MEMORI

12.9K 246 1
                                    

Pagi itu Hayden masuk ke dalam bilik Ayra untuk memeriksa barang-barang Ayra yang lain. Semalam dia sempat mengodek telefon Ayra. Untung saja Ayra tidak meletakkan apa-apa password.

Melihatkan wallpaper telefon Ayra seperti tidak pernah diubah, masih gambar bunga dandelion. Hayden yakin Ayra pasti tidak suka menukar sesuatu. Lihat saja telefon bimbitnya.

Disebabkan itu dia tekad untuk belanjakan Ayra barang yang dia rasa perlu ditukar. Jika dia inginkan Ayra sendiri untuk berbelanja. Huh... Dia rasa mungkin Ayra tidak akan berbuat sedemikian.

Dia sudah siap periksa setiap barangan milik Ayra dan dia sudah senaraikan barangan yang dia rasa perlu ditukar.

Untuk membuka laptop Ayra saja sudah mengambil masa agak lama. Dengan keyboard yang ada beberapa huruf tidak dapat ditekan. Dia tidak tahu bagaimana Ayra masih boleh gunakannya.

Beg untuk Ayra ke kelas juga sudah kelihatan lusuh. Jika disenaraikan semuanya hanya beberapa saja barangan yang milik asal Ayra yang dia boleh terima. Lainnya dia rasa sudah perlu ditukar.

Ayra hanya berdiam diri duduk di sudut katil memerhati suaminya meneliti setiap barangan yang dia bawa ke sini. Dia pasrah dengan keinginan suaminya untuk menukar segala barangannya.

Dia sudah cuba katakan tidak, tetapi Hayden memandangnya tajam sambil berkata jangan melawan cakap suami. Sekarang apa dia boleh buat hanya ikutkan saja kehendak suaminya.

"Okay done. Ayra pergi bersiap sekejap lagi kita keluar."

Kata Hayden sambil berdiri di tengah antara barangan Ayra. Dia sudah berpuas hati meneliti barangan Ayra dan senarai barangan perlu dibeli juga sudah siap dibuat di telefon pintarnya.

***

Ketika membeli barangan Ayra di pusat membeli belah kebanyakannya Hayden sendiri yang membuat pilihan, dia hanya bertanyakan pendapat Ayra mengenai warna atau corak yang Ayra suka saja.

Perkara lain semua diuruskan oleh Hayden sendiri. Bukan Hayden tidak benarkan Ayra membuat pilihan sendiri. Tetapi Ayra lebih menitik beratkan harga barangan tersebut dan memilih yang paling mampu milik, buatkan Hayden kesal membenarkan Ayra membuat pilihan sendiri.

Hampir seharian mereka berjalan di sekeliling mall itu dan sempat makan di restaurant terdekat sebelum pulang ke rumah.

***

Usai saja Hayden selesai mandi, telefon bimbitnya berbunyi. Terpapar nama Haze di kaca telefonnya.

"Haze?" gumam Hayden. Jarang sekali anak lelaki membuat panggilan telefon kepadanya.

"Daddy!!! Mana mummy? Mummy ada dengan daddy tak sekarang? Kenapa Hayla call dari tadi mummy angkat? Mummy okay kan?"

Angkat saja panggilan telefon itu Hayden terus diasak oleh Hayla dengan pelbagai soalan. Hayden melihat sekali lagi nama pemanggil di telefonnya.

Haze

Betullah dia tidak salah tengok.

"Assalamualaikum princess daddy. Haih. Kan daddy dah selalu pesan biasakan beri salam tak pun say hello or something first bila call orang. Jangan terus sergah macam tu."

Lembut saja suara Hayden memberi nasihat kepada anak perempuannya.

"Hehe, sorry. Walaikumsalam daddyku sayang. Alaa... daddy Hayla risau je kalau jadi apa-apa dekat mummy. Sebab Hayla call dari pagi lagi mummy tak angkat pun."

Hayden menyarungkan bajunya sebelum memberi kata balas kepada Hayla.

"Ya, daddy faham. Lain kali jangan ulang lagi, Okay. Telefon mummy rosak semalam and pagi tadi daddy baru belikan yang baru. Sebab tu mummy tak angkat call."

My Hot 'Daddy' (HIATUS)Where stories live. Discover now