THAUSAR || BAB 76

36.5K 1.3K 195
                                    

Kausar termenung sambil melihat permandangan dari atas bukit. Fikirannya melayang. Peristiwa kelmarin masih lagi menghantui dirinya. Diana masih lagi bebas di luar sana. Bila bila masa dia boleh mencederakan Kausar.

Thaqif perlahan lahan mendekati Kausar. "Baaa!!" sergah Thaqif.

Kausar terkejut. Laju tangannya menampar lengan Thaqif. "Lama lama saya boleh datang heart attack sebab pakcik tau" marah Kausar.

Thaqif mengambil tempat disebelah Kausar. "Dah kau tu sedap berangan. Entah berangan apa la??"

Kausar tersenyum kelat. "Saya fikir pasal hubungan kita"

Dahi Thaqif berkerut. "Hubungan kita?? Kenapa?? Tak sabar nak kahwin ehh?? Aku pun tak sabar"

Kausar menjeling. "Bukan la. Saya cuma terfikir...kenapa setiap kali kita dalam hubungan macam macam yang jadi?? Ada je bende tak kena"

Thaqif tersenyum. "Itu namanya ujian. Hubungan mana je takde ujian. Lagi lagi kita yang ada niat nak kahwin ni. Lagi banyak ujian. Jadi kita sebagai manusia kena sabar"

Kausar menunduk. Hatinya masih lagi risau. Risau jika Diana bertindak luar kawalan lagi. Keselamatannya juga terancam.

"Kausar" panggil Thaqif. Kausar mengangkat wajahnya lalu memandang Thaqif. "Walau apa pun yang berlaku , aku akan cuba lindungi kau. Kau kena ingat yang aku sayangkan kau. Jangan pernah ragu ragu dengan cinta aku. Ingatt"

Kausar masih terdiam. "Baju merah , baju biru , jangan masam masam , tengok dah tak comel" pantun Thaqif.

Kausar ketawa kecil. "Apa pantun macam tu?? Makin lama makin teruk" kutuk Kausar.

"Kena apa??" Kausar menggeleng. "Macam ni la baru manis. Senyum. Buatkan jantung sayang berdegup laju" Thaqif memegang dadanya. "Aku ada satu soalan nak tanya"

"Apa??"

"Apa beza kau dengan kereta ni??"

"Kereta ni besar , saya kecik" jawab Kausar.

"Salah. Jawapan dia , kereta ni kita bawa dekat jalan raya , kalau kau , aku bawak ke syurga. Cia cia ciaa" Kausar ketawa kecil. "Jadi kan?? Haa tengok tu dah blushing"

"Enough" Kausar menolak tubuh Thaqif.

"Tunggu kejap ehh , aku nak masuk kereta kejap" Thaqif turun daripada bonet keretanya.

"Pergi mana??"

Thaqif tidak menjawab. "Tunggu kejap" Dia melangkah masuk ke dalam keretanya. Terpaksa Kausar menunggu Thaqif.

Thaqif muncul semula bersama gitar ditangan. "Alang alang kita healing. Tengok bukit. Best jugak kalau dapat nyanyi satu lagu" Jari Thaqif mula memetik gitar. Kausar menongkat dagunya sambil mendengar Thaqif bermain gitar.

Sedang ku menatapi
Mata ayu mu menangis sedih
Jauh ku merasai
Keperihanmu yang tak lagi
Sanggup kau tempuhi
Ku janjikan keikhlasan
Tanpa ada keraguan

Aku sedar ku bukan yang kau cinta
Tapi jika ku ada peluang
Akan ku coba pertaruhkan jiwa raga
Semampunya untuk dirimu selamanya

Kausar menepuk tangannya. "Suka??" Kausar mengangguk. "Aku pun suka kau"

Kausar menjeling. "Tiber" Thaqif ketawa kecil. Tiba tiba telefon pintar Kausar berdering. "Kejap ehh" Kausar menjawab panggilan itu. "Hello assalamualaikum , along. Ada apa??"

"Adik dekat mana?? Keluar dengan siapa??" soal Uqasha.

"Adik keluar dengan pakcik kejap. Kenapa along?? Ada nak pesan pape ke??" Sempat Kausar melemparkan senyuman pada Thaqif disebelahnya.

"Adik , balik sekarang boleh?? Ada bende along nak bincang. Ajak la Thaqif sekali"

Wajah Kausar terus berubah apabila mendengar suara serius Uqasha. Macam penting je. "Okay nanti adik sampai" panggilan itu dimatikan.

"Kenapa??"

"Along. Dia suruh balik. Ada bende nak bincang. Jom pakcik. Along ajak pakcik datang rumah sekali" pelawa Kausar.

"Jom. Aku pun dah lama tak jumpa Qasha" Mereka turun daripada bonet kereta lalu melangkah masuk ke dalam kereta.

Sampai sahaja mereka di rumah Kausar , mereka keluar dari kereta. Mata Kausar memandang ke arah kereta kereta yang banyak diparking di halaman rumahnya itu. Dahinya berkerut. Ada kenduri ka??

Kausar lantas melangkah masuk ke dalam rumahnya. Terbutang matanya melihat rumahnya dipenuhi dengan tetamu. "Along apa semua ni?? Haa baba??"

"Kausar" sapa Iman.

Mata Kausar memandang ke Iman. "Iman?? Awak buat apa dekat sini??" hairan Kausar. Dengan rumahnya dipenuhi dengan orang yang dia tidak kenali , bertambah hairan la dia.

Iman mendekati Kausar yang masih lagi berdiri di hadapan pintu rumah. "Saya datang ni ada hajat. Saya nak pinang awak"

Kausar tergamam. "Saya tahu semua ni mengejut. Tapi saya harap sangat awak tak tolak pinangan ni"

Jantung Kausar berdengup laju. Dia menoleh ke arah Thaqif yang berada betul betul dibelakangnya. "Keputusan ada di tangan awak , Kausar"

Kausar merenung wajah Thaqif. Thaqif kelihatan tenang. Bibirnya juga tidak lekang dengan senyuman. Kausar berfikir sejenak. Pelbagai ujian yang berlaku sepanjang hubungan mereka. Termasuk la peristiwa kelmarin yang masih menghantui Kausar. Patutkah dia menerima lamaran Iman atau masih bersama Thaqif??

Kausar mengeluh. Dia sendiri keliru. "Saya...saya terima lamaran awak Iman"

Iman dan Thaqif tergamam. "Awak...terima??" tanya Iman sekali lagi.

"Lepas apa yang jadi antara saya dengan pakcik , saya dapat rasa yang kita takde jodoh. Cukup la dengan apa yang terjadi sebelum ni. Saya dah tak sanggup nak teruskan. Maafkan saya" ucap Kausar.

Thaqif tersenyum tipis. Agak kecewa dengan keputusan Kausar tapi tak mengapa. Benar kata Kausar. Mungkin jodoh bukan milik mereka berdua.

Thaqif menepuk bahu Iman. "Tahniah bro. Aku dah lama nantikan saat ni. Tak sabar aku nak makan nasi minyak kau" kata Thaqif dengan tenang. Iman pula tersengih.

"Datang tau nanti. Jangan tak datang"

"Aku nak minta tolong kau sikit. Tolong jagakan Kausar untuk aku. Jangan sakitkan hati dia macam aku sakitkan hati dia. Dia dah cukup terseksa dah dengan aku" kata Thaqif.

"Untuk Kausar pula , jaga diri. Dan terima kasih sebab pernah ada dengan aku dulu. Maafkan aku. Aku tak mampu jaga kau dengan baik" ucap Thaqif.

Mak Kiah menghampiri Kausar. "Kausar , mari Mak Kiah sarungkan cincin" Kausar menoleh. Cincin itu ditenung lama. Perlahan lahan dia menghulurkan tangannya pada Mak Kiah. Mak Kiah menyarungkan cincin itu pada jari manis Kausar.

"Aku balik dulu la Iman. Nanti jangan lupa bagi kad jemputan tau" Thaqif memandang ke arah Kausar.

"Tahniah , Kausar. Jangan monyok monyok. Kan dah nak kahwin. Aku balik dulu. Ada rezeki kita jumpa lagi" Perlahan lahan Thaqif melangkah menuju ke keretanya. Matanya sempat memandang ke arah Kausar. Tangannya dilambai ke arah gadis itu.

Laju air mata Kausar mengalir. 'Maafkan saya. Maafkan saya' ucap Kausar. Air matanya dikesat kasar. Dia memandang ke arah Iman lalu tersenyum kelat.

PEMILIK HATI ENCIK DUDA [COMPLETED]Where stories live. Discover now