PHED || BAB 9

37.9K 1.7K 123
                                    

Kausar melangkah masuk ke dalam bilik tidur. Tubuh kecil Jabir diletakkan diatas katil. Punggungnya juga dihempas ke atas katil. Kausar mula termenung seketika. Teringat peristiwa dalam kereta sebentar tadi.

Dia mendecis. Pandangannya teralih ke arah Jabir yang seronok bermain dengan tangannya sendiri. "Daddy Jabir tu kenapa?? Kejap okay. Kejap muka ketat. Ke memang orang tua perangai macam tu?? Bad mood memanjang. Patut la muka tu penuh kedut macam orang tua" sempat Kausar mengutuk Thaqif.

Tiba tiba pintu biliknya diketuk. "Kejap ehh Jabir" Kausar berlari anak menuju ke pintu biliknya lalu membuka pintu bilik itu. Dia tergamam melihat Thaqif betul betul berada di hadapan biliknya.

Lidah Kausar kelu. Satu patah perkataan pun tidak keluar dari mulutnya. Bibirnya digigit. 'Aduh. Agak agaknya dia dengar tak aku kutuk dia?? Tu la Kausar. Sedap sangat kutuk orang' bisik hati Kausar.

Thaqif merendahkan badannya lalu merapatkan tubuhnya dengan Kausar. Terbeliak mata Kausar. Nafasnya laju. "Mana anak aku??"

"Ermm...aaa..ada dekat dalam" gagap Kausar. Mukanya mula merah. "Pakcik..nak ambik Jabir ke?? Kejap saya ambik" Baru sahaja Kausar mahu melangkah , Thaqif menahannya.

"Aku nak jumpa kau"

Langkah Kausar terhenti. Dia berdiri kaku memandang Thaqif. "Ada ape??"

"Bak phone kau"

"Haa??"

"Bak sini phone kau" ulang Thaqif.

"Tapi pakcik nak buat ape dengan phone saya??" Tanya Kausar. Dahinya berkerut seribu.

"Bagi je la" dingin Thaqif. Kausar menggaru kepalanya yang tidak gatal. Kakinya melangkah menuju ke katilnya lalu mencapai telefon bimbitnya.

Dia kembali menghampiri Thaqif. Telefon bimbitnya diserahkan kepada Thaqif. Thaqif mencapai telefon bimbit itu lalu tersengih. "Kau ni memang makcik makcik la" selamba Thaqif.

Dahi Kausar berkerut. "Aku tak sangka zaman sekarang ni ada lagi yang pakai phone buruk ni. Ehh zaman sekarang ni phone ni orang buat lempar dekat anjing tau." Sindir Thaqif.

Kausar merampas telefon bimbitnya semula. "Pakcik cakap ape , nak lempar dekat anjing. Kalau saya , saya nak sumbat dalam mulut pakcik yang busuk tu. Biar bisu. Bercakap macam orang takde perasaan" marah Kausar.

Kata kata Kausar tidak diendahkan. Malas mahu bertekak dengan gadis itu. Thaqif merampas telefon bimbit Kausar semula. Nombornya di dail. "Aku dah masukkan nombor aku. Call aku kalau ada masalah tapi berkaitan dengan anak aku. SAHAJA" tegas Thaqif.

Dia menyerah kembali telefon bimbit itu kepada Kausar lalu melangkah menuju ke bilik tidurnya semula. Kausar mencekak pinggangnya. "Ape masalah orang tua ni sebenarnya??" Kepalanya digeleng. Pintu biliknya ditutup semula.

•••

Thaqif berlari lari anak memasuki halaman rumahnya. Dia bersandar di keretanya sambil termengah-mengah. Memang setiap minggu rutin hariannya adalah berjoging. Nak sihat lah katakan.

Tiba tiba ada tangan yang menepuk bahunya dari belakang. Dia menoleh. "Oi baru balik jogging ke??" Sapa Iman.

Dahi Thaqif berkerut. Tangannya mencekak pinggang. "Kau buat ape dekat rumah aku?? Tak pernah pernah kau datang rumah aku. Lagi lagi hari minggu ni. Bukan ke selalunya kau membongkang atas katil lagi" sinis Thaqif.

"Itu dulu. Sekarang aku dah tak macam tu" Mereka melangkah masuk ke dalam rumah. Mata Iman dapat menangkap kelibat Kausar yang sibuk menghidang makanan untuk sarapan pagi. "Sekarang aku rasa perut aku lapar sangat. Aku pergi dapur kejap"

PEMILIK HATI ENCIK DUDA [COMPLETED]Where stories live. Discover now