PHED || BAB 2

47.4K 1.7K 145
                                    

Selesai sahaja Thaqif menyikat rambut , dia menuju ke arah keretanya. Pintu kereta dibuka lalu dia masuk ke dalam kereta tersebut. Enjin kereta dihidupkan. Keretanya perlahan lahan meninggalkan halaman rumahnya.

Kereta Thaqif meluncur laju. Hari ini hari temuduga untuk babysitter anaknya.
Dia mesti sampai ke pejabatnya tepat dengan waktunya.

Sampai sahaja ke pejabatnya , dia keluar dari kereta lalu menuju ke arah biliknya. Sudah ramai orang berkumpul di pejabatnya untuk di temuduga.

Matanya sempat melirik ke arah beberapa orang gadis. Ada yang berbisik sesama sendiri. Ada yang menggeletis apabila melihat dirinya sedang melangkah menuju ke bilik.

Elisa , pembantu peribadinya mengangkat wajahnya dan memandang ke arah majikannya. Bibirnya mengukir senyuman. "Selamat pagi bos" ucap Elisa.

Thaqif melemparkan wajah yang ketat. "Ini semua dokumen yang datang temuduga harini" kata Elisa lalu menyerah beberapa dokumen pada Thaqif. Sesi temuduga dimulakan.

•••

Kausar mengaminkan bacaan doanya. Dia menoleh ke arah Puan Orked. Tangan Puan Orked dikucup lembut.

Tangan Puan Orked mengusap lembut kepala Kausar. Tubuh Puan Orked dipeluk erat. "Sayang bonda" ucap Kausar.

"Bonda pun sayang adik"

Sementara itu , Encik Khusyairi mencapai cawan dihadapannya lalu meneguk air tersebut sambil membaca surat khabar.

Puan Natrah pura pura sibuk mengemas dapur. Dia berdeham kecil lalu menghampiri suaminya.

"You , I rasa macam pinggang I sakit la" rengek Puan Natrah. Tangannya mula memicit pinggangnya yang terasa sengal.

"Sakit?? Nanti saya suruh Mak Kiah urutkan"

Puan Natrah mendecis. "Taknak la" marah Puan Natrah.

Encik Khusyairi memandang ke arah Puan Natrah. Bibirnya mengukir senyuman. "Kenapa ni?? Macam bad mood je. Rasanya tadi I dah kasi you duit. Kenapa tak pergi shopping??"

Puan Natrah mencekak pinggang. "Macam mana I nak shopping?? Anak awak tu satu kerja pun taknak tolong saya. Mak Kiah pun sama. Berkepit dengan perempuan tua berpenyakit tu" marah Puan Natrah.

"Kausar tak tolong awak buat kerja rumah??" Tanya Encik Khusyairi.

Puan Natrah mengangguk. "Lagi buat saya rasa sakit hati , bila tengok dia keluar dengan jantan. Naik moto. Bukan main mesra lagi. Dia tak fikir ke mulut jiran jiran kalau nampak dia naik moto dengan lelaki??"

Encik Khusyairi tergamam. "Dia naik moto dengan lelaki??" Puan Natrah mengangguk.

Encik Khusyairi terdiam. Sukar dia hendak percaya. Anaknya Kausar di didik dengan penuh pengetahuan agama kini seronok membuat maksiat di belakangnya.

Dada Encik Khusyairi meruap-ruap menahan amarah. "Kalau you tak percaya , I ada bukti. Kejap"

Puan Natrah mencapai telefon pintarnya. Dia membelek telefonnya dan mencari gambar yang ditangkap sebentar tadi. "Haa ni. Tengok la ni. Bukan main mesra lagi saya tengok" tunjuk Puan Natrah.

Telefon itu bertukar tangan. Encik Khusyairi merenung gambar tersebut. Nafasnya turun naik menahan marah. Tangannya digenggam.

"KAUSAR!!!" pekik Encik Khusyairi. "KAUSAR , TURUN!!!" pekik Encik Khusyairi lagi. Puan Natrah dibelakang Encik Khusyairi sudahpun tersengih. Seronok dia apabila melihat Kausar dimarahi oleh Encik Khusyairi.

PEMILIK HATI ENCIK DUDA [COMPLETED]Where stories live. Discover now