PROLOG

66 7 0
                                    


Adriana memegang sebuah frame kecil yang terpapar gambar ayah , dia , dan arwah ibunya. Air mata mengalir di pipinya tanpa dia sedar. Dia usap pipinya perlahan lalu mengeluh. Walau berat ujian yang dia tanggung , dia tetap harus teruskan kehidupan. Dia sangat merindui ibunya. Dia sentiasa berharap ibunya hidup lebih lama agar dia dapat meluangkan masa dengan ibunya.

" ibu , Arsya rindu ibu , tunggu Arsya dekat sana ya. Sayang ibu." Perlahan gambar itu dikucup.

Perutnya telah berbunyi minta diisi. Hari ini aku tidak rasa seperti ingin memasak. Jaket diambil , tudung shawl dipakai tanpa pin , kunci rumah dimasukkan ke dalam poket seluar. Tidak lupa aku mengucapkan kalimah "bismillahirrahmanirahim" apabila melangkah keluar.

Mencari restoran yang menyediakan makanan halal agak sukar di bandar Seoul ini. Terdapat satu restoran yang baru di buka semalam , hanya lima minit jika jalan kaki dari kediamanku.

RESTORAN MASAKAN IBUNDA
- menjual makanan halal dari pelbagai negara asia tenggara
- terdapat juga makanan Korea yang halal

Aku melangkah masuk ke dalam restoran, bau dan suasana agak mirip dengan di Malaysia. Rasa rindu pula dengan tanah airku. Antara berbagai menu yang ada , aku memilih nasi goreng kimchi dan sate ayam tiga cucuk. Beginilah cara aku mengubat rindu kepada ibuku. Aku akan makan makanan kegemaranku iaitu nasi goreng kimchi kerana makanan itu yang selalu ibu masak untuk aku.

10 minit menunggu akhirnya makananku siap dihidangkan. Sudu dan garfu diambil lalu menyuapkan nasi ke dalam mulut. Aku terdiam. Air mataku hampir mengalir. Rasa ini .. seakan akan masakan ibu, rasa terlalu mirip hingga aku tidak mampu menahan air mata. Aku menangis buat kali ke-2 pada malam ini. Kuah kacang sate juga mirip dengan kuah kacang nenek. Aku makan dengan penuh berselera.

Aku berharap suatu hari nanti aku bertemu dengan chef restoran ini.

Force Husband | On-GoingWhere stories live. Discover now