Ghost

121 1 0
                                    

Ghost Van Derick adalah bekas ejen perisik di Rusia yang paling terhebat dalam dunia. Berkulit cerah kemerahan,berambut coklat hazel, bermata kelabu dan berbekas parut di muka kanan akibat insiden di Amerika Selatan.

Masih segar di fikiran Ghost waktu insiden itu, oleh kerana parut yang diterima hanya kerana ingin menyelamatkan sahabatnya Roman mati ditembak oleh peluru sesat semasa serang hendap lalu terkena ke muka Ghost dan menyebabkan beliau muka berlubang dan memerlukan jahitan sebanyak 15 jahit. Selepas tamat peperangan di Amerika Selatan, Ghost melepaskan jawatan sebagai Kapten dalam organisasi mereka yang di gelar "High Command".

Meneruskan hidup di usia 30an, isterinya Natasha meninggal dunia semasa melahirkan puteri sulungnya akibat pertumpahan darah yang banyak,doktor gagal menyelamatkan nyawa isterinya. Ghost membelek dan mengusap gambar isterinya semasa hari perkahwinan mereka.

Ghost menunggu di ruangan duduk sementara menanti flightnya ke negara Jepun. Ghost mendapat tawaran kerja dari sahabatnya KyleMarteen yang sekian telah menghilang selepas berkahwin dengan teman wanitanya beliau terus berpindah ke Jepun.

8 jam sebelum Ghost di perkarangan airport menerima panggilan dari sahabatnya yang perlukan bantuan.

Ghost : Kerja apa kau nak aku buat ni Kyle?
Kyle : Kau datang sini dulu,baru aku bagitahu
Ghost : Straight to the point man.. aku tak suka tergantung.
Kyle : Hahaha yela! Aku ada special task untuk kau.
Ghost : Apa dia Kyle?
Kyle : Jagakan anak aku boleh? Ryn..

Ghost merasa pelik kenapa sahabatnya meminta tolong untuk menjaga anaknya.Ryn telah pun berusia 28 tahun masih diperlukan pantauan orang lain.

"Ryn dah besar panjang kenapa nak aku jaga,bukan baby lagi anak kau tuh!" Ujar Ghost pada Kyle.  "Itu jela satu-satunya anak dara yang aku ada, atuk dia tuh sayang benar kat cucu dia.Takkan kau tak kenal keluarga aku, Zu-Tang mana boleh cucu dia kena sentuh orang,mau kena pancung".  Bebel Kyle pada sahabatnya.

Zu-Tang merupakan keluarga mafia yang digeruni di dalam negara Jepun, TokAyah Kakuza merupa ketua didalam keluarganya.Oleh kerana Ryn merupakan cucu pertama di dalam Zu-Tang, urusan bisnes jatuh ke tangannya. Ghost memahami apa yang cuba disampaikan oleh Kyle.

"Buruan setiap kepala gangster" Bisik Ghost dalam hati.Ghost menerima tawaran Kyle dan segera membeli tiket kapal terbang. Dalam fikiran Ghost adakah anak sahabatnya Kyle secantik ibunya.Isteri Kyle adalah model terkenal dan merupakan idaman jejaka Rusia pada zaman kegemilangannya.

Sebelum Ghost terbang ke Jepun, dia memeriksa maklumat butiran anak sahabatnya dan ciri-ciri perwatakannya namanya diberi.

"Ryn Arynna KyleMarteen"

Bersambung...

GHOST : REVENGEWhere stories live. Discover now