau tak mampu sebab aku ni jenis dikata 'heartless' .

"Kau tak nak mandi ke apa ? apa kau ingat badan kau tu dah cukup wangi ke ?"

Aku perli dia sekali lagi . Entah kenapa aku suka perli , sinis , sindir dan segala perasaan yang mampu menyakitkan hati dia . Dia tunduk . Lantak kau la menangis ke apa .

Aku dengan selamba sahaja menyarungkan baju dan seluar dihadapannya . Haip korang jangan fikir lain pulak tapi badan aku masih bertuala . Gila ke apa nak salin baju dengan telanjang bulat depan perempuan .

Aku memegang tombol pintu lalu aku berpaling ke arahnya . Kelihatan dia masih lagi berada di atas kerusi . Dia bukan menangis cuma dia memandang ke arah tingkap . Mungkin dia meluahkan rasa kekecewaan atau kelakuan aku yang tidak menghargainya kepada alam semula jadi . Lantak kau la janji kau bahagia .

"Aku pergi rumah kawan aku , jangan tanya aku nak ke mana . Kalau omma kesayangan kau tanya pasal aku , cakap aku tak nak bersarapan kat sini. K bye"

Aku menutup pintu itu dengan kasar . Aku merasakan aku bercakap dengan patung . Yelah dia dok kaku je dah macam mayat hidup . Aku tidak terus keluar sebaliknya aku ke bilik sebelah .

Bilik sebelah itu merupakan bilik bacaan atau bilik menenangkan perasaan . Bilik itu la tempat aku meluahkan segala perasaan aku dengan ada buku buku diari yang semuanya penuh dengan tulisan tangan aku . Aku mengambil sebuah buku disitu dan mencapai pen yang berdekatan denganku .

Aku mula mencoret.

"Mendiang omma yang Kai sayangi . Omma dah tahu kan Kai dah kahwin and yeah you got a menantu. Hahahah . Maafkan Kai , omma . Kai tak tahu kenapa Kai berkasar dengan dia , bila Kai tengok muka dia , muka dia macam seseorang yang telah mungkir janji dengan Kai . Yang kata nak sehidup semati dengan Kai masa Kai kecil dulu . Sekarang seseorang itu telah pergi tanpa meninggalkan sebarang pesanan :') Kai tak tahu kenapa Kai berkasar mungkin sebab Kai mahu balas dendam dengan dia , baru puas hati Kai kot . Kai cuba untuk terima dia as soon as i can but hati Kai tak mampu untuk terima seadanya . Dia tak buat apa apa salah tapi di mata Kai macam banyak salah yang dia buat . Kai asyik sindir , melempiaskan kemarahan kat dia . Tapi Kai tak pernah naik tangan . Kai bukan lelaki yang dayus , omma . You should believe me! Omma , Kai rasa berdosa bila tengok dia menangis sebab Kai . Kai mahu pujuk dia tapi tembok ego yang menghalang perbuatan itu . She's a strong woman , i swear! Omma ...doakan kebahagiaan Kai ye . Love you always !

                                                         -xoxo-

Aku menutup buku diari itu dan pen dicampak ke tepi . Setelah puas aku meluahkan apa yang aku rasa , aku rasa sedikit lega walaupun sebenarnya tak berapa lega . Bila aku coret di atas kertas ni , aku rasa mendiang omma akan baca diari itu walaupun jasad sudah lama terkubur di dalam perut bumi .

Aku mengeluh . Keluhan yang aku rasakan tak dapat dihilangkan masalah ini . Aku harus cari jalan untuk menghilangkan sesuatu masalah yang boleh menyebabkan hidup kau jadi remeh- temeh .

Aku pulas tombol pintu dan keluar dari bilik itu . Bilik itu sentiasa berkunci . Aku tak suka orang masuk walaupun isteri sendiri , omma sendiri pun tak pernah masuk walaupun aku izinkan dia . Omma sahaja yang tahu akan kewujudan bilik ini . Bila aku bersedih , dia tahu hendak cari aku dimana .

"Errr..."

Satu suara yang mengganggu lamunan aku . Salah kau jugak Kai ! Mengelamun kat tepi tangga!

"Apa?"

Suara dingin aku lemparkan .

"Nak salam ?"

Dia menghulurkan tangan kanannya . Agak terasa kekok sedikit untuk aku sambut . Walaupun dia bini aku!

Perlahan-lahan aku menyambut hulurannya walaupun agak kekok namun seorang isteri patut menghormati sang suami walaupun kasih sayang tak setinggi Gunung Everest . Agak tersentak! Saat dia kucup tangan aku , aku rasa speechless hahah!

"Kau nak pergi mana?"

"Nak pergi rumah chinggu"

"Oh okay"

Hyoyeon terus menuruni anak tangga . Walaupun dia gembira Kai menerima huluran salamnya , namun dia agak kecewa dengan reaksi Kai , lelaki itu tiada pun berpesan 'jaga diri baik-baik' 'hati-hati' . Langsung tiada ! Punah harapan dia!

Aku hanya memerhati sang isteri menuruni anak tangga . Aku tahu dia menjeruk perasaan dengan aku . Ah lantak la . lagipun kau sudah besar kan . Dah aku terus berlalu masuk ke dalam bilik untuk mengambil sweater .

---

"Weh kau kat mana ?"

Soal kawannya Yuri di dalam talian, sewaktu Hyoyeon mahu menghidupkan enjin kereta .

"Sabar la aku baru nak bergerak ni"

Hyoyeon terus mengundurkan kenderaannya dan berlalu pergi.

"Drive carefully"

"Gomawo"

Hyoyeon meletakkan handphonenya di tempat penumpang . Hatinya diterpa rasa sebak .Kenapa tak Kai yang mengucapkan kata kata itu . Kenapa kawan dia ? Dia berharap Kai akan cuba belajar untuk mencintainya . Hyoyeon dalam proses untuk mencintai lelaki itu sebagai suaminya walaupun hati menidakkan perbuatan itu .

Hyoyeon memandu kereta sambil melayan perasaan .

------

To be continued :')

#LoveMeRight1stWin

Dia Suami Aku?!? [Kai Fanfic]Where stories live. Discover now