10 (NEW)

201 33 95
                                    

"DAHSYAT juga kan hujan semalam. Apartment aku black out hampir tiga jam juga. Punyalah aku tengah syok layan K-drama, nak pula scene sweet sweet tengah main, pap!"

Refleks mata Adelia terpejam apabila Iman menepuk tangannya tepat pada wajah Adelia.

"Gelap gelita! Lepastu, aku dengar bunyi orang mengaji. Aku dah cuak!" Lengan Adelia digoncang kuat oleh Iman dan Adelia hanya merelakan sahaja tindakan Iman itu.

"Sebab seingat aku, mak aku tidur awal. Aku nak keluar bilik? Memang taklah. Punyalah aku takut, aku peluk bantal pingu aku sampai tak ada rupa pingu kau tahu? Biasalah orang single, kan? Nak peluk Lee Taeyong pun tak boleh, kitorang kan LDR. Lainlah orang tu..."

Mata Iman mencerlung ke arah Adelia yang tiba-tiba berkerut dahi mendengar cerita atau sebenar-benarnya luahan dia bakal single sampai mampos. Tak habis-habis dia mahu berdengki dengan Adelia.

"Semalam apartment kau black out jugak ke?"

Adelia angguk. "Kenapa?"

"Tak adalah, kau kan takut gelap. Lepastu dengan petir lagi. Manalah tahukan kalau-kalau kau paksa laki kau peluk ke? Kau peluk dia ke? Aku ingat lagi masa kita duduk serumah dulu-dulu, kemain kau peluk aku. Aku tak bergerak macam tiang kau tau?"

"No! Paling desperate semalam, aku suruh dia teman aku je. Duduk dekat-dekat macam tu." potong Adelia. Sepasang matanya turut membulat. Terasa ada bahang pada pipinya sekarang. Argh! Boleh pula si Iman sebut pasal tu.

Mulut Iman membulat seraya terangguk-angguk. "Maksudnya kau dah berbaik dengan dialah?"

"Memandai. Tak adanya aku nak berbaik dengan dia. Kau fikir hidup kat realiti ni seindah K-drama kau?" Cemberut terus Adelia ketika ini.

Menyampah!

"Iyalah, indah. Cuma kau tu, tak mengindahkan suasana."

"Jijiklah peluk-peluk ni."

"Eleh, you hug someone sebab kau rasa selamat dengan dia. Just saying cause aku rasa macam tu." Iman angkat bahu, dia tersenyum lebar. Bangga dengan diri sendiri, petah berkata-kata dalam hal love language.

Kedua-dua telinga Adelia tekap dengan tangannya. Tiba-tiba rasa nak hempuk kepala kat dinding, geli pula bila Iman bahas pasal ni. Tambah pula dia peluk Juyeon semalam, memang merah macam tomato terus muka dia.

"Tak nak dengar, tak nak dengar!"

Tetapi siapa tahu? Dia tak dapat menipu diri sendiri, dia tak boleh menafikan yang dia rasa selesa dan selamat bila Juyeon ada disisinya. Lelaki itu seperti pelindungnya. Pelindung yang Allah hadirkan untuk seumur hidupnya.

InshaAllah.


LOCENG rumah berbunyi beberapa kali. Juyeon menghela nafas panjang, dia baru sahaja sampai di rumah. Pakaian kerja masih belum ditukar, tambah lagi dengan rasa penat yang melampau. Boleh pula ada yang tekan loceng!?

Dengan langkah yang longlai, dia menuju ke pintu, dengan harapan bunyi tadi daripada loceng rumah orang lain.

Pintu rumah dibuka, figura Puan Maryam menyapa pandangan. Terus dia sambut tangan wanita itu. Tubuh Puan Maryam dipeluk erat, bagai tak mahu lepas.

Penat tadi tiba-tiba saja hilang. Seraut wajah yang dia rindu akhir-akhir ini muncul di hadapan rumahnya.

"Amboi, rindu sangat ni. Adel mana? Tak balik kerja lagi ke?" Puan Maryam bertanya, belakang tubuh anak tunggalnya itu ditepuk lembut. Masuk saja ke dalam, terus Puan Maryam mencari susuk tubuh Adelia.

(RE) Silent - Lee JuyeonWhere stories live. Discover now