4

8 2 0
                                    

"dengan siapa? Bila? Kenapa bonda Tak tahu? Ayahanda tahu Tak? Adik?" Bertalu talu soalan keluar dari mulut bonda tanpa Henti. Ayahanda di sebelah kelihatan lebih tenang walaupun jelas terkejut.

"Betul ke Gion? Cuba jelaskan pada ayah Dan bonda biar kami faham" soalan bonda dibiarkan tidak berjawab. Seperti memahami renungan tajam bonda, Ayahanda memegang tangan isterinya lembut. Disalurkan kekuatan Dan kasih sayang buat permaisuri hatinya.

"Gion tahu bonda ayahanda mesti terkejut dengan berita ni. Tapi betul ayah,Gion akan berkahwin" Bonda mahu membalas kata katanya tetapi ayahanda lebih cepat memotong.

"Bagaimana dengan calonnya?"

"Baik orangnya yah,bonda. Pendiam Dan lemah lembut" ayahanda Dan bonda seperti tidak berpuas hati dengan jawapannya. Ya dia faham renungan mereka.

"Dia puteri dari Kota Ravaryn. Puteri sulung kepada pasangan raja Dan Permaisuri di Sana"

"Jadi selama ini Gion ke Sana? Bertemu dengan kekasih hati tanpa minta izin dari bonda ayahanda?" Bonda kelihatan kecewa. Hatinya turut terluka dengan kesedihan yang terpancar pada wajah bonda.

"Tidak bonda. Gion bukan ke situ semata mata. Anak bonda mengembara. Mencari ilmu Dan pengalaman di tempat baru. Percayalah"

"Jadi Gion bertemu dengan puteri itu ketika sedang mengembara?" Tanya ayahanda pula.

"Tidak. Kami sudah lama bertemu. Ayahanda, bonda Masih ingat dulu Kita selalu ke Kota Ravaryn? Ketika itulah Gion bertemu dengannya. Dan setelah sekian lama,kini kami bertemu kembali"

"Benarkah Gion mencintainya? Atau sekadar sebagai teman?" Ayahanda mahukan kepastian. Ini bukan hal remeh yang boleh dipandang sepi.

"Benar ayah. Gion mencintainya. Sama seperti Mana dia mencintai puteramu" Ayahanda Diam. Mungkin sedang memikirkan jawapan seterusnya. Bonda pula lebih tenggelam dengan perasaan sendiri.

"Kecewakah bonda dengan anakmu ini?" Gion menggapai jari jemari yang sudah berkedut itu. Sampai tiba masanya nanti dia akan memerintah kota ini menggantikan ayahnya.

"Tiada apa yang dapat menggembirakan bonda selain melihat putera putera kami gembira. Tetapi,membuat sesuatu keputusan di belakang bonda ternyata sangat mengecewakan hati seorang ibu" Gion segera bangun Dan memeluk bondanya.

"Maafkan anakmu bonda. Gion Tak berniat buatkan bonda sedih. Gion cuma tidak tahu bagaimana mahu berkongsi benda sebegini bersama bonda dan ayah"

" Sudahlah Kelly. Jika ini keputusan putera Kita,maka apa lagi harus Kita pikirkan. Ayahanda merestui hubunganmu dengan puteri Ravaryn. Tetapi dengan satu syarat! Bawa dia ke Mari bertemu kami sebelum majlis perkahwinan dilangsungkan"

"Baik ayahanda. Terima kasih bonda,ayah"







Tidak seperti selalu,Hari ini wanita itu tidak ke sungai. Mungkin Masih trauma dengan kejadian minggu lepas. Gion sengaja memberi ruang pada gadis itu untuk bertenang. Jadi harini dia akan bertemu dengannya. Untuk membuat satu perhitungan antara mereka. Gion melangkah melalui lorong hutan yang jalannya sedikit elok berbanding kawasan lain bermaksud kawasan itu sering dilalui oleh manusia. Dan dia tahu siapa manusia itu.

Senang saja untuk menyelinap masuk ke dalam Menara itu. Tiada pengawalan daripada pengawal atau sistem keselamatan langsung. Kali pertama dia datang ke sini pada Hari siang. Dengan jelas dia boleh melihat keadaan sekeliling gadis ini membesar. Hanya dinding batu,bilik kecil Dan tandas. Sangat menyedihkan.

Tanpa mengetuk pintu Gion terus menolak pintu Kayu buruk itu. Guin yang sedang membaca buku di meja segera menoleh Dan terperanjat melihat pemuda bermata biru itu lagi. Apa yang dia buat di sini! Segera Guin berlari mengambil sebatang Kayu panjang di tepi meja nya.

Kalau berani datanglah! Itulah yang dia katakan sekarang.

"Nice room" seperti tidak gentar,Gion berjalan mengilingi bilik kecil Guin. Ada katil lama,sebuah rak buku,meja Dan kerusi.

"Cantik lukisan kau" Gion tidak menipu. Dia sekadar berlaku jujur.

"Kau taknak sambut aku dengan cara yang lebih baik? Macam..." Jarinya menunjuk pada arah pipinya sebagai tanda ciuman di situ.

Wajah guin berubah serta merta. Kalau tadi pucat,sekarang merah menyala. Kayu tadi diangkat ke arah Gion sebagai tanda amaran.

"Okey,jual mahal. Faham" Gion sekadar tersengih sebelum dengan selamba duduk di atas katil keras Guin. Katil ke batu? Sakit punggungnya bila terhempas dengan kuat. Otak jahatnya baru merancang mahu mencuba sesuatu nakal di sini,tetapi Tak jadi. Turn off katilnya keras sangat.

"Oh come on. Sinilah. Duduk sebelah aku" tempat di sebelah ditepuk dengan tangan. Guin Masih kekal berdiri di tempat tadi. Kepalanya menggeleng keras.

"Kalau kau selesa macam tu takpalah. Aku datang sini nak berbincang dengan kau. Secara Aman" Bicaranya ditangguh sebentar untuk melihat perubahan riak di wajah Guin.

"Aku nak kau jadi isteri aku" Gion berterus terang tanpa perlu berkais lagi. Terjatuh Kayu panjang itu dari tangan Guin kerana terlalu terkejut. Matanya membulat besar seperti mulutnya yang terbuka. Nak tergelak Gion dengan reaksi gadis itu.

Dia bangun dari katil Dan bergerak menghampiri Guin. Kayu panjang tadi disepak perlahan ke tepi. Tangannya Naik menyentuh bibir Guin yang agak kering Dan pucat. Tak cukup vitamin.

"Aku nak kau setuju. Kau Tak ada hak untuk menolak. Aku hanya mahu dengar ya dari kau" Mata mereka bertembung Dan sekali lagi Guin hanyut dalam renungan mata itu. Mata yang paling indah pernah dia lihat. Tersenyum Gion apabila Guin seperti tenggelam dalam lamunan.

Perlahan lahan Gion merapatkan bibir mereka tetapi Guin segera menepis tangan kekar itu dari wajahnya. Kepalanya digelengkan berkali kali tanda tidak sudi menjadi isteri lelaki itu.

"Kau Tak boleh bercakap?" Gion menolak kedua dua bahu Guin pada dinding dan menahannya. Dia mahu Guin membalas renungannya seperti tadi.

"Angguk kepala kau Dan aku akan lepaskan kau" Guin menggeleng lagi kalini lebih lama.

"Kalau kau setuju,kau boleh berambus dari neraka ni. Kau akan tinggal dekat istana aku. Dan kau permaisurinya. Jangan menolak tuah Dan memilih sengsara. Aku tahu kau Tak bodoh" Guin menangis secara tiba tiba. Bunyi tangisan yang terhasil meyakinkan Gion yang Guin tidak bisu tetapi gadis ini memilih untuk tidak bercakap.

"Lusa aku akan kembali. Kau akan ikut aku berjumpa keluarga aku. Mudahkan urusan aku,Dan aku akan bahagiakan kau" Gion menyeka air mata Guin. Ditatap anak mata Koko gelap itu lama. Guin tidak secantik adiknya,tidak feminine Mana. Tetapi Gion tahu,hatinya memilih gadis ini. Dia mampu menatap gadis ini untuk berjam jam lamanya tanpa bosan.

Tangannya Naik mengelus pipi Guin yang basah. Dan tanpa kata,dia mencium lagi bibir kecil itu tanpa izin. Tiada siapa yang mengarahkannya untuk berbuat sebegitu kecuali si pemilik hati.

Puteri TerpinggirWhere stories live. Discover now