PHED || BAB 5

36.6K 1.7K 108
                                    

Kereta Thaqif memasuki perkarangan rumahnya. Pandangan Kausar ke arah luar tingkap. Thaqif memandang ke arah Kausar. "Jom la keluar"

Kausar memandang sekilas ke arah Thaqif lalu mengukir senyuman kelat. Pintu kereta itu dibuka. Matanya tidak lekang memandang sekeliling halaman rumah itu.

"Kita dekat mana ni??"

"Ini rumah aku. Memandangkan dah lewat malam , aku tak boleh biar kau sorang sorang dekat luar. Kang kena culik ke , kena rogol ke. Kau nak??" Kausar menggeleng laju.

"So jom masuk rumah aku" Thaqif melangkah menuju ke pintu masuk. Dia menoleh badannya semula melihat Kausar yang masih terkaku berdiri disitu. "Ape lagi kau tunggu?? Nak aku dukung kau??"

Kausar menggeleng. "Ermm pakcik. Kalau saya duduk rumah pakcik , berdua dengan pakcik. Tak ke sama macam saya duduk dekat luar sana??"

Thaqif mengeluh. Pintu masuk terbuka. "Hey Qiff buat ape lagi dekat luar??" Tanya Puan Nawra. Pandangan Puan Nawra beralih ke arah Kausar. "Lah ada tetamu ke. Qiff kenapa tak jemput dia masuk?? Meh sini masuk"

Kausar melemparkan senyuman kelat. Dia masih ragu ragu untuk melangkah masuk. Puan Nawra mencapai tangannya lalu membawa Kausar masuk ke dalam rumah itu.

Mereka menuju ke ruang tamu lalu duduk di salah satu sofa. "Cantik , pengganti baru ke??" tanya Puan Nawra. Dahi Thaqif berkerut. "Girlfriend baru ke??" Tanya Puan Nawra lagi.

"Ehh bukan makcik. Saya dengan pakcik takde apa apa hubungan pun. Pakcik tolong saya tadi" terang Kausar gelabah.

Puan Nawra menahan tawa apabila mendengar gadis itu mengelar anaknya itu sebagai pakcik. "Siapa nama kamu??"

"ermm makcik boleh panggil saya Kausar"

"Panggil makcik , ibu je. Macam mana Kausar boleh ikut pakcik balik sini??" Tanya Puan Nawra. Dia perasan yang anak tunggalnya itu sedang menjeling ke arahnya.

"Tadi dia mintak tolong Qiff hantarkan dia tapi dia sendiri tak tau dia nak pergi mana. So Qiff bawak la dia balik rumah. Lagipun dah malam. Bahaya" terang Thaqif.

"Ni aku nak tanya kau , kau buat ape dekat situ?? Kawasan itu banyak penjenayah tau. Entah entah kau pun penjenayah. Kau tau aku ni orang kaya so kau pura pura mintak tolong. Jadi kau boleh la rompak rumah aku kan??" Tuduh Thaqif.

"Mulut pakcik tu baik sikit ehh. Main tuduh tuduh orang pulak" dingin Kausar.

"Entah Qiff ni. Cuba la tanya elok elok" backup Puan Nawra. "Kausar cuba cerita dekat kami"

Kausar menunduk. Suasana menjadi sepi. "Sebenarnya saya kena halau" Kausar bersuara selepas beberapa minit mendiamkan diri.

"Halau?? Siapa halau kau?? Penyewa rumah ke?? Sebab tu kau cakap kau takde rumah??" Tanya Thaqif bertubi tubi. Puan Nawra menampar lembut paha Thaqif.

Kausar menggeleng. "Bukan dengan penyewa rumah tapi dengan...dengan" Lidahnya tiba tiba menjadi kelu. Peristiwa dihalau oleh bapanya segar diingatan kembali.

"Dengan ape??" Tempik Thaqif sambil menepuk meja dihadapannya. Puan Nawra menampar lembut lengan Thaqif sambil menjeling ke arah anak tunggalnya itu. Kepalanya juga digeleng perlahan.

"Dengan baba saya" latah Kausar akibat terkejut dengan hentakan meja itu. Dahi Thaqif berkerut. Kausar berdeham. "Bapa saya yang halau saya dari rumah. Jadi sekarang saya tak tau saya nak pergi mana. Diorang je family yang saya ada" terang Kausar.

Air matanya mula bertakung. "Jap. Mesti ada sebab kan dia halau kau. Takkan la dia halau kau saja-saja" tanya Thaqif dengan nada yang pelik.

Kausar menjongket bahunya. "Entah saya pun tak tau ape salah saya" Thaqif menepuk dahinya. Satu keluhan berat dilepaskan. Dia berfikir sejenak.

"Macam ni la. Malam ni kau bermalam je dekat sini dulu. Esok pagi aku hantar kau balik rumah parents kau. Aku try slow talk dengan bapa kau. Lagipun aku tak boleh bagi kau duduk sini. Takut parents kau buat report polis ke nanti. Tau tau aku pulak yang kena tangkap. Tapi kalau bapa kau betul betul dah halau kau , aku tak boleh nak buat ape la" cadang Thaqif.

"Terima kasih , pakcik" ucap Kausar.

Thaqif bangun daripada duduk. "Ibu , Qiff masuk tidur dulu. Selamat malam , ibu" Ucap Thaqif lalu mencium kedua dua belah pipi Puan Nawra. Kausar sekadar memerhati. Ingatannya mula teringat ibunya. Selalunya Kausar akan tidur di sebelah ibunya sambil memeluk erat tubuh ibunya. Kini semua itu sekadar kenangan.

"Kausar" panggil Puan Nawra. Telinga Kausar dapat menangkap suara Puan Nawra. Lamunannya terhenti. Dia memandang sekeliling. Kelibat Thaqif sudah pun hilang dari pandangan. Senyuman tawar dilemparkan pada Puan Nawra. "Ibu dah suruh Mak Som kemaskan bilik untuk Kausar rehat."

"Terima kasih, ibu sebab bagi Kausar bermalam dekat sini" Ucap Kausar.

"Sama sama" Mata Puan Nawra tidak lekang memandang Kausar. Cara pakaian dan percakapan Kausar yang sopan itu membuatkan dia tersentuh hati. "Boleh ibu tanya something??" Kausar mengangguk laju. "Kenapa Kausar panggil anak ibu tu pakcik??" tanya Puan Nawra.

Kausar tersengih. "Ermm mungkin dari segi pakaian dia. Ibu tengok la dengan kain pelikat. Kopiah yang dia pakai. Jambang dekat muka lagi. Nampak macam pakcik pakcik kan" jujur Kausar. Puan Nawra ketawa terbahak-bahak. "Ibu marah ke??"

Puan Nawra menggeleng. "Ibu setuju kalau Kausar cakap macam tu. Biar dia sedar sikit." sokong Puan Nawra.

Thaqif yang mencuri curi dengar di sebalik dinding, membuat muka menyampah. Dia melangkah menuju ke bilik tidurnya. Pintu bilik dibuka lalu dia menuju ke katilnya. Badannya dihempas ke katil.

Jabir yang terbaring disebelah dipeluk. Fikirannya mula melayang. Telinganya masih tergiang-giang suara Kausar. Mukanya bertukar menjadi kelat. "Muka daddy macam pakcik pakcik ke, Jabir?? Ada ke muka macam ni dia cakap macam pakcik pakcik. Nampak style ape ada jambang dekat muka" omel Thaqif sendirian. Tangannya mengusap rahangnya yang penuh dengan jambang.

Thaqif mendecis. "Padahal dia yang pakai macam makcik makcik. Zaman bila pakai baju kurung?? Tak moden langsung. Dengan tudung bawal. Eyy so low class. Kan Jabir kan??" omelnya lagi.

PEMILIK HATI ENCIK DUDA [COMPLETED]Where stories live. Discover now