PHED || BAB 10

36.3K 1.8K 136
                                    

Tangan Iman mengetuk bertubi tubi pintu bilik Thaqif lalu membuka pintu bilik itu. Thaqif mengangkat wajahnya apabila melihat pintu bilik terbuka. Iman sempat tersengih ke arahnya lalu melangkah masuk ke dalam bilik Thaqif.

"Ape mimpi kau datang bilik aku ni??" Tanya Thaqif sambil tangannya sibuk membuat kerja. Iman masih lagi tersengih memandang Thaqif.

"Aku bosan la duduk bilik aku. Aku datang sini nak borak borak. Nak chill chill"

Thaqif tersenyum sekilas. "Aku ni kan kadang kadang confuse juga. Ini syarikat kau ke syarikat aku?? Kau punya chill tu macam kau yang bos. Bukan aku" sinis Thaqif.

Iman tersengih. "Ala chill la. Kita kerja tak boleh stress stress. Nanti boleh kena sakit mental" Thaqif menggeleng kepalanya. Malas mahu berdebat mulut dengan kawan baiknya itu. Tangannya masih lincah membuat kerjanya. "Qiff" panggil Iman.

"Ape??"

"Kausar okay ke kerja dengan kau??" Tanya Iman. Sebenarnya itu tujuan utama mengapa dia ingin berjumpa dengan Thaqif.

"Kausar??" Mereka dapat menangkap suara seseorang. Mereka menoleh memandang Uqasha. "Siapa Kausar??" Tanya Uqasha lagi.

"Kausar tu pekerja Qiff. Kausar la yang jaga anak Qiff sekarang. Kalau kau nak tau Kausar tu cun wehh. Kening lebat. Hidung mancung. Macam bidadari jatuh dari langit." Terang Iman.

Uqasha melemparkan senyuman tawar. Nama Kausar mengingatkannya tentang seseorang yang sudah lama dia tidak bertemu. Fikirannya mula melayang.

"Along jangan tinggalkan adik tau??"

Puan Orked menghampiri mereka. "Mana boleh macam tu. Macam mana kalau along dah kahwin nanti?? Takkan adik nak melekat dengan along??"

Kausar menggeleng kepalanya laju. "Tak boleh. Along dah janjikan tak tinggalkan adik. Adik cuma ada along dengan bonda je. Baba bukannya sayang kita dah" Kausar mencebik.

Uqasha tersenyum tawar. "Adik tak baik cakap macam tu. Baba sayang kita lagi la. Kalau tak , takkan baba bagi kita tempat tinggal , makanan , pakaian. Kita patut bersyukur baba tak halau kita" nasihat Uqasha.

"Tapi baba dah kahwin dengan orang lain. Baba dah tak sayang bonda. Maknanya baba tak sayang kita juga" Mereka bertiga terdiam sambil memandang sesama sendiri.

Bunyi ketukan meja mematikan lamunan Uqasha. "Kau berangan ape?? Mesti teringat dekat awek semalam. Kan kan kan??" Usik Iman.

"Takde maknanya. Aku cuma teringatkan pasal projek yang kita tengah handle sekarang. Aku nak jumpa kau Qiff sebab aku nak tanya pasal projek baru kita la" selindung Uqasha.

Fikirannya masih teringat tentang keluarganya yang jauh dari pangkuan. 'Apa khabar mereka sekarang?? Harap semuanya baik baik.' Bisik hati Uqasha. Senyuman tawar dilemparkan.

•••

Thaqif mencari kelibat Kausar disekitar dapur. Kakinya mula melangkah menuju ke ruang tamu. Dari jauh dia dapat melihat kelibat Kausar yang seronok bermain dengan anaknya itu. Kakinya mula melangkah mendekati gadis itu.

"Nonna" panggil Thaqif.

Kausar menoleh sambil dahinya berkerut. "Pakcik panggil saya ke??" Thaqif mengangguk. "Tapi kenapa panggil saya nonna?? Nama saya Kausar la" tegur Kausar. Kausar , Nonna. Jauh kot.

"Nonna dalam bahasa Itali maksud dia adalah nenek. So panggilan nonna tu sesuai la dengan kau"

"Kenapa pulak??" Tanya Kausar dengan nada yang tidak puas hati. Sesuka hati je nak gelar orang itu ini.

PEMILIK HATI ENCIK DUDA [COMPLETED]Where stories live. Discover now