Part 5

41 6 1
                                    

" Aku rasa ada orang buli dia " sampuk Zay memecah kesunyian lalu memandang Zar.

" Maksud kau? " soal Zar. Zay mengambil lengan adiknya dan ditunjuk kesan luka disiku gadis itu.

" Ni. Kesan ni. Bukan kesan luka disebabkan jatuh. Tapi kesan orang buat. Kau ingat tak waktu kita jumpa dia dengan sepupu dia dekat padang? " soal Zay. Ray memandang zar. Dia hanya mampu mendengar.

" Ingat. Antara diorang berempat. Aria paling teruk luka berbanding dengan ella, iz dan ad. " balas zar jujur.

" Betul. Dan tadi kau nampak kan aria dengan sepupu dia berlari kearah bilik air. " Soal Zay meminta kepastian. Zar mengangguk. Wah diorang dah jadi penyiasat la pulak

" Kalau kau perasan tadi. Aria mengigil tau. Baju diorang semua basah lenjun " terang Zay.

" Habis tu kau syak siapa? " soal Zar.

" Aku syak la kan. Ni mesti kerja budak baru tu. " balas zay. Zar mengangkat kening.

" Siapa? Badboy? Takkan diorang kot. Baru first day kan? " soal Zar semula. Zay menepuk dahinya. Ray luku kepala zar.

" Apa bodoh la kau ni zar? Nama pun badboy. Diorang kisah apa kalau first day sekali pun. " sampuk Ray. Zar tersengih.

" Habis kita nak buat apa ni? " soal Zar.

" Buat masa sekarang kita jaga aria dulu. " balas Zay. Ray memegang tangan aria. Panas saja.

" Sayang juga kau dengan aria eh? Aku ingatkan kau takde perasaan sayang dah dengan adik kau tu. " usik Zar. Ray menjeling tajam.

" She is my little sister. " balas Ray.

" Tak payah nak sister, sister sangat. Kalau dah fake tu fake jela. Nak pura pura baik apahal? Kau jangan ingat aku lupa apa yang kau buat dekat Aria dulu. " pedas kata kata Zay. Dia masih tak puas hati dengan tindakkan Ray terhadap Aria dahulu. 

Ray terdiam dengan kata kata zay. Zar pulak blur dekat situ.

" Zar. Kau tolong tengokkan Aria sekali. Aku tak percaya dekat mamat ni. Aku nak turun buat bubur kejap. " pinta Zay. Walaupun Zar masih blur tak tahu apa yang terjadi namun dia tetap mengangguk.

Skip time...

Aria terjaga dari tidurnya. Gadis itu mencapai tuala kecil ditepinya dan ditekup ke mulutnya.

" Uhuk uhuk " tuala kecil itu dipenuhi dengan darah. Kepalanya dilentokkan di kepala katil. Pasrah. Kalau dia demam pasti akan batuk darah.

" Aria sayang. Ni ubat demam. Nanti makan eh? Dah tiga hari kamu demam panas ni " sergah Zay. Gadis itu menoleh kearah Zay yang masuk ke dalam biliknya sambil membawa ubat. Tuala kecil yang dipenuhi dengan darah itu disembunyikan dalam comforternya.

" Siapa buat adik sampai jadi macam ni? " soal Zay lembut lalu mengusap rambut aria. Aria hanya diam dan mengeleng.

" Badboy tu kan? " soal Zay lagi namun gadis itu tetap mengeleng kepalanya.

" Jangan tipu abang Zay tau. Tak baik. Nak abang panggil abang Ray ke? " ugut Zay. Zay terpaksa ugut aria kerana gadis itu sudah lama tidak bicara dengan dia. Zay sangat rindukan suara merdu milik gadis itu.

" Takde siapa la abang Zay. " balas aria lalu memaksa dirinya untuk senyum.

" Apahal susah sangat kau nak bagitahu siapa yang buli kau? " datar suara Ray yang melangkah masuk.

Gadis itu ketakutan. Digengam erat comforternya. Ray membuat isyarat menyuruh zay keluar.

" Jangan pukul dia. Kalau tak nahas kau " sempat Zay berpesan kepada Ray sebelum keluar bilik. Ray mendekati aria yang menunduk. Takut.

" Takut? " soal Ray. Gadis itu menganguk perlahan.

" Taknak bagitahu abang Ray? " soal Ray lagi. Dikemam bibirnya ' apa aku nak jawab ni? Fikir aria fikir ' omel aria dalam hati.

Kepala aria didongakkan. Terkejut gadis itu apabila wajah Ray dekat dengannya. Air liur ditelan. Tangan Ray mencapai tuala kecil yang dipenuhi dengan darah.

" Aria, Aria. You're my little sister. Sejauh mana kau nak tipu aku? Aku tetap akan tahu juga " balas Ray tersenyum sinis.

" Macam ni lah. Better adik bagitahu abang. Siapa yang buat adik macam ni? " soal Ray lembut. Panggilanya turut ditukar.

" Badboy. Diorang simbah air sejuk dekat kitaorang. " balas Aria ketakutan. Ray menjongketkan kening. Jejaka itu teringat akan perbualan zar dan zay semalam.

" Adik ada cari pasal dengan diorang ke? " soal Ray. Aria mengeleng kepala.

" Diorang first day. Takkan kitaorang nak cari pasal dengan diorang. " balas aria. Ray mengusap rambut adiknya.

" Hmm...ni tuala ni kenapa? Batuk darah? Taknak bagitahu juga? Suka tengok abang-abang risau? " bentak Ray namun dia masih berlembut.

Gadis itu terkejut. Kepala ditundukkan. Ray sahaja mahu meninggikan suara dengan niat untuk mengusik. Tapi lain pulak yang jadi.

" Menangis? Itu jela kerja kau " marah Ray. Aik tadi bukan main lembut sekarang dah naik angin balik kenapa?

" Lembik " balas Ray. Gadis itu mula sesak nafas.

" Ab...abang " panggil aria. Ray mengangkat kening

" Se...sesak " Ray tidak pedulikan adiknya.

" Menipu nombor satu kan? " balas Ray. Gadis itu mengengam comforternya kuat. Didongakkan kepalanya melihat Ray.

" Ma...maafkan Ad..adik " balas aria lalu menghadiahkan senyuman manis sebelum pandangan mulai gelap.

Ray sudah panik. Terkejut jejaka itu melihat mata adiknya tertutup rapat. Dia ingatkan adiknya ingin bergurau.

" Adik!! Bangun woii!! Aria tak kelakar okay? TENGKU ARIA SYAFIA BANGUN!! "  jerit Ray lalu mengoncang tubuh adiknya.

" Weii Ray, apahal ni? " sergah Zay dan zar yang mendengar jeritan Ray dari bawah.

" Aria weii !! Tadi dia kata sesak pastu. Arhhh!! Aku tak tahu " serabut kepalanya. Ditepuk pipi gebu gadis itu namun tiada respond.

" DAH!! KAU BAWAK ARIA MASK KERETA AKU. KITA BAWAK DIA PERGI HOSPITAL SEKARANG. " sampuk Zay. Ray mendukung aria ke kereta.

Skip time...

Ray mundar mandir di ruang menunggu. ' kenapa lama sangat doktor kat dalam? ' soal Ray dalam hati.

" Kau boleh tak duduk diam? Stress aku tengok kau kehulur kehilir " marah Zay. Ray terus melutut dihadapan Zay.

" Aku minta maaf Zay. Aku tahu semua ni salah aku. Aku tak layak jadi abang. Disebabkan aku semua ni terjadi. Maafkan aku zay " rayu Ray. Kedua jejaka itu terkejut.

" Dah la weii benda dah jadi. Kau boleh tak duduk? " arah Zay. Ray menghempas punggungnya di kerusi.

" Kalau aku tak bentak dia tadi mesti takkan jadi macam ni " kata Ray. Jejaka itu mula menyalahkan dirinya sendiri. Zar hanya diam dan mengusap belakang Ray.

" Ahli keluarga Aria Syafia? " soal doktor. Ketiga jejaka itu bingkas bangun.

Author akan sambung next chapter secepat yang boleh. Bantu vote ye. Terima kasih kerana support 🌷maaf kalau terlalu bosan.

Tengku Aria Safiya [COMPLETE]Where stories live. Discover now