Bab 1 - Keluarga ala Cemara

7 0 0
                                    

Betul ke hidup ini memenatkan ? Bagi aku ya. Untuk meneruskan hidup kau mesti bangun dan tempuh segala halangan atau cabaran yang kau lalui. Semua manusia di muka bumi ini mempunyai cabaran yang sama tetapi kenapa dia selalu senyum dan tidak pernah aku nampak dia berduka walaupun sudah kehilangan mak dan ayahnya ? Tanya aku. Dia sudah kehilangan doa seorang ibu dan juga kehilangan tempat untuk meluahkan perasaan. Kuatnya kamu wahai sang manusia. Oh lupa pula ini cerita hanya dedikasi untuk aku, kenapa nak cerita pasal orang lain pula.

"Mesti adik suka kan ni" Kata ibuku sambil memegang hoodie yang berjenama adidas. Aku hanya mengangguk. Kalau diikutkan hati anak sulung aku ni memang dah lama aku menengking ibuku tetapi seorang anak mestilah mendapat restu ibu bapa sepanjang kau hidup. Tanganku yang tadi kosong sudah penuh dengan beg plastik yang baru dibeli oleh ibu tadi. Ibu masuk ke dalam kereta lalu menutup pintu kereta dengan kuat seperti ada yang tidak puas hati. Aku memegang belakang ibu sambil menggosok belakangnya.

"Ibu, ibu penat ke ? Itu la, kakak dah suruh pergi esok je. Taknak dengar. Nanti sampai rumah kakak urut ibu."
"Eh aku tak penat la. Aku kecewa, tak dapat belikan makanan kegemaran adik kamu tu. Boleh pula habis haishh.."

Aku mengeluh. Apa yang nak dibanggakan sangat dengan adik-adik aku ini. Kerja hanya makan, tidur dan bermain sahaja. Belajar tidak mahu apatah lagi solat 5 waktu. Bukan nak jadi seorang kakak jahat yang membuka aib adik-adik sendiri, diri sendiri yang bangga buat perkara yang sedemikian. Dah tegur pun macam buat tak endah je. Aku ni daripada kecil sudah dididik menjadi manusia. Bagaimana nak menjadi berdikari dan berusaha untuk membuat kedua-dua orang tuaku bangga. Aku tidak mengharapkan ganjaran dan tidak mendapat ganjaran sekiranya aku membanggakan mereka. Tidak pernah aku terasa melihat anak-anak orang lain ditatang dengan hati yang penuh kasih sayang sehingga aku melihat ibuku melayan adik-adik aku ini. Cara hidup dan layanan yang sangat berbeza. Kata mulut orang aku ni tidak bersyukur dan aku terima.

"Ibu, kakak pecahkan perfume yang ibu baru beli." Jerit adikku. Aku yang tidak berada di tempat kejadian terus berlari ke arah adikku. Riak wajah ibuku bertukar menjadi menggerunkan seperti hantu kak limah. Dia menyalahkan dan menyuruh aku menggantikan perfumenya itu.
"Kakak sentuh pun tak lepastu ibu nak suruh kakak ganti. Kakak mana ada duit, spm pun tak lepas lagi."
"Menjawab je kerja kau. Dah buat tu mengaku sahaja lah. Ini tidak, menyusahkan lagi ada lah. Kenapa lah aku tak ada anak lelaki je semua kan senang."

Ibu beredar dengan keadaan yang marah. Sewaktu aku ingin masuk kedalam bilik, mata aku bertentangan dengan ayahku.

"Tak apa, jangan sedih dah. Ayah nampak bukan kamu yang buat. Ayah tahu bukan senang nak jadi anak kami. Tolong kuat demi ayah ya kakak."

Ayah. Satu-satu semangat yang buatkan aku terus berjuang menjadi seorang manusia dan juga seorang anak. Kalau tak ada ayah mesti aku pun dah tak ada. Aku tidak rapat dengan ayah tetapi dia boleh memahami dan mengetahui perasaan di dalam hati aku ini. Ayah tidak berani untuk menegur ibu di depan anak-anaknya kerana sikap ibu yang terlalu panas baran. Kesian ayah, selalu mengalah mesti kalau aku tiada dalam dunia ibu ayah mesti dorang gembira kan.

Seminggu kemudian, ayah meninggalkan kami berempat. Ayah pergi tanpa berkata apa-apa. Sakit yang teramat sakit, tidak dapat ku luahkan. Rumah yang aku selalu berlindung sudah tiada. Kini aku tanpa rumah, hidup macam mana pun tak ada orang ambil peduli. Hujan, petir mahupun panas semua tak kesah. Sebelum ni ayah ada suruh aku jaga mereka kalau ayah sudah tiada, tidak ku sangka ayah akan pergi. Susah nak tunaikan permintaan ayah kalau satu pihak sahaja yang beri kerjasama. Adik lain yang gaduh, aku yang menjadi punca utama pergaduhan tersebut. Kalau menafikan pula mesti dikata menjawab.

"Ibuuuuu, result trial dah dapat, kakak dapat 3A+4A2B+ !!! Hebat kan kakak !" Aku berteriak kegembiraan.
"Huh setakat 7A adik kau pun boleh dapat. Dah la pergi la kau jauh jauh. Kacau hidup aku je."

Ibu. Sebagai seorang manusia, ibulah wanita dan manusia yang aku benci dalam dunia. Tidak pernah langsung menghargai penat lelah anak perempuannya sendiri. Tetapi aku hanyalah seorang anak yang perlukan ibunya untuk sokongan hidup kerana sokongan hidup yang utamanya sudah tiada. Nak tak nak kena lalu juga. Syurga kan dekat bawah telapak kaki ibu. Kalau tak ada mesti dah lama aku buat tak endah saja. Kalau kita menitiskan air mata ibu, kita akan berdosa tetapi mengapa tidak begitu jikalau bersama anak. Ibu yang membuatkan hidup aku menjadi begini. Seorang anak yang tidak akan menghargai jasa ibunya. Apa je yang mak aku buat supaya aku bangga dengan dia. Dia buat aku nak mati ada la. Setiap pagi aku bertanya kepada diri aku kenapa aku masih teruskan kehidupan kalau ibu sendiri taknak ada anak macam aku yang bodoh ni. Berdosa - Bunuh diri. Haish.

HidupWhere stories live. Discover now