PHED || BAB 7

37.4K 1.6K 32
                                    

Pintu utama terbuka. Puan Nawra merenung wajah muram Kausar. Tangannya di depa luas. Kausar lantas memeluk erat tubuh Puan Nawra. Tangisannya juga dilepaskan dibahu Puan Nawra.

Kausar dapat merasa kehadirannya ibunya apabila dia berpelukan dengan Puan Nawra. Terasa seperti lepas rindunya terhadap ibunya.

Pelukan mereka dilepaskan. "Kausar jangan sedih sedih okay?? Kausar still ada ibu yang boleh jaga Kausar , sayang Kausar" pujuk Puan Nawra.

Kausar melemparkan senyuman tawar. "Terima kasih ibu. Bagi Kausar tumpang berteduh dekat sini" ucap Kausar.

"Ehh ape pulak tumpang. Sekarang ni Kausar anak ibu. Jadi Kausar boleh duduk lama mana Kausar nak. Lagipun ibu takde anak perempuan. Ada Kausar seronok la ibu" kata Puan Nawra.

Thaqif memusing bola matanya. "Lepasni Qiff ni diketepikan la. Maklum la dah ada anak baru" sindir Thaqif. Puan Nawra menampar lengan anaknya lembut.

Thaqif tersengih. Matanya memandang sekeliling. "Ibu , mana Jabir?? Tidur ehh" tanya Thaqif.

"Iye la. Tengah tidur"

Thaqif mengangguk perlahan. "Kalau macam tu Qiff naik atas dulu la. Nak kacau Jabir tidur" kata Thaqif sambil tersengih lalu berlari menaiki tangga.

Puan Nawra menggeleng kepalanya perlahan. Dia memandang ke arah Kausar yang termenung jauh. "Kausar , kalau nak rehat , pergi la. Ibu nak pergi masak untuk makan malam"

"Kausar nak tolong"

"Takpe. Tak payah. Nanti mengamuk singa dekat atas tu. Dia bukannya boleh kalau orang lain yang masak dekat dia. Air tangan ibu jugak dia nak makan. Kausar pergi je rehat ye" Kausar mengangguk.

Kakinya perlahan lahan menuju ke arah biliknya. Pintu bilik dibuka. Kakinya melangkah ke arah katil lalu badannya dihempas ke atas katil. Fikirannya mula melayang. Matanya semakin lama semakin berat. Akhirnya dia tertidur.

•••

Bunyi tangisan bayi yang kuat membuatkan Kausar terjaga dari tidurnya. Jam di dinding dipandang. Sekarang jam menunjukkan tepat pukul 9 malam. "Ehh Ya Allah. Lamanya aku tidur"

Dia terus menggelabah. Katilnya dikemas lalu berlari keluar dari bilik. Terasa malu pula apabila membiarkan Puan Nawra masak berseorangan. Yang dia pula sedap tidur dalam bilik.

Semasa dia melangkah ke ruang tamu , dahinya berkerut. Telinganya dari tadi dapat menangkap suara tangisan bayi. Kausar memandang ke tingkat atas. Pasti bunyi tangisan itu datang dari tingkat atas.

Kakinya perlahan lahan menaiki tangga dan menuju ke arah bunyi tersebut. Sampai sahaja dia disatu bilik , matanya memandang ke arah Puan Nawra dan Thaqif sedang memujuk bayi yang sedang menangis teresak esak. Thaqif mengendong bayi itu sambil memujuk bayi itu dari terus menangis.

Kausar menghampiri mereka. "Meh sini saya tolong" Thaqif memandang ke arah Kausar. Bayi itu bertukar tangan.

Kausar terus mengendong bayi tersebut sambil memujuk bayi itu. Lama kelamaan bayi itu senyap daripada menangis. Puan Nawra dan Thaqif memandang sesama sendiri. Puan Nawra terus menarik Thaqif keluar dari bilik tersebut. Pintu bilik itu ditutup.

"Nape ibu??"

Bibir Puan Nawra tidak lekang dengan senyuman. "Suka la ibu tengok Kausar dengan Jabir. Macam ibu dengan anak" kata Puan Nawra sambil ketawa kecil.

"Ibu jangan start" Thaqif memberi amaran. Tangannya mencekak pinggang.

"Ala ape salahnya. Thaqif pun tengah single kan sekarang" usik Puan Nawra sambil mengangkat kening. Thaqif menjeling ke arah Puan Nawra yang tersengih seperti kerang busuk.

PEMILIK HATI ENCIK DUDA [COMPLETED]Where stories live. Discover now