THAUSAR || BAB 69

32K 1.3K 35
                                    

Beberapa biskut dimasukkan ke dalam bekas. Jabir disisi menemani Kausar membuat biskut raya. "Jabir nak ke??" Jabir menggeleng. "Jabir nak teman mama je??" Jabir mengangguk. "Good boy la anak mama ni" puji Kausar. Dia kembali menyusun biskut ke dalam bekas.

Puan Hawa menghampiri mereka. "Banyak lagi ka??"

Kausar menoleh. "Ada lagi. Tadi ada lagi yang tempah. 10 balang"

"Alhamdulillah rezeki. Ni nanti kalau dah siap. Letak ja ataih meja. Nanti tok suquh Wan pi hantaq" arah Puan Hawa. "Tok naik ataih dulu na. Nak pi tengok kain baju. Belambak lagi tak siap" Puan Hawa melangkah meninggalkan mereka.

Jabir mengambil biskut itu lalu dihala ke arah Kausar. "Mama tak boleh makan lagi. Mama kan puasa. Nanti dah buka puasa baru boleh makan. Jabir nak??" Jabir menggeleng.

Puan Nadia , ibu kepada Zakwan menghampiri Kausar. Sempat dia menjeling ke arah Kausar. "Kesian noh hang. Mai kampung kena buli buat kuih qaya. Tak tau la sedap ka dak" sinis Puan Nadia.

Kausar mengangkat wajahnya lalu tersenyum. "Mana ada diorang buli saya. Saya yang offer diri saya nak buat biskut raya ni. Lagipun dah lama saya tak buat biskut raya" jawab Kausar.

Puan Nadia menjeling. "Huhh mohong sangat aihh. Oqang bandaq mana tau buat kuih qaya ni. Qenyah. Depa tau beli kat kedai ja. Lagi lagi kalau hat berduit lagu hang ni" sinis Puan Nadia.

"Takde la. Dulu masa kecik , setiap tahun bonda buat biskut raya. Bonda cakap kalau buat sendiri lagi sedap. Puas hati" jawab Kausar.

"Entah entah buat pun sebab kedekut paa. Sama lagu bakal mak mertua hang tu. Tak paham la aku dengan oqang kaya ni. Belagak lagu pa lagi" bebel Puan Nadia.

Dahi Kausar berkerut. 'Orang tua ni macam mental je' bisik hati Kausar.

"Ibu kedekut?? Bukan ibu selalu bagi duit dekat mak long ke??" sapa Thaqif. Dia menyarung selipar lalu menghampiri mereka. "Takkan la sebab ibu tak bagi mak long RM50k semata mata nak beli kereta mewah , terus mak long nak cop ibu kedekut. Lagipun ibu bukannya adik beradik mak long. Sepupu je kan" sinis Thaqif sambil tersengih.

"Aku tak kelapaq la duit hampa. Aku ni ada ja duit. Cuma malaih nak tunjuk ja. Tanah aku pun belambak. Bila bila masa ja boleh juai" riak Puan Nadia.

"Bagus la" Thaqif memandang ke arah Kausar yang menyusun biskut ke dalam bekas. "Banyak lagi ke sayang??"

Panas hati Puan Nadia disitu. "Ni hampa bila nak kahwin. Elok la kahwin. Malu la dekat oqang. Hang soqang anak daqa dekat qumah ni. Buatnya kena tangkap basah. Malu satu kampung oii. Tau tau esok bunting ja" sinis Puan Nadia.

Thaqif tersentak. "Apa masalah maklong nak cakap Kausar macam tu?? Dekat rumah ni bukan Qiff sorang je ada. Ada tok. Anak maklong pun ada. Jangan nak buat fitnah bulan bulan puasa ni. Baik maklong banyakkan ibadah maklong" sinis Thaqif.

Puan Hawa menghampiri mereka. "Awat hang dok kalut sangat hal tepi kain oqang?? Depa bukan mai buat maksiat pun. Aku ada. Pandai aku jaga depa" sampuk Puan Hawa.

Puan Nadia terdiam. "Dah la. Balik dulu mak" Dia melangkah meninggalkan mereka.

Puan Hawa memandang ke arah Kausar. "Kausar , toksah dok dengaq sangat cakap dia. Besa la duduk kampung. Makcik bawang di mana mana" Kausar tersengih. Dia kembali membuat kerjanya yang tertangguh dan dibantu oleh Thaqif.

Puan Hawa memandang ke arah bekas yang sudah siap dipacking. "Hat ni dah boleh pi hantaq dah. Zakwan!!" panggil Puan Hawa.

Zakwan melangkah menghampiri mereka. "Ehh awak dah buat kuih ka?? Awat tak tunggu abang?? Abang pandai je buat kuih" Zakwan mengambil tempat disebelah Kausar. Kausar memandang ke arah Thaqif yang merenung tajam ke arahnya.

"Ni toksah la nak menolong sangat. Ni pi hantaq kuih qaya ni. Alamat pun tok dah letak dekat situ" arah Puan Hawa.

"Ala tok. Wan nak teman Kausar buat kuih lagi ni"

"Ehh takpe. Saya boleh buat sorang" tolak Kausar. Dia memandang ke arah Thaqif sekilas.

"Takpe la tok. Biar Qiff yang hantar"

"Kalau lagutu bawak Kausar sekali. Kuih tu satgi boleh buat. Bawak Jabir jugak. Takut satgi dia qeyau. Sapa nak pujuk?? Tok banyak lagi qeja"

Kausar terpinga pinga. "Laa biaq la Kausar dok qumah tok. Biar Qiff pi soqang" bantah Zakwan.

Thaqif membuat isyarat mata tanda mahu Kausar mengikutnya. Bekas itu dicapai. "Tok , kami pi dulu" kata Thaqif lalu melangkah meninggalkan mereka. Kausar mengikut langkah Thaqif dari belakang.

Zakwan tergamam. "Haa hang nak buat kuih sangat kan?? Buat la. Tok naik ataih dulu" Puan Hawa melangkah meninggalkan Zakwan keseorangan. Zakwan mengaru kepalanya sambil memandang ke arah biskut raya yang masih belum siap dibakar.

•••

Kausar menyerahkan biskut raya kepada pelanggannya. Duit yang diserahkan diambil. "Terima kasih" ucap Kausar. Kausar menoleh. Matanya tertumpu ke arah Thaqif yang termenung sambil memandang ke arah sawah padi.

Kausar mendekati Thaqif. "Pakcik, dah"

Thaqif menoleh. "Jom la balik" Mereka melangkah pulang ke rumah Puan Hawa. Semasa perjalanan pulang , Thaqif langsung tidak bersuara.

Hairan Kausar. Selalunya ada sahaja bende nak bergaduh. Tiba tiba hari ini senyap. "Pakcik okay ke??" tanya Kausar.

Langkah mereka terhenti. Thaqif merenung lama wajah Kausar. "Kau ada apa apa ke dengan Zakwan??"

Dahi Kausar berkerut. Hampir ketawa mendengar soalan Thaqif. "Takde la"

"Betul??" Kausar mengangguk laju. "Habistu kenapa aku tengok dia lain macam je dia layan kau?? Kau jangan macam macam. Kau tau kan dia playboy. Tak sia sia kau jadi janda muda nanti. Kau nak??"

"Apa la pakcik ni. Dekat sepupu sendiri pun nak cemburu"

"Mesti la. Kau tu aku punya"

Kausar memeluk tubuhnya. "Dulu je. Sekarang tak. Pakcik lupa ke saya ni kekasih kepada Iman Rizq. Kawan baik pakcik. Lupa??"

Thaqif tersenyum sinis. "Ada aku kisah. Selagi dia tak merisik kau. Selagi tu aku boleh rampas. Kisah apa aku. Kawan ataupun tak" selamba Thaqif.

Dahi Kausar berkerut. Kepalanya digeleng perlahan. 'Betul betul dah sewel jantan ni. Kesian' kutuk Kausar. "Tak payah nak merepek pakcik. Bulan bulan puasa ni lebih baik kita fokus ibadah. Bukannya gatal nak kahwin" sinis Kausar.

"Elehh. Macam la kau tak gatal. Kau sebenarnya nak kahwin dengan aku kan??" usik Thaqif. Kausar menjeling. Ada juga yang kena campak masuk sawah. Kausar melangkah meninggalkan Thaqif. Semakin lama dia melayan karenah Thaqif semakin sewel mamat itu.

PEMILIK HATI ENCIK DUDA [COMPLETED]Where stories live. Discover now