PHED || BAB 15

34.3K 1.5K 67
                                    

Iman mencari kelibat Kausar disekeliling rumah. Mak Som sedang menyiram pokok bunga , memandang ke arah Iman. "Iman" sapa Mak Som.

Bibir Iman mengukir senyuman. Kakinya melangkah menghampiri Mak Som. "Cari siapa?? Thaqif ke Kausar??" Tanya Mak Som. Macam la dia tidak tahu yang Iman suka kan Kausar. Sebab itu la dia kerap berkunjung ke situ.

Iman tersengih. Kepalanya yang tidak gatal digaru. "Tak nampak Kausar pun. Qiff pun tak nampak"

"Diorang baru je bertolak. Pergi Darul Iman. Harini kan Puan Nawra nak sedekahkan makanan dekat gelandangan" terang Mak Som.

"Lah yeke??" Matanya mengerling ke arah jam tangannya. "Tapi baru pukul 4" hairan Iman.

"Harini ada orang datang nak bagi barang untuk disedekahkan pada anak anak gelandangan. Sebab itu diorang gerak awal" cerita Mak Som lagi.

"Kausar pun ikut??"

Mak Som mengangguk. "Ala ape salahnya dia ikut. Kesian dia. Terperap je dekat rumah. Kalau dia ikut sekurang kurangnya dapat la dia hilangkan bosan dia dekat rumah ni"

Iman berfikir sejenak. "Kalau macam tu Iman gerak dulu la. Nak pergi sana. Mana la tau boleh tolong tolong diorang ke" Iman tersengih. Kakinya mula melangkah menuju ke keretanya.

"Iman" panggil Mak Som. Iman menoleh. "Jangan risau. Tak lari gunung dikejar" kata Mak Som. Iman tersengih. Dia mula memasuki keretanya lalu menghidupkan enjin kereta. Mata Mak Som memandang ke arah kereta Iman yang perlahan lahan meninggalkan kawasan rumah itu. Kepalanya digeleng perlahan lalu kembali menyiram pokok pokok disitu.

•••

Thaqif merenung tajam ke arah Kausar yang bermesra dengan salah seorang gelandangan disitu. Wajahnya didekatkan ke arah telinga Kausar. "Dekat sini pun nak menggedik ke??" Sinis Thaqif.

Kausar menjeling. Tangannya menyerahkan makanan kepada gelandangan disitu. "Pakcik dah kenapa??"

"Sebenarnya kau datang sini sebab nak menggatal dengan pakcik pakcik dekat sini kan??" Tanya Thaqif dengan nada tidak puas hati.

Dahi Kausar berkerut. "Ape yang pakcik merepek ni?? Ingat saya takde taste ke?? Saya senyum , berbual dengan diorang sekadar nak nampak mesra je. Ape la pakcik ni" marah Kausar.

"Mana la tau. Kot kot tau jenis main sauk je. Siapa yang suka kau yang tu la kau terima"

Kausar menjeling. Dia tidak mengendahkan Thaqif. Malas sebenarnya mahu bergaduh dengan lelaki itu.

"Hai Kausar"

Mereka menoleh. Mata mereka dapat menangkap kelibat Iman sedang berlari menghampiri mereka. "Alamak mamat ni pulak datang" kata Kausar sendirian. Bukannya dia tidak tahu bahawa Iman mempunyai perasaan padanya.

Bibirnya tersenyum tawar. "Kau buat ape dekat sini?? Dan macam mana kau tau kitorang dekat sini??" Tanya Thaqif.

"Aku ikut kata hati. Hati aku cakap buah hati aku dekat sini. Sebab itu la aku datang sini" Kausar ketawa hambar. "Hi awak. Sihat??" Sapa Iman.

Kausar tersenyum tawar lalu mengangguk. Thaqif memutar bola matanya. Dia mula melangkah meninggalkan mereka berdua. Malas nak tengok drama mereka berdua. Malas atau cemburu?? Entah la.

"Kenapa awak datang sini??" Pelik Kausar.

"Saya nak jumpa la. Dah lama saya tak jumpa awak. Hati saya dah membuak buak rasa rindu dekat awak. Awak rindu saya tak??"

Kausar tersenyum tawar. Kepalanya digaru. Dia cuba melarikan pandangannya agar tidak bertentang mata dengan lelaki itu. Tiba tiba boleh pula bertentang mata dengan si Thaqif itu. Jelas nampak Thaqif merenung tajam ke arahnya.

Kausar meneguk air liurnya. Matanya memandang ke arah Iman. "Awak , jawab la soalan saya. Awak rindu saya ke tak?? Takpe takpe saya tau. Awak mesti rindu saya kan. Tengok muka pun dah tau. Lagipun orang tua tua cakap kalau diam tu maksudnya betul la tu"

Lidah Kausar kelu. Hanya senyuman tawar dapat diukir. "Saya sebenarnya ada benda nak bagi dekat awak"

"Ape dia??"

Iman mengeluarkan sesuatu yang disorokkan daripada belakang badannya. Beg kertas itu dihulur ke arah Kausar. "Tengok la"

Terbeliak mata Kausar melihat isi dalam beg kertas itu. "Awak ni untuk saya ke??" Iman mengangguk. "Mahal la benda ni. Taknak la" Kausar menggeleng kepalanya lalu menyerahkan kembali beg kertas itu.

"Alaa ambik la. Kalau awak ada telefon ni senang. Boleh call. Boleh whatsapp. Boleh video call"

Kausar menggeleng lagi. "Takpe la awak. Saya kan dah ada telefon. Boleh call juga. Mesej pun boleh. Lagipun saya memang tak perlukan telefon tu" tolak Kausar.

"Ala please. Ambik la. Anggap je benda ni sebagai hadiah. Tanda persahabatan kita" rayu Iman.

Riak muka Kausar bertukar menjadi kelat. Otaknya mula berfikir untuk menolak hadiah tersebut. "Ambik la. Tak kesian ke dekat saya. Saya dah habiskan duit untuk beli telefon ni. Lagipun telefon ni latest punya tau. Kalau latest awak rasa mahal ke tak?? Baik awak pakai" pujuk Iman lagi.

"Kalau yang latest punya lagi la saya taknak. Yang awak pun satu dah tau mahal , kenapa belikan juga dekat saya??" Bebel Kausar.

"Sebab saya nak awak pakai. Boleh la kita call , whatsapp. Lagipun zaman sekarang dah tak guna telefon awak. Ambik ehh" pujuk Iman dengan nada yang lembut.

Kausar mengeluh. Kepalanya yang tidak gatal digaru. "Awak jangan risau. Nombor saya dah ada dalam ni. Nanti apa apa saya call awak" Kausar tersenyum kelat. Terpaksa la dia ambik hadiah itu.

"Terima kasih" ucap Kausar.

Tiba tiba telefon pintar Iman berdering. "Awak kejap ehh" Iman menjauhkan dirinya untuk menjawab panggilan. Kausar menjeling ke arah Thaqif. Jejaka itu masih merenung tajam ke arah mereka. Cemburu ke??

Iman menghampiri Kausar semula. "Awak. Saya kena gerak la. Ada hal. Nanti malam saya call awak okay?? Bubye" Iman melangkah meninggalkan Kausar sambil melambai tangan ke arah gadis itu.

Kausar tersenyum tawar sambil membalas lambaian Iman. Dia mengeluh kasar. Matanya memandang ke arah beg kertas itu. "Seronok date??"

Kausar mengangkat wajahnya. Matanya menjeling ke arah Thaqif. Dia tahu pasti lelaki itu mahu menyakitkan hatinya. "Patut la beria nak datang sini. Rupanya dah plan dengan Iman. Saja nak tayang dekat orang yang korang tengah bahagia. Kan??"

"Pakcik boleh diam tak?? Kalau takde benda pakcik nak cakap , baik pakcik diam. Sebelum saya sumbat mulut pakcik dengan sambal ayam ni" marah Kausar.

Mata Thaqif tertumpu ke arah beg kertas yang dipegang Kausar. "Wahh phone baru. Mesti Iman kan hadiahkan dekat kau kan. Senang betul hidup kau. Jual muka kesian kau tu , dapat semua benda" sinis Thaqif.

"Kenapa pakcik sakit hati sangat dengan saya ehh?? Pakcik cemburu ke saya dengan Iman??"

Thaqif tersenyum sinis. "Aku nak cemburu dengan korang?? Memang tak la. Setakat phone macam ni , aku boleh beli satu kontena la" riak Thaqif.

Kausar menggeleng kepala sambil mencekak pinggangnya. Beg kertasnya dicapai lalu melangkah pergi meninggalkan Thaqif seorang diri. "Ehh aku tak habis cakap lagi la"

"DIAM!!!" pekik Kausar. Thaqif terkejut. Itu kali pertama dia melihat gadis itu betul betul marah.

PEMILIK HATI ENCIK DUDA [COMPLETED]Where stories live. Discover now