THAUSAR || BAB 51

30.9K 1.3K 163
                                    

Kaki Diana melangkah menuju ke arah Kausar dan Jabir sedang bermain di halaman rumah. Riuh rendah juga la rumah itu dengan suara mereka berdua "Hi Jabir" sapa Diana.

Tangannya mencapai lengan Jabir. "Noo!!" Jabir menepis tangan Diana. Kakinya berlari ke arah Mak Som.

Diana memandang sekilas ke arah Kausar sambil memeluk tubuh. "So you la kekasih Thaqif??" Dia memandang pakaian Kausar dari atas sampai bawah.

"Puan tak dengar ke , pakcik cakap saya ni sekadar babysitter. Bukan kekasih"

"I tak percaya"

Kausar membuat muka. Ada jugak kena gayang nanti. "By the way , you mesti tak tau lagi kan I siapa?? I Diana. Bekas isteri Thaqif"

Kausar mengendahkan Diana. Diana memandang sekeliling. "Mana Thaqif??"

"Untuk pengetahuan awak , saya dibayar gaji untuk menjaga budak sahaja bukan menjaga bapak budak" sinis Kausar.

"I tengok you macam tak sesuai je jadi isteri Thaqif. Tengok la pakaian you. Kolot. Tengok Thaqif pula. Pakai baju branded"

Kausar memandang ke arah pakaiannya. "Okay je saya tengok. Tak kisah la kita pakai baju murah ke mahal ke janji tutup aurat. Ataupun awak nak saya pakai baju macam awak?? Macam sarung nangka" Kausar ketawa sinis.

Diana menghentak kakinya. "Ehh you. Jangan yakin sangat you akan dapat Thaqif sebab I akan rampas Thaqif semula"

Kausar memeluk tubuhnya. "Rampas la. Tapi tak malu ke. Lepas buang sampah , kutip balik. Euwww , so busuk" ejek Kausar. Hidungnya ditutup. Jabir berlari ke arah mereka lalu meniru gaya Kausar.

"Busuk kan Jabir" Jabir mengangguk.

"Perempuan tak sedar diri. Baik kau pergi cermin diri kau la. Thaqif tu tak layak untuk kau" dingin Diana.

Kausar mengangguk. "Betul la kata makcik tu. Dah makcik tak payah la nak bahas bahas pasal bende lagi ye. Nanti bertambah kedut je dahi makcik tu"

Diana mendengus kasar. "Makcik kau panggil aku??"

"Sesuai la makcik Diana , pakcik Thaqif. Betul tak?? Lagipun korang memang sepadan dua dua sewel" sinis Kausar. Kakinya mula melangkah meninggalkan Diana keseorangan dan diikuti oleh Jabir.

Baru sahaja Diana mahu melangkah , tiba tiba dia dapat merasakan kakinya seperti terpijak sesuatu. "Aghhh taik apa ni??" jerit Diana. "MAK SOM!!!! MAK SOMM!!! SINI LAAA. EYYYY GELI LAAA" tempik Diana.

Kausar mengendap dari luar pintu. Dia memeriksa pula lampin pakai buang Jabir. "Hahhh Jabir yakk ke?? Siapa yang pakaikan Jabir pampers ni?? Senget kemain"

Jabir menunjuk ke arah Diana. "Mummy yang pakaikan??" Kausar ketawa. "Ada hati nak rampas Thaqif dari aku. Pakaikan pampers anak pun senget benget" kutuk Kausar. Dia membawa Jabir masuk ke tandas. Najis Jabir harus dibasuh segera.

•••

Iman melangkah masuk ke rumah itu. Matanya tertumpu ke arah Kausar yang sedang menonton televisyen. Kakinya perlahan lahan menghampiri Kausar. Bahu Kausar dicuit.

Kausar menoleh. "Ehh Iman. Dah lama tak nampak. Mimpi apa datang sini??"

Iman tersengih. "Kebetulan tadi ada kerja dekat sini. Jadi saya singgah kejap"

Kausar mencebik. "Ada kerja ke...dating??" usik Kausar. Kedua dua keningnya diangkat.

"Aishh betul la tu" Mereka ketawa.

PEMILIK HATI ENCIK DUDA [COMPLETED]Место, где живут истории. Откройте их для себя