𝐁𝐚𝐛 8 : 𝐒𝐮𝐝𝐢𝐤𝐚𝐡 𝐄𝐧𝐠𝐤𝐚𝐮 𝐅𝐥𝐲 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚𝐤𝐮

757 57 24
                                    

"BANGUN, BANGUN DAH PUKUL BERAPA NI" Mawar melaung dengan sekuatnya untuk bangunkan kawan-kawan kesayangannya.

"OH MAK KAU AH MAK KAU eh mak apa eh- oi tak boleh kejut pelan-pelan ke. Kang sakit jantung aku ni." terkejut Lisa dibuatnya sambil melatah. Mawar hanya tensengih. "Haha saja jer, kan hari ini first class kita dengan dak2 Kudrat".

"ERGHH malas siak nak gi kelas. tak leh cuti lama lagi ker" Maya merungut sambil menghempuk mukanya dengan bantal.

"Eh cik adik oi. Takde kelas pun kena bangun awal yer. Solat subuh." kata Fiya sambil mengambil baldi yang diisi barang mandinya.

"Aku cuti lah" balas Maya, mengetepikan bantalnya.

"Ye lah tu." kata Kasih yang sedang mengemas katilnya.

"Ye lah ish" kata Maya sambil mengerutkan dahi. "Dah, dah tak yah gaduh. Fiya, Kasih, Lisa jom gi mandi abis tu gi surau. Maya, kau jangan nak sambung tidur. Gi mandi jugak. Abis tu sambil tunggu gi buat latihan kau. Aku tau kau tak habis kan. Habis kan kalau tak Puan Rita marah." arah Mawar kepada mereka. Dah macam mak-mak. Lalu dia keluar dari dorm.

Hari ini, akhirnya kelas akan berlangsung, selepas kedatangan Kudrat. Hari pertama pelajar-pelajar Kalista belajar bersama pelajar-pelajar lelaki yang baru hadir di sekolah mereka. Mawar, Fiya dan Lisa sekelas bersama Kahar dan Hakeem manakala Maya dan Kasih sekelas dengan Zahrin dan Fahmi.

Di kelas 5A, kelas Mawar, Puan Rita meletakkan Mawar dan Kahar bersebelahan. Tetapi meja tidaklah dekat. Meja diatur satu-satu. Mawar lega kerana dia risau dia akan terganggu dengan Kahar. Iyalah, budak lelaki kan selalunya nakal.

Mawar sedang melukis di kertasnya, tidak menghiraukan apa yang diajar dalam kelas. Dia sudah belajar topik itu sendiri. Maklumlah, budak pandai. Sedang dia melukis bunga kegemarannya, iaitu bunga ros, atau mawar, dia mendengar bisikan.

"psst, psst" Dia menoleh ke kanan, melihat Kahar dengan lengannya dihulurkan, memegang satu kertas post-it. Mawar mengambilnya.

"hii cantik. bosan ah" ditulis di kertas post-it tersebut.

"psst,psst kau ingat aku kucing ker" tulis Mawar dan pulangkan kertas post-it itu. Dan ia berulang.

"hah ah. kau macam kucing, comel, tapi garang (rawr)"

"tiber ah kau. buat kacau jer"

"tu pun nak marah :("

":P'

"oh, mawar yang jelita, sudikah engkau fly bersamaku malam ni?"

"hmm, tiber jer kau. fly gi mana?"

"singapore."

Mawar membuat muka tidak terhibur. Kahar tergelak kecil, Mawar kembalikan kertas itu.

"gi mall dekat ngan sekolah ni. tengok wayang ker?"

"ok set. tapi kau belanja :P"

Mereka memandang satu sama lain. Kahar mengukirkan senyuman manis lalu mengangguk. Mawar membalas dengan senyuman manis yang juga menunjuk lesung pipitnya. 'heh, comel' kata Kahar dalam hati.

Di sisi lain, di kelas 5B, kelas Maya dan Zahrin. Maya dan Zahrin duduk bersebelahan. Sepanjang kelas, Zahrin tidak habis-habis menganggu wanita yang duduk di sebelahnya. Maya membalas dengan ugutan untuk rembat si Zahrin. Zahrin hanya membuat muka, menjelirkan lidahnya, sebagai ejekan. Sudah tentu Maya rasa seperti mahu pecahkan muka Zahrin. Muka jer kacak tapi perangai macam monyet.

Setelah kelas habis, tibanya masa rehat. Sebelum Mawar dapat keluar daripada kelas bersama Fiya dan Lisa, Kahar memanggilnya. Dia mengajak Mawar untuk lunch bersama, sama dengan kawan-kawan mereka.

PROJEK HIGH COUNCIL : KUDRAT X KALISTA ( slow update )Where stories live. Discover now