PHED || BAB 12

34.8K 1.6K 49
                                    

Selesai sahaja Kausar mandikan Jabir , dia mendukung Jabir lalu diletakkan diatas katilnya. Kakinya melangkah menuju ke almari baju.

Pintu almari itu dibuka. Dia agak tergamam melihat baju baju Jabir di almari itu. Hampir keseluruhannya berwarna hitam. Kalau satu dua sahaja tidak mengapa juga. Ini semua hitam.

Tangannya mencekak pinggang. "Memang warna ini je ke yang ada?? Tau la hitam itu premium. Tak payah la sampai baju anak pun nak premium juga" omel Kausar.

Tangan Kausar mencapai baju itu lalu menghampiri Jabir. Baju itu disarungkan pada anak kecil itu. Sempat dia membaca tulisan di baju itu. "I love daddy" Kausar tersengih. "Wahh dah handsome dah sayang aunty ni" puji Kausar.

"Mesti la handsome. Tengok la siapa nenek dia kan" celah Puan Nawra dari belakang. Kakinya melangkah menghampiri mereka. Kausar tersengih.

"Kausar nak keluar dengan Iman kan??" Kausar mengangguk. "Dah minta izin Thaqif ke?? Takut nanti dia mengamuk pulak. Macam la Kausar tak tau perangai dia macam mana"

"Kausar dah minta izin dia dah cuma dia tak reply. Busy kot"

Puan Nawra mencapai tubuh kecil Jabir. "Cucu nenek dah wangi dah ye. Nak keluar jalan jalan dengan Uncle Iman dengan Aunty Kausar ye" Puan Nawra mencium kedua dua belah pipi Jabir. "Kausar , hati hati bawa Jabir ni keluar. Nanti ape ape call je ibu. Jangan call Thaqif. Takut dia mengamuk pula",

"Menurut perintah" Mereka ketawa.

•••

Mereka mengambil tempat duduk di restoran disitu. Sementara menunggu makanan yang dipesan sampai , mereka sempat berbual kosong. "ohh sebab itu ke awak panggil dia pakcik??" Mereka ketawa terbahak-bahak.

"So macam mana kerja dengan Thaqif?? Okay?? Dia ada marah marah awak tak??" Tanya Iman.

"Okay la. Not bad. Kalau pasal marah tu , hari hari. Ada je dekat mata dia yang tak kena"

"Thaqif tu memang macam tu. Tegas. Muka tu dah macam singa. Awak tengok la rambut dengan jambang dia. Sesuai sangat" kutuk Iman. Mereka kembali ketawa.

"Tapi kan saya tengok awak macam free je. Macam takde kerja. Pakcik tu saya tengok macam busy kalah menteri."

Iman tersengih. "Itu la kelebihan bekerja dengan member sendiri. Hahaha. Takde la. Saya memang takde kerja harini. Sebab tu saya boleh teman awak. Teman Jabir"

Mata mereka tertumpu ke arah Jabir yang nyenyak tidur di atas kereta sorong bayi. "Terima kasih tau awak sebab teman saya jalan jalan" ucap Kausar.

"No hal la"

Tiba tiba bahu Iman ditepuk seseorang. Iman menoleh. "Ehh bro" Riak wajah Thaqif dingin terus duduk disebelah Iman. Matanya merenung tajam ke arah Kausar.

Thaqif keluar daripada bilik mesyuaratnya. Telefon pintarnya dicapai. Matanya tertumpu ke arah mesej yang dihantar oleh Kausar. "Pukul 3 petang. Huh. Aku dah cakap. Menyusahkan betul la dia ni. Kalau ada whatsapp kan senang. Aku ni dah la jarang tengok mesej" omel Thaqif.

Dia mula membaca mesej itu.

Saya keluar dengan Iman. Jangan risau. Saya bawa Jabir sekali. -Nonna Kausar-

Thaqif terus bergegas keluar daripada pejabatnya lalu menuju ke kereta. Enjin kereta dihidupkan lalu meluncur laju keluar dari kawasan pejabatnya itu.

PEMILIK HATI ENCIK DUDA [COMPLETED]Où les histoires vivent. Découvrez maintenant