THAUSAR || BAB 57

30.5K 1.3K 92
                                    

Mata Kausar tertumpu ke arah Jabir yang seronok bermain berdekatannya. Jauh Kausar termenung sehingga Jabir memanggilnya pun tidak dengar.

Iman memerhati Kausar dari jauh lalu mengukir senyuman. Dia melangkah mendekati Kausar. "Haii termenung jauh nampak. Dah sampai mana tu?? Planet Zuhal ke Pluto??" sapa Iman.

Lamunan Kausar terhenti. Dia tersenyum tawar. "Bila masa awak sampai tak perasan pun??"

"Dah lama dah sampai. Awak tu yang termenung jauh sangat. Sampai Jabir panggil pun awak tak dengar" Kausar tersengih.

Mata Iman tertumpu ke arah Jabir. "Jabir , come" panggil Iman. Jabir berlari ke arahnya. "Uncle ada bawak Jabir coklat"

"Yeayyy" sorak Jabir. Coklat yang dipegang oleh Iman dicapai.

"Aipp Jabir. Cakap apa dekat uncle??"

"Acehh klee"

Iman tersenyum. "Good boy" Kepala Jabir diusap lembut.

"Jabir , nanti kalau dah makan coklat jangan lupa gosok gigi tau" pesan Kausar. Jabir mengangguk.

Iman merenung wajah Kausar. Dia mendapat satu idea. "Awak , apa beza awak dengan coklat ni??" Dahi Kausar berkerut. Kedua dua belah bahunya diangkat. "Coklat kegemaran para wanita , awak kegemaran saya"

Iman tersengih. Kausar pula ketawa. "Ada ada je awak ni"

"Acehhh blushing la tu" usik Iman. Kereta Thaqif memasuki perkarangan rumah itu membuatkan pandangan mereka teralih pada kereta itu. Thaqif keluar dari kereta dengan wajah yang dingin.

Mana tak dinginnya. Melihat Kausar dan Iman bergelak sakan membuatkan hatinya sakit. Dia melangkah mendekati mereka berdua.

"Makin kerap pulak kau datang sini" Thaqif bersuara. Langsung dia tidak memandang ke arah mereka.

"Apa salahnya?? Lagipun aku nak hiburkan hati Kausar yang tengah sedih ni" jawab Iman.

"Tak salah?? Tak malu ke?? Jiran jiran aku tengok. Tak malu pada ibu aku?? Kau Kausar. Tergedik gedik dengan jantan ni. Takde rasa malu ke??" dingin Thaqif.

Iman menolak tubuh Thaqif. "Kau kalau tak puas hati dengan aku , jangan cakap macam tu dekat Kausar. Kau sedar tak dia tu perempuan. Jangan sampai penumbuk ni melekat dekat muka kau"

Kausar menghalang Iman daripada bertumbuk dengan Thaqif. "Dah dah jangan gaduh. Depan budak ni. Tak elok. Iman , awak pergi la balik dulu"

Iman merenung tajam ke arah Thaqif. Masih tak puas hati dengan ayat yang dilemparkan oleh Thaqif. "Nasib baik ada Kausar kalau tak memang pecah muka kau" Iman melangkah masuk ke dalam keretanya.

Thaqif memandang ke arah Kausar. "Seronok?? Boyfriend baru kau backup kau??" sindir Thaqif.

Kausar memeluk tubuh. "Apa masalah pakcik ehh?? Kalau saya dengan Iman , ada je bende tak kena dekat mata pakcik. Tapi pakcik dengan Diana boleh pulak. Siap berpeluk peluk. Yang tu takde rasa malu ke??" sinis Kausar.

Thaqif terkedu. "Kau cemburu??"

"Ini bukan soal cemburu. Ini hukum. Buat apa kita solat tapi masih buat maksiat??" sinis Kausar lagi. "Kalau dah rasa suka sama suka lebih baik kalau kahwin. Masa tu nak terjun bangunan sama sama pun orang dah tak kisah dah. Halal kan"

Baru sahaja Kausar mahu melangkah , Thaqif bersuara. "Memang kami akan kahwin. Majlis kitorang lagi dua bulan. Puas hati??"

Langkah Kausar terhenti. Dia terdiam. Diana yang dari tadi mencuri curi dengar , tersenyum. 'Dia setuju nak kahwin dengan aku?? Yes yes yes. Akhirnya. Padan muka kau perempuan. Berlagak sangat kan' bisik hati Diana.

Dia melangkah mendekati mereka berdua. Pandangan mereka berdua teralih ke arah Diana. Kausar menoleh. "Bagus la. Lagi cepat lagi bagus" kata Kausar. Dia melangkah masuk ke dalam rumah.

"You , bila kita nak pergi tengok baju nikah kita??" Tanya Diana sambil memeluk lengan Thaqif.

"Nanti la" dingin Thaqif. Dia melangkah masuk ke dalam rumah. Diana pula tersenyum puas. Akhirnya rancangannya berjaya.

•••

Surat yang dipegang Kausar dipandang lama. Terasa berat hatinya untuk meninggalkan rumah itu. Bagaimana dengan Jabir nanti?? Semasa dia berada di rumah itu pun Diana berani memukul anak kecil itu apatah lagi bila dia tiada nanti.

Takkan nak bawa Jabir tinggal bersamanya. Jabir bukannya darah dagingnya. Nak taknak dia kena juga tinggalkan Jabir disini.

Lagipun dia dah janji pada Diana. Dia akan tinggalkan rumah ini sebaik sahaja Thaqif memilih Diana untuk dijadikan sebagai isteri yang sah.

Kakinya melangkah keluar daripada bilik tersebut. Matanya mencari kelibat Thaqif. Sampai sahaja diruang tamu , matanya tertumpu ke Thaqif. Dia mendekati lelaki itu.

"Pakcik. Nahh"

Dahi Thaqif berkerut. "Surat apa ni??" Surat yang diserahkan oleh Kausar dicapai lalu dibaca.

SURAT BERHENTI KERJA

Dia terkaku. Matanya memandang ke arah Kausar semula. "Kenapa??" soalan pertama yang keluar daripada mulut Thaqif.

"Pakcik kan dah nak kahwin. Buat apa saya nak stay sini lagi?? Diana dah ada. Dia boleh uruskan Jabir" jawab Kausar dengan tenang.

"tapi Jabir perlukan kau"

"Alaa mula mula je tu. Lama lama okay la. Lagipun Diana kan mak kandung dia" jawab Kausar.

'Tapi tak sama Kausar. Aku pun masih perlukan kau' bisik hati Thaqif. Nak sahaja dia luah isi hatinya pada Kausar. Namun apakan daya. Ego menguasai dirinya.

"Aku tak yakin Diana boleh jaga Jabir macam kau jaga dia"

Kausar ketawa kecil. "Apa pakcik ni?? Nak kahwin tapi masih tak percaya bakal isteri tu boleh jaga anak pakcik atau tak?? Gila la"

Melihat wajah Thaqif yang serius itu membuatkan dia berhenti ketawa. "Okay saya stop bahas pasal bende ni"

"Macam ni la. Aku bagi kau notis sebulan. Maksudnya kau masih kerja dengan aku dalam masa sebulan ni. Lepas sebulan , kau dah boleh keluar dari rumah ni"

Dahi Kausar berkerut. "Kenapa..."

"Aku buat semua ni demi kebaikan Jabir , Kausar" sampuk Thaqif. Kausar mendengus kasar.

'Tak faham la dengan orang tua ni. Kenapa la dia masih nak simpan aku?? Tak puas lagi ke nak sakitkan hati aku?? Haihh sabar Kausar. Kau ikut je. Lepas sebulan , kau blah la' bisik hati Kausar.

"Baik , saya setuju. Tapi ada syarat. Semua urusan saya tak kisah la peribadi ataupun tak. Pakcik tak boleh sibuk. Kita hanya berbual pasal kerja sahaja. Setuju??"

Thaqif tercengang. 'Ewahhh siapa bos sekarang?? Aku ke dia?? Terima je la. Kang tak pasal pasal dia lari rumah pulak' bisik hati Thaqif. Dia mengangguk tanda setuju.

PEMILIK HATI ENCIK DUDA [COMPLETED]Where stories live. Discover now