THAUSAR || BAB 47

30K 1.3K 13
                                    

Uqasha memberhentikan keretanya di tepi jalan. Matanya tertumpu ke arah satu papan tanda.

RUMAH JAGAAN DAN RAWATAN ORANG TUA AL-IKHLAS

Kausar membuka tali pinggangnya lalu memandang ke arah Uqasha. "Along" panggilnya. Lamunan Uqasha terhenti. "Jom la jumpa baba"

"Adik je la pergi. Along nak duduk dalam kereta"

Kausar mengeluh kecil. Sehingga hari ini , Uqasha masih dingin dengan Encik Khusyairi. Pelbagai usaha dia cuba untuk satukan mereka kembali namun Uqasha masih berkeras kepala.

"Sampai bila along nak macam ni??" Uqasha tidak menjawab. Telefon pintarnya dicapai. Kausar menggeleng kepalanya melihat kerenah Uqasha.

"Along , sekarang ni kita cuma ada baba je tau. Bonda amanahkan kita untuk jaga baba. Takkan takde sikit pun terdetik dalam hati along rasa kesian?? Along , baba tu cuma ada kita je tau"

"Kenapa kita kena jaga dia?? Dulu dia ada jaga kita?? Ada jaga bonda?? Takde. Dia halau kita. Dan dia juga penyebab bonda mati"

Kausar menggeleng perlahan. Kecewa dengan sikap abangnya. "Sampai bila along nak berdendam dengan baba??"

"Sampai dia mati"

Kausar tergamam. Terkejut dengan jawapan yang keluar dari mulut Uqasha. Macam bukan dirinya yang sebenar. "Sampai macam tu along benci baba?? Baik. Along jangan menyesal kalau satu hari nanti baba tinggalkan kita"

Kausar melangkah keluar dari kereta itu lalu menghempas pintu kereta itu dengan kuat. Geram dengan sikap abang sulungnya itu.

Kausar menghembus nafas kasar. Kakinya perlahan lahan memasuki rumah jagaan tersebut. Kelibat Encik Khusyairi dicari. Matanya tertumpu pada seorang lelaki tua sedang berehat di pondok kecil. Itu pasti bapanya.

Kakinya melangkah menghampiri lelaki tua itu. "Baba" sapa Kausar. Encik Khusyairi menoleh.

"Ehh adik. Mana along??" Encik Khusyairi tercari cari kelibat Uqasha. Namun hampa. Kelibat Uqasha langsung tidak kelihatan. Kausar tersenyum tawar. Rasa bersalah timbul dihati.

"Baba macam mana sihat?? Rawatan baba macam mana??" Kausar cuba menukar topik. Tak sanggup dia melihat raut wajah bapanya yang sedih.

"Alhamdulillah. Bayangan hitam tu dah takde. Maksudnya baba dah bebas"

"Alhamdulillah. Boleh la lepasni baba balik kan?? Duduk dengan kami" Terus berubah raut wajah Encik Khusyairi.

"Kenapa baba??"

"Along masih bencikan baba kan??"

Kausar terdiam. Bibirnya tersenyum kelat. Pasti bapanya terasa dengan sikap Uqasha yang degil. Langsung tidak menjeguk Encik Khusyairi.

"Kenapa baba cakap macam tu?? Along tak benci baba la. Cuma dia masih marahkan baba. Tapi baba jangan risau. Nanti mesti sejuk juga hati along tu" pujuk Kausar.

"Macam mana baba nak tinggal dengan korang kalau along tak suka kan baba??"

Kausar tersenyum kelat. Tak tau nak balas apa. "Baba , lusa ni mama akan terima hukuman gantung. Esok adik ingat nak jeguk dia untuk kali terakhir. Adik bawak baba nak??"

Encik Khusyairi menggeleng. "Baba benci orang macam dia. Sanggup buat apa saje demi duit sampai sihir baba. Pisahkan baba dengan bonda. Dan lagi sakit...dia..dia bunuh bonda"

Kausar mengosok belakang Encik Khusyairi. Dia turut sebak. "Adik jangan berani pergi sana. Lupa ke apa dia buat pada keluarga kita?? Pada adik. Lupa??" larang Encik Khusyairi.

PEMILIK HATI ENCIK DUDA [COMPLETED]Where stories live. Discover now