BAB SATU

393 35 24
                                    

Khawla mengatur langkah masuk ke dalam rumahnya sebaik sahaja dia tiba di rumah. Sebaik sahaja melangkah masuk, dia lihat... Rumah agam itu sudah kosong dan gelap. Menandakan semua orang sudah tidur.
Khawla memandang ke arah muka jam. Sudah jam 1 pagi. Tentulah semua penghuni rumah sudah tidur. Khawla kemudiannya mengatur langkah untuk mendaki anak tangga ke biliknya. Tetapi, langkah kakinya terhenti sebaik sahaja namanya diseru.

"Khawla Nadeen Elzahra binti Khaleed Elmer..." Namanya dipanggil dengan penuh. Khawla tahu, sekiranya orang itu memanggilnya begitu, ternyata dia sedang marah.
Khawla meneguk air liur. Dia berani melawan papanya, Tuan Khaleed. Tetapi bukan abangnya, Khalaf.

"Ye..." jawab Khawla dengan nada yang cuba dikawal supaya tidak dikesan bahawa dia sedang gugup. Walaupun jaraknya dengan Khalaf jauh, dia tetap rasa aura abangnya yang tegas.

"Kau pergi mana?" Soalan itu terus ditanya oleh Khalaf. Bukan masa untuk membuat kiasan dengan adiknya. Makin lama, makin melampau. Baik suruh kahwin. Mana tahu kahwin esok-esok perangai tu berubah.

"Keluar dengan Nash..." balas Khawla malas. Setiap kali pulang lewat, mesti disoal benda yang sama. Diorang tak bosan ke asyik tanya benda sama?

"Kau keluar pukul 9 pagi, 1 pagi baru nak balik rumah? Apa nak jadi dengan kau ni? Kau tahu tak... Kau tu perempuan. Kau sepatutnya duduk rumah. Bukan keluar berfoya-foya dengan lelaki yang bukan mahram Khawla. Tolonglah, Khawla. Aku ni tak akan selalu dengan kau. Kau ingat aku tak tahu ke? Kau pergi kelab." Suara Khalaf berubah menjadi dingin. Khawla sudah menunduk. Dia tahu silapnya.

"Bila aku cakap, tengok aku. Jangan tengok lantai tu. Muka aku tak ada kat situ..." tegur Khalaf dengan suara yang sedikit mengendur dari tadi.

"Aku minta maaf. Aku buat kau risau..." Itu sahaja yang mampu Khawla ungkapkan. Abangnya, tidak pernah tinggikan suara kepadanya. Tetapi... Hari ini, pertama kali buatnya Khalaf meninggikan suara.

Khawla boleh berkasar dengan ibu dan papanya. Tetapi, dia tidak akan boleh berkasar dengan Khalaf. Dia hanya akan menangis jika yang menegurnya Khalaf. Khalaf sentiasa dengannya. Oleh itu, jika Khalaf memarahinya... Dia terasa. Sekasar mana pun dia, dia tetap manja dengan Khalaf. Khalaf duduk membelakangi adiknya sebaik sahaja dia meneliti pakaian Khawla.

"Kau dah jadi anak orang miskin ke Khawla?" Sinis sekali Khalaf bertanya kepada adiknya.

"T-tak..." Tergagap-gagap Khawla menjawab pertanyaan Khalaf.

"Pakai tak cukup kain. Orang miskin pun pakaian masih tutup. Kau ni hidup dalam keluarga kaya... Baju pun macam tak cukup kain je nak tutup. Ke kau nak aku tolong belikan kain untuk kau buat baju? Manalah tahu kalau aku beli, lebih dari cukup." bidas Khalaf. Dia masih diselebungi rasa marah. Marah dengan adiknya yang terlalu bebas

Khawla diam. Bukan masa sesuai untuk menjawab. Khalaf terlalu marah. Nampaknya, Khawla sendiri mencabar kesabaran Khalaf.

"Kau naik atas. Mandi. Solat. Lepastu, tidur. Paling penting dan simpan dalam kepala otak kau! Aku tak nak dengar kau keluar masuk tempat haram tu lagi. Atau aku carikan laki untuk jadikan suami kau. Biar terikat." Khalaf berkata dengan serious. Dia memandang Khawla yang menunduk dengan tajam. Khawla sendiri terasa dia dipandang tajam.

Khawla yang menunduk terus mengangkat kepalanya sebaik sahaja dia dengar bait kata Khalaf yang terakhir. Kahwin dan terikat.

"Kau bukan sesiapa nak kahwinkan aku. Aku ada hak untuk memilih suami yang macam mana untuk dijadikan seorang suami. Kau tak ada hak untuk kahwinkan aku. Aku ada jenis lelaki yang aku mahukan. Kau bukan sesiapa nak tentukan aku kahwin dengan siapa. Terikat dengan siapa..." balas Khawla dengan suara yang mendatar. Mata mencerlung memandang abangnya yang membelakangi dirinya.

ᴋʜᴀᴡʟᴀ ɴᴀᴅᴇᴇɴ ᴇʟᴢᴀʜʀᴀ Ⓒ (EDITING)Where stories live. Discover now