Part 10

34 6 3
                                    

" Aria sayang. Sini kejap " gadis itu mendekati Ray.

" Macam mana sekolah tadi okay ke? " soal Ray lalu mengusap rambut adiknya.

" Tak. " balasnya sepatah. Ray mengangkat kening.

" Kenapa ni? Siapa kacau Adik? " soal Ray manja.

" Abang Zay dengan Abang zar tu kacau adik " balas aria sambil menunjuk ke arah abang kembarnya. Terkejut kembar itu apabila namanya disebut.

" Apahal abang zar pulak terbabit ni? Salahkan abang Zay sorang dah la. " rungut zar tak puas hati. Zay memandang zar tajam.

" Amboi dah pandai eh sekarang. Siapa ajar ni hah? " soal zay. Aria tersenyum

" Abang Ray " balasnya. Kedua jejaka itu memandang alongnya.

" Adik? Apa fitnah along pulak ni " soal Ray lalu mengangkat kening

" Abang zay, abang zar. Aria tak fitnah ye. Abang Ray kata abang berdualah yang paling tak berguna. Langsung tak membantu. " tutur aria. Ternganga Ray bila dirinya dituduh.

" Wah wah wah along. Apa ni along? Aduh jahat la along ni. " balas Zar memuncungkan mulutnya.

" Along ingat along tu berguna la? Setakat badan sado macam kau. Tsk aku lagi sado tau siap ada sickpack lagi tau. Kau Ada? Takde? Lemah " balas Zar dengan yakinnya. Aria dan Zay sudah ketawa dengan kata kata zar.

" Eleh setakat sickpack. Aku ada eightpack hah. Ayok. " balas Ray. Mereka semua ketawa terbahak bahak. Aria bangun dari duduk.

" Eh nak kemana tu? " soal Zay. Ray dan Zar masih bergaduh lawan sick pack diorang.

" Nak naik tido. " balasnya. Zay menarik aria.

" Tido kat peha abang je " gadis itu mengangguk. Tak sampai 5minit gadis itu sudah dibuai mimpi.

Skip time...

" Aria. " gadis itu memandang ke arah Zul

" Apa? " balasnya malas.

" Boleh tak kau ikut aku jumpa ummi aku? " soal zul. Aria mengangkat kening sebelah.

" Hah? "

" Ummi aku nak jumpa kau. Dia dah lama cari kau " balasnya lagi.

" Aku tak sure la. Bagi aku fikir dulu " pinta aria. Zul mengangguk.

" El, isya, kay. Minggu depan kita ada tugas dekat luar negara. So korang nak ikut aku tak? " soal ika.

" Of course la nak " balas ketiga gadis itu serentak.

" Aria " Panggil Iqbal.

" Ehem. Not aria. Ika. " tegur El.

" owh sorry " balasnya. El mengangguk.

" Kenapa Iqbal? " soal ika.

" Kami nak ikut sekali boleh tak? " soal mika. TBD berpandangan

" Korang nak buat apa ikut? Misi ni bahaya. Aku tak sure aku boleh lindungi korang ke tak. " soal ika.

" Takpe kitaorang boleh jaga diri sendiri. Ika anggap je sebagai tanda terima kasih sebab tolong kami haritu. " balas zul. TBD mengangguk faham.

" Kalau macam tu kay nanti kau tolong ajar diorang beberapa serangan hendap dan cara menembak. " arah ika. Kay mengangguk.

" Helmi " panggil ika. Helmi berlari kearah ika

" Ye queen? "

" Esok kau tolong sediakan baju untuk badboy ni. Aku taknak orang lain tahu identiti diorang. Faham " arah ika. Helmi mengangguk.

" Faham queen " balasnya.

" Okay good. Pergi sambung kerja " arah ika lagi. Helmi menunduk sedikit lalu melangkah ke meja nya.

" Ika. Macam mana dengan abang abang kita? Mesti diorang akan cari kita " bisik el. Risau takut dia kena dera lagi dengan abang tiri dia.

" Takpe esok aku settlekan. Baju korang dah ada kan? " soal ika. TBD mengangguk.

Skip time...

" Adik tengok ni. Abang Zay beli apa! " terjah zay masuk kedalam bilik aria. Namun kelibat aria tiada.

" Adik? Sayang? " diletakkan air di atas meja solek milik adiknya.

" Adik. Where are you? Hah main sorok sorok eh? " diketuk pintu bilik air namun tiada yang menyahut. Di buka almari besar. Namun tiada gadis itu didalam.

Dilihat disekeliling bilik dan terpandang sekeping surat diatas meja belajar. Zay mengambil surat itu dan duduk diatas katil. Surat itu dibuka.

Assalammualaikum. Selamat pagi abang Zay, abang zar and abang Ray. Aria minta maaf sangat sangat dekat abang Ray. Mungkin pemergian aria mampu membuatkan abang Ray bahagia. Adik sedar, adik tak layak dilahirkan di atas bumi ini. Adik terpaksa pergi meninggalkan abang buat sementara waktu. Cukuplah adik didera, dipukul, dijadikan hamba. Abang ray. Kalau abang jumpa surat ini, aria minta maaf sangat sangat. Abang Ray tolong jaga diri ye. Jagakan abang Zay dan abang zar untuk aria sekali. Insya Allah kalau ada rezeki aria akan pulang semula ke pangkuan abang. Maafkan adik sekali lagi ya. Adik nak abang tahu yang adik selalu sayangkan abang Ray, abang Zay dan abang Zar. 

From : Tengku
Aria Syafia

Tanpa sedar. Air mata Zay mengalir ke pipi.

" Kenapa adik pergi tinggalkan abang zay? Abang Zay tak puas nak bermanja dengan adik. Kenapa adik? Kenapa adik taknak bagitahu? KENAPA?? " Ditarik cadar katil itu erat. Air mata mengalir deras. Di ambil surat itu dan turun ke ruang tamu.

Pak!!

" Kau apahal ni abang? " soal zar terkejut apabila melihat zay melemparkan surat itu ke muka Ray.

" Kau baca surat tu bang!! " Zay memandang Ray tajam. Aura membunuhnya menaik naik. Ray membuka surat itu.

" Jadi? " soal Ray memandang Zay kosong.

" Fuck!! Kau takde perasaan ke sial? Kau tak serik lagi ke kehilangan dia? Apa masalah kau sebenarnya? Kenapa kau selalu jadikan aria tu sebagai mangsa dera kau?!! " tengking Zay. Menahan amarah.

" Memang patut pun dia kena dera. Siapa suruh dia ber foya foya dengan jantan. " balas Ray lalu menunjukkan sebuah video. Zay dan zar tersenyum sinis.

" Tsk. Bodoh " balas Zay.

" Abang Ray. Lain kali pakai otak sikit boleh tak? Perempuan dalam video tu bukan aria la. Aria tak pernah tanggalkan tudungnya dihadapan lelaki yang bukan mahram. Lagi satu aria takkan pernah pakai pakaian yang menjolok mata macam tu la.  " marah Zar. Ray terdiam.

" Kau senang betul kan di gula gula oleh orang luar. Lebih percaya kan orang luar dari adik sendiri. " sindir Zay.

" Jangan sampai Dia tahu semua ni. " sambung zay. Senyuman sinis terukir diwajahnya. Ray mengetap bibir. Tak sangka yang aria benar benar pergi.

" Zay, zar abang minta maaf " rayu Ray. Zar hanya berdiam diri lalu melangkah masuk ke bilik.

" Maaf? Kau punca adik aku lari rumah. Kau fikir senang senang aku nak maafkan kau macam tu je? Eh bahlol mana janji kau dekat aria waktu aria sakit bulan lepas? Hilang? Kalau jadi apa apa dekat aria kalini, jangan ingat aku akan hormat kau sebagai seorang abang lagi. " balas Zay. Amaran kali kedua diberi. Zay melangkah masuk ke dalam biliknya meninggalkan Ray sorang.

Ray terdiam seribu bahasa. Kalini dia benar benar tidak percaya aria akan lari dari rumah. Jejaka itu mula menyalahkan dirinya sendiri.

Author akan sambung next chapter secepat yang boleh. Bantu vote ye. Terima kasih kerana support 🌷maaf kalau terlalu bosan.

Tengku Aria Safiya [COMPLETE]Where stories live. Discover now