THAUSAR || BAB 79

74.7K 2.1K 471
                                    

SETAHUN KEMUDIAN ,

Uqasha dan Elyna melangkah menuju ke Iman. Khusyuk betul Iman bermain telefon pintarnya sampai tak toleh kiri kanan. Uqasha menepuk bahu Iman. "Oii"

Iman mengangkat wajahnya. "Wahh korang. Datang sekali ni ada apa apa ke??" usik Iman.

"Hehh sorry sikit. Kitorang ni kawan je tau" marah Elyna.

Iman tersengih. "Haihh masing masing dah ada partner. Aku ni single lagi. Memang title bujang terlajak sesuai dengan aku" keluh Iman.

"Kau kan ramai awek. Pilih la satu buat bini" Kedua dua kening Uqasha diangkat. "Tak pun tu. Kau nampak tak ada awek duduk sorang sorang tu. Try la usha dia. Bagi ayat bunga bunga sikit , confirm kau tak single dah" cadang Uqasha.

Iman menggeleng kepalanya. "Uishh memang tak la. Buatnya itu bini orang ke awek orang ke. Tak pasal pasal mata aku lebam sebelah" tolak Iman. "Rosak la wajah aku yang handsome ni nanti" rungut Iman lagi.

"Tak masalahnya kau handsome ke?? Biasa je aku tengok" usik Uqasha.

"Kau memang kawan terbaik man. Dah ada awek makin menjadi jadi ekk kau punya mulut. Makin pedas. Ehh Lyn , you ada bagi Qasha ni makan apa apa ke??" usik Iman pula.

"You guys nak gaduh. Gaduh la tapi jangan libatkan I okay?? I nak makan dengan tenang" kata Elyna dengan mulutnya penuh dengan makanan.

Iman dan Uqasha tersengih. Tangan Iman mula mencapai telefon pintarnya. "Ehh aku gerak dulu la. Ada janji nak jumpa someone" Iman lantas berdiri daripada tempat duduknya.

"Nak jumpa awek la tu" sinis Uqasha.

"Takde mananya. Ni makanan aku , kau tolong bayarkan ehh. Kata kawan" Kakinya lantas melangkah meninggalkan tempat itu.

"You tengok perangai dia. Dengan makan tak habis. Macam mana perempuan nak dekat dia??" bebel Uqasha. Elyna hanya tersenyum tipis.

Suasana menjadi sunyi sepi. Hanya kedengaran bunyi kenderaan yang lalu lalang disitu. Terasa janggal pula bila duduk berdua.

"You"

"You.."

Mereka terdiam kembali. "Ladies first"

"Adik you macam mana?? I dah lama tak jumpa dia. I dengar dia dah pregnant kan??" Elyna bersuara. Sebenarnya dia pun tak tau nak berbual apa dengan Uqasha. Itu pertama kali mereka makan bersama. Selalunya ada orang ketiga. Kalau bukan Thaqif pasti Iman.

"Adik I sihat je. Bertambah sihat bila dah pregnant. Nanti you datang tak majlis dia??"

Elyna mengangguk. "Mesti la I datang. Adik you kan kawan I" jawab Elyna.

"By the way , bila you nak balik Tokyo??"

"I dah tak duduk Tokyo. Lagipun I nak cari jodoh dekat Malaysia" Elyna bermain dengan jarinya. Tiba tiba jadi malu malu kucing.

"Bagus la"

Elyna merenung tajam ke arah Uqasha. Itu sahaja jawapan yang keluar dari mulut Uqasha. Elyna berdeham kecil. "You taknak ke dengan I??" berani Elyna.

"Apa??" Uqasha blur sebentar. Haihh adik dengan abang sama je. Dua dua kuat blur.

Elyna mengeluh kasar. "Kahwin dengan I la"

Uqasha tersentak. "You nak kahwin dengan I??" tanya Uqasha sekali lagi. Rasanya dia tak salah dengar tadi. Elyna mengangguk laju. "Yess , I nak kahwin dengan you" jawab Uqasha. Elyna tersenyum lebar. Pertama kali crush tak reject. Terharu pun ada.

PEMILIK HATI ENCIK DUDA [COMPLETED]Where stories live. Discover now